Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Isu Melodi TV3 Calar Imej Wartawan Libatkan Blog Hiburan?



Ehem, ehem… mmm… isu Melodi putar belitkan fakta di majlis resepsi Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari masih menjadi paparan utama di akhbar tempatan. Kali ini Utusan Malaysia pula mendedahkan isu ini dengan sebuah blog hiburan yang begitu berani memaparkan dan mengulas benda negatif tentang tindakan Michelle Melodi. Lebih mendukacitakan apabila komentar dari pembaca blog hiburan itu banyak memberikan gambaran buruk dan menambahkan lagi keruh serta mencalar imej wartawan hiburan di Malaysia.

Soalnya, blog hiburan manakah agaknya yang dimaksudkan oleh Metra Syahril ni? Adakah blog Sensasi Selebriti? Mmm… tapi rasanya diorang takkan baca blog Budiey sebab blog ni bukannya popular sangat pun dan diorang tak tahu tentang kewujudan blog ini. Blog picisan je. Tetapi Budiey memang banyak menerima komentar dari pembaca di entri yang ini. Setakat ini 40 komen dari pembaca… mmm… korang ni, tapis-tapis la sikit kalau nak melaser tu… huhu.

Melodi, Tolonglah Profesional!

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

AHAD lalu, rancangan Melodi di TV3 mencetus kontroversi yang sedikit sebanyak mencalar imej wartawan hiburan serta perjalanan majlis resepsi pelakon Ashraf Sinclair dan artis popular Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Semuanya gara-gara laporan yang dilihat tidak beretika yang mengheret wartawan hiburan terutama wartawan media cetak yang membuat liputan perjalanan majlis itu dikritik dan dilabel sebagai mengada-ngada oleh pelbagai pihak.

WARTAWAN penyiaran Melodi, Michelle turut hadir menerangkan laporannya mengenai majlis resepsi Ashraf dan Bunga.

Sebuah blog misalnya, bertindak mengulas laporan Melodi itu dengan menyatakan beberapa perkara negatif terhadap wartawan berkenaan. Pelbagai reaksi termasuk wartawan hiburan dianggap perasan bagus, berlagak seperti diva dan menghancurkan majlis persandingan dipaparkan melalui ruangan komentar blog berkenaan.

Agak keterlaluan, nama wartawan hiburan yang terpampang pada visual laporan itu juga dinyatakan dalam komentar yang sedikit sebanyak menjatuhkan maruah wartawan terbabit. Begitulah impaknya laporan Melodi yang memaparkan sekumpulan media seakan bengang dengan perjalanan majlis resepsi itu yang kononnya perlu menunggu lama untuk menemubual Ashraf dan Bunga.

Walhal, kalau dilihat daripada aspek kebenaran, Melodi sebenarnya mewakili satu pihak sahaja yang dikatakan mengeluh kerana tidak dapat menemu bual pasangan mempelai popular itu secara eksklusif.

Namun, apa yang mengecewakan, ulasan serta visual yang ditayangkan di Melodi seakan memperlihatkan semua wartawan hiburan di majlis itu mengeluh dan merungut akan perkara berkenaan. Isu ini sememangnya kecil tetapi bagi yang tidak tahu akan perkara sebenar, pasti berprasangka buruk kepada wartawan hiburan.

Begitu juga terhadap Ashraf dan Bunga yang digambarkan seperti enggan memberi kerjasama kepada media. Hakikatnya, pasangan mempelai itu harus dipuji kerana biar keletihan melayan tetamu baik Malaysia mahupun Indonesia, mereka tetap meluangkan masa terhadap media.

Berikutan daripada laporan Melodi itu, pihak yang bertanggungjawab menguruskan majlis resepsi Ashraf dan Bunga iaitu Beyond DDB Sdn. Bhd. yang juga syarikat pengurusan karier Ashraf mengadakan sidang media bagi membincangkan perihal laporan Melodi itu.

Diadakan di pejabat syarikat itu kelmarin ia dihadiri beberapa wartawan hiburan yang kebetulan mengadakan liputan majlis persandingan Ashraf dan Bunga tempoh hari.

Menurut Pengarah Urusan Beyond, Amin Hussen, pihaknya serta Ashraf dan Bunga begitu kesal dengan laporan Melodi.

“Laporan itu telah menjejaskan nama Ashraf dan Bunga. Saya sendiri telah bertemu dan mereka sedih dengan apa yang dilaporkan oleh Melodi. Tujuan kami mengadakan sidang media ini bukannya hendak cari gaduh atau menimbulkan kontroversi tetapi ingin menjernihkan keadaan. Apa yang kami ingin ketahui adalah apa tujuan Melodi membuat laporan sebegitu?” soalnya dengan nada penuh kecewa.

Menurut Amin, jika dikatakan Ashraf dan Bunga enggan untuk ditemu bual media, itu adalah tidak benar.

“Sebenarnya, apa yang berlaku hanyalah kerana isu bas. Pemandu bas yang membawa keluarga Bunga tidak mahu menunggu lama. Hal itu membuatkan Ashraf dan Bunga perlu adil dalam melayan tetamu dan menemui media. Tetapi, apa yang dilaporkan adalah wartawan mengeluh kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan mereka.

“Mengapa perlu mengheret wartawan lain dalam isu ini padahal mereka sedikitpun tidak mengeluh,” tegas Amin.

Katanya, seperkara lagi yang membuatkan Ashraf merasa malu adalah kerana tindakan Melodi yang mengambil kesempatan di majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai kisah penceraian artis lain.

Ujarnya, melihatkan apa yang berlaku, pihaknya telah pun berbincang dengan Ashraf sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Melodi atau tidak.

“Buat masa ini, kami belum terfikir (tindakan undang-undang). Menurut Ashraf, ini adalah asam garam yang akan berlaku kepada mana- mana selebriti. Apa yang penting baginya perjalanan majlis resepsi itu cukup cantik dan fokusnya ketika ini adalah pada karier serta isteri,” jelasnya.

Sementara itu, kehadiran petugas Melodi yang diketuai penerbitnya, Nas Ahmad pada sidang media berkenaan mencetuskan pertikaman lidah membabitkan wartawan hiburan dan Beyond terhadap Melodi. Menceritakan apa yang dilihat namun penayangan visual sekumpulan wartawan mengeluh membuatkan Melodi dihentam pada sidang media berkenaan.

“Kalau kamu hendak menggambarkan kekeluhan satu pihak, fokuslah gambar kepada pihak berkenaan. Janganlah difokuskan kepada semua wartawan hiburan di majlis itu. Saya malu kerana ramai yang menyatakan sesuatu tidak elok terhadap saya,” jelas seorang wartawan hiburan dari sebuah akhbar yang gambarnya jelas kelihatan pada visual program hiburan terbabit.

Mencelah memberikan ulasan, Amin menjelaskan, Melodi yang dijemput sebagai tetamu seharusnya mampu berfikir tentang keletihan yang dihadapi oleh Ashraf dan Bunga.

“Kamu tidak boleh menjangkakan apa yang mereka dapat berikan. Ini majlis mereka. Kamu juga tidak bersikap adil kepada wartawan yang lain. Jika satu pihak itu kecewa, sepatutnya maklum kepada kami dan bukannya kepada Ashraf,” tambahnya lagi. – Utusan Malaysia

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Melodi Raya Episod 1
  • Jom Beli Akhbar KOSMO! Hari Ini!
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Layanan Kelas Kedua, Bunga Tidak Selesa Dengan Media?
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Fasha Sandha Bodek Wartawan?
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat



  • 33 Komen untuk entri “Isu Melodi TV3 Calar Imej Wartawan Libatkan Blog Hiburan?”

    1. Honeybee kata:

      Tggu je apa jwpn dr Melodi Ahad ni.. sape trjah sape lak …

    2. dayout kata:

      sy tgk Melodi dan baca blog hiburan sekadar mengisi masa lapang je..tak kisah pon apa yg berlaku..not my prob..

    3. tukang karut kata:

      haa.. gelabah korg.. biase diorg ingatkan artis.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

      tp aku rase abg nas rambut ketak ni yg suke carik kontroversi. michelle pon ikut skali. so aku nasihatkan korg, KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI. muahahaha.. gelak besa aku.

      takde wartawan lain nak terjah abg nas n michelle ke? mesti lagi HOT.. PANAS.. layaaaaannn.. tergolek2 aku gelak.. ops, jatuh kerusi plak.. overnye

    4. Honeybee kata:

      X smpai kna banned mcm prgrm Sensasi dlu ..

    5. titoni kata:

      MELODI mmg over…

      mmg bajet bagus

    6. ekay kata:

      Bengang betul nampaknya si Rudy, jenuh nak menjawab dia..tentulah marah kalau benda tu memalukan dirinya sdr. Kat melodi tu mmg nampak terang2 macam Rudy tak puas hati tapi visual nya sajer, apa yg dicakap tak tau la pulakk. Tu lah pasal sbb nak buat report kontroversi last2 kawan dah makan kawan. Tak baik tau camtu.

    7. laser sikit eh kata:

      tukang karut i pun tergelak besar baca comment u.ye la selalu nak terjah org je.kali ni diterjah pulak.
      #sebab tu la hidup ni ada batas-batasnya
      #kalau dilangkau,diceroboh,dicabuli memeyla oppss sorry memangla perang
      #nafsu kita ni besar tuan tuan,bila ia meledak,masa itulah,kita gunakan AKAL
      #bila kita manfaatkan akal,fikiran kita rasional,tindakan kita dalam kawalan,jgn dahulukan kata hati..
      #tak pasal2 kena ketuk ketampi…peace y’all

    8. tukang karut kata:

      aku pon tergelak bace komen ngko budak laser… terkeluar plak kecek klate sket erk.. so clever ;-)

      aku setuju.. mmg kekadang satu2 bende tu kene ade batas.. org melodi tu yg tak professenelll… org dah jemput n kasi masuk tu pon dah kire elok. ni tak, org dah kasi makan, siap tabur garam lg kat majlis org. mane bley camtu..

      org dah kasi peha nak betis, dah kasi betis nak bende lain plak.. memeyla dok buleh kan.. opss.. memang la tak boleh kan… isyk ko ni budak laser, aku pon dah terikut care ko ni… :-D

      to MELODI, selamat belajar berADAB sket. Kat majlis baik tu, carik la bende2 baik utk pasangan tu. bukan bende buruk yg dicarik.

      peace y’all!.. wah, dah same ngan budak laser plak.. ekekek

    9. NAK KOMEN kata:

      RELAKS LA…..TAKKAN BARU KENA ‘TERJAH’ DAH GELABAH MELODI?????

    10. titan kata:

      hehe. tapi memang agak sket la aritu. aku pun ada tengok. sampai camtu sekali. cuba kene kat majlis diorang kawin? orang kata macam2..camana perasaan diorang.

    11. chantique kata:

      Saya rasa Ashraf dan Bunga cuba tuk layan semua tamu yang hadir, meskipun mereka letih tapi tak pernah lepas senyum dorg, lepas dari majlis di Jakarta lepas tuh diorg berangkat ke KL buat majlis resepsi, pastilah melelahkan belum pulak Bunga saya dengar masuk hospital dan dirawat selama 5 hari kerena masalah lambung/ususnya, waktu saya kahwin 2 hari pon lelahnya dan jatuh sakit apalah diorg nih. Jadi wartawan juga harap maklum yaa

    12. vip2ve kata:

      letih lah.. diorg nih tak faham-faham…

    13. Miss kata:

      Yang penting BCL and Ashraf dah selamat nikah sanding dsb…BCLS jangan layan….

    14. KristalBIRU kata:

      To me Michele is good. Tapi kekadang (akhir2 nie..) dia ‘terlebih sudah’… Selalunya dia main pakai cakap je. Tak peduli perasaan orang pun. Fine, memang dah kerja wartawan tp kenalah sesuaikan dgn majlis/situasi seseorang tu!

      Asyraf/Bunga is trying to be fair. Dah majlis kahwin dorang, mana nak layan tetamu yg terdiri drp kawan,keluarga lelaki,keluarga pompuan,wartawan M’sia,wartawan luar negri… Penat tau!!! Kahwin nie bukannya relax…memenatkan…!!!!

      Wartawan skrg tak boleh dijentik sket! Klu cerita orang lain bukan main lg tapi klu kita kuit dorang sket…MELENTING! Mentang2 lah dorang ada kuasa menulis.. Ikut suke hati dorang je… Betul tak??

    15. NAK KOMEN kata:

      TUNGGU DAN LIHAT JELAH..MALAS NAK CAKAP BANYAK DAH…

      APA KATA KITA FOKUS KEPADA BERITA NI

      30 artis, 14 hotel lima bintang sertai acara diadakan di Great Eastern Mall

      KILAUAN lebih 30 bintang ternama dan popular bakal memeriahkan lagi acara kemuncak Celebrity Chocolate Cake Sale pada 22 November ini bermula jam tiga hingga lima petang di premis Great Eastern Mall (GEM).

      Setiap selebriti terbabit mewakili 14 hotel bertaraf lima bintang sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bersama kek coklat yang dibuat khas untuk jualan amal. Sepotong kek coklat yang dijual dengan harga sekitar RM15 hingga RM25 itu semuanya bertunjangkan kepada misi amal untuk disalurkan kepada badan penjagaan kanak-kanak di bawah seliaan pusat beli-belah itu sendiri.

      Idea melahirkan acara amal ini dimulakan pegawai pengaturcara popular, Bill Bora yang kemudiannya dipanjangkan melalui usaha penganjuran GEM. Ia dirancang sebulan setengah yang lalu dan simbolik kek coklat itu dipilih kerana umum sedia maklum bahawa ia menjadi pilihan kanak-kanak.

      “Seperti ais krim, coklat juga menjadi kemestian makanan pilihan golongan muda seperti mereka. Duit yang diterima melalui penjualan kek coklat ini akan dijana ke pusat penjagaan kanak-kanak.

      “Apabila tercetus idea ini, subjek kanak-kanak terus bermain di fikiran dan golongan selebriti yang terbabit akan menarik perhatian peminat untuk membeli kek dan seterusnya beramal dan menderma.

      “Perlu diingat, untuk menderma atau melakukan kebajikan tidak semestinya dengan limpahan wang yang banyak sebaliknya dengan beberapa ringgit saja anda sudah mampu kumpul. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,”

      “Kami sebagai selebriti bersatu-padu untuk merealisasikan acara ini sebaik mungkin. Selagi saya mampu dan boleh memberi bantuan, saya pasti meringankan tangan,” katanya yang lebih gemar melakukan amal tanpa sebarang publisiti.

      INFO: Celebrity Chocolate Cake Sale

      Antara selebriti yang terbabit dan hotel yang diwakili.

      Diana Danielle, Liyana Jasmay dan Juliana Evans (Berjaya Times)
      Nora Danish dan Fazura (Legend)
      Nubhan, Nikki dan Datin Natasha Hudson (Sunway)
      Fauziah Latiff dan Ning Baizura (Mandarin Oriental)
      Erra Fazira dan Engku Emran (Equatorial)
      Vanidah Imran dan Rashidi Ishak (Istana)
      Eja dan Fahrin (Crowne Plaza)
      Noryn Aziz, Pushpa Narayan, Bill Keith dan Jaclyn Victor (Grand Millenium)
      Personaliti ntv7 (Park Royal)
      Deborah Henry (Nikko)
      Alan Yun dan Henry Golding (Prince)
      Tony Eusoff, Cheryl Samad dan Jehan Miskin (Istana)

      Sumber : Berita Harian Hip 20/11/08

      KALAU MELODI FOKUS CERITA MACAM NI LEBIH BERMANFAAT DAN BERFAEDAH RASANYA…KEPADA DUNIA HIBURAN DAN MASYARAKAT.

    16. rose kata:

      Mcm mane melodi nak tingkatkan prestasi..kalo x banyak kontroversi..haha..aku ttp rase x perlu nak cover citer si asraf n bunge nie..kahwin mcm nak rak..glamour x tentu arah..mcm diorg tue meletup sgt..cube media smue buat bodo wedding diorg nie..xde sape nak pedulik..bukannye banyak fans pn..

    17. erz kata:

      Hahaha kan dh kena.
      Dh agak dh mesti nnti kecoh..
      Dh keja wartawan mcm tu kena sabar la….klu tak leh sabar resign la..
      dep-a berdua ja…mcm mana nk layan semua yg ada…
      kot la klu depa ada 5 pasang mata,14 pasang tangan,mulut 5 kot la senang nk layan semua…

    18. ana kata:

      Pada pandagan saya mengenai michelle pada melodi ahad lepas,dia x patut membuat laporan yg menggambarkan wartawan rudy seperti marah dan tak puas hati,adakah gambaran itu ditujukan kepada ashraff dan bunga,Saya anggap michelle seolah2 mencari bahan sensasi utk tujuan merosakkan dan mencemarkan majlis artis tersebut,walhal majlis seperti itu sepatutnya bukan utk melayan pihak media,semua wartawan perlu faham bahawa majlis itu utk meraikan mereka,Semua yg melihat dan mendengar pasti akan menganggap semua wartawan ni perlu dilayan dgn bagus kerana kalo bkn krn media peminat tdk akan mengenali mereka,Saya tdk mengkritik semua wartawan,cuma yang saya nmpk skrang hanyalah michelle yg saya rasa telah lakukan kesilapan.Mungkin dia benggang sbb x dpt interview Pierre,jgn ingat u bagus sgt peribadi setiap org perlu u faham,kalo artis tu nak komen pape biarkan tunggu dan lihat je,cam norman interview secara face /face dgr penjelasan dia tub…tub…tub…. esok tangkap khalwat.saya rasa semua peminat di malaysia skrang ni dah tau sgt dunia artis ni…tak kan nak cakap perkara yg tak baik of course semuanya dinafikan….but kebenaran pasti ditunjukkan kelak…..To Michelle CARILAH KONTROVERSI YANG SEBENAR-BENARNYA MELALUI FAKTA DAN BUKTI BKN PADA GAMBARAN SAHAJA….GAMBARAN SAJA TIDAK CUKUP

    19. adekepatut kata:

      aku ni peminat setia melodi. Memang kerja diaorg la buat berita yg gempak dan kontroversi. Tapi hal ni betul2 buat aku frust kat melodi terutama michelle…adekepatut tanya bunga tu dah pregnant ke blum…lagi satu apahal la melodi buat liputan kisah umah tangga norman ngan abby kat sana..seolah2 mereka mendoa sesuatu yg buruk dimajlis ashraf. Dah la diaorg baru kawin..pas tu buka cerita org nak becerai pulak…ape cite ni…adekepatutttttttttt

    20. nita kata:

      sudah lah ko michelle pi berambus sana tu ngan zubir tak payahlah nak menegakkan benang yang dah basah.benci ngan michelle.pemutar belit!!!
      To:
      Budiey,

      BUAT APA AWAK NAK TAKUT,BUKAN AWAK PUNYA BLOG SAJA YANG KASI KUTUK DIORANG PUNYA RANCANGAN DAH BERLAMBAK DAH KALAU MEREKA NAK SAMAN PUN,HAHA…MESTI PENING KEPALA MEREKA.BENCILAH NGAN MELODI NI.NANTI AKU KASI TAHU SEMUA FAMILY AKU SUPAYA JANGAN TENGOK LAGI RANCANGAN MELODI BODOH NI!!!TAK AADA FAEDAHNYE HANYA MENAMBAH KEAIBAN ORANG.BENCI NGAN MICHELLE TU SURHUH DIA MASUK ISLAM BARU TAHU ADAT ORANG MELAYU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!BUANG JER LAH MEREKA TU BODOHNYER BERITA HARIAN TU AMBIK WARTWAN TAK BERGUNA MACAM DIA TU!!!!

    21. kiki kata:

      pandai plak nasihat orang kalu nak meleser tu berpada-pada…padahal kalu korang (wartawan) yang meleser..tak pikir perasan org lain..korang boleh buat..pembaca & peminat tak boleh..porah..kepada wartawan berkenaan (siapa makan cili dia rasa pedas) pergi belajar balik etika kewartawanan, tengok balik prosedur2 kerja korang yg sebenarnya..

    22. ana kata:

      Melodi dah x de wartawan lain ke selain michelle….pape liputan mesti dia je even ada kematian pun michelle yg pegi……carilah wartawan melayu wat laporan mengenai kematian…artis kawin pun dia….nak cari bahan sensasi pun dia ni nak terjah artis pun dia…separate kan setiap ruangan melodi jgn pukul rata je bahan berita tersebut.skrang semua bahan dlm melodi dari start sampai habis hanya kontroversi je

    23. obefiend kata:

      budiey buddy

      your blog is not picisan.

      you are like TMZ.com. Joe Kid while is more out there is just a PEREZ wannabe. that is why I LOVE UR blog. you did not actively try to whore your image like him! yay!

      on a side not SANIBOEY is awesome too. he can be the DRUDGE REPORT of malaysia!

    24. nita kata:

      yer budiey RAWK~!!!! LOVE BUDIEY~huuuuhuu..dun wory la budiey…huuuhuuu….i know hw u felt ryt now….kita akan selalu menyokong awak.ok.kite laser acah2 jer..hohohohoooo~

    25. Reena Shah kata:

      aku meluat tgk si cina tu dok celah dlm hal peribadi org islam. dah tak de melayu lagi ke untuk melodi. HELLO NAS PLS LOOK FOR A MALAY REPORTER FOR MELODI. ITS VERY EMBARASSING FOR A CHINESE TO BE INVOLVED IN OUR RELIGIOUS MATTERS SUCH AS DEATH REPORTING, MARITAL PROBLEMS. EVEN IF MICHELLE CAN WEAR A BAJU KURUNG AND TUDUNG PLS BE REMINDED THAT SHE STILL A CHINESE. Tak malu ke cina nak celah masuk hal org melayu walaupun dia ni reporter. for me as a muslim race is still a most important matter

    26. Reena Shah kata:

      BUDIEY u r a down to earth person. for me ur blog is same with ur blog’s title – sensasi. it is sensational and i really love it man ! keep up ur good work and all d best 2 u. may ALLAH always bless u!

    27. Erin kata:

      wartawan malaysia ni mengade-ngade!
      artis semua x kene
      nak kene ikut je semua kehendak wartawan
      to michelle.. go to hell..!

    28. NUR kata:

      Pelik – pelik..yang dapat HAK EKSKLUSIF untuk menyiarkan majlis Ashraf & Bunga adalah Program NONA & WANITA HARI INI.Tetapi kenapa MELODI pulak yang ‘OVER’ ???

    29. ummie cute kata:

      tu la michelle..len kali nak buat berita sensasi pon cari la artis yg betoi2 femes n glam..ni ade ke cari artis yg syok sendiri cam diorang ni…kan dah kene kutuk kawkaw…sian michelle n abg nas,next time fikir 100 times b4 nak terjah wedding artis yg ..suam suam kuku ni…. ada artis lg terok kene terjah x plak ‘over’ cam dorang ni…ashraff sndri penah ckp repoter indon lg ‘GANAZZ’ tp knape ashraff tak berani complain????lagi trok dorang buat crita psl BCL..kononnye BCL masuk spital sb mengugurkan kandungan..so buat la press confrence kat indon…baru adil sket… TO BUDIEY…thank u….

    30. honeyz kata:

      mmg teruk la wartawan skang…knape laks kate komen2 org boleh menjatuhkn maruah diorg laks…diorg cari mkn ngn tulisan kn??diorg bukan artis…mmg tugasnye menulis…
      da tu tulis pon gne name samaran…ntah sape pon org xtau…klo org ramai nk boikot korang pon xleh…klo nk ikutkn, wartawan lg byk jatuhkn maruah org…

      lg 1, ni kn negara demokrasi…ikut suke la nk blogging ape ke…komen ape ke….huhuh…
      mane lg medium nk sorekn pendapat….huhuhuh…

      lebey baik wat blog cam budiey ni…klo org xsuke leh straight behubung ngn budiey…
      xbersembunyi dsebalik name samaran…
      huhuhuh

    31. deedon kata:

      Melody dah melalut, para wartawan sekelian, sekarang korang dah tengok kuasa melodi kan, diorang leh tayang satu malaya perangai korang. Korang kalau tulis dok sorok2 nama artis bagi gambaran jer buat orang tercari2 teka sana teka sini, tapi melodi nah tunjuk muka Rudy tengah bengang (tak tau apa hal). Penonton ingat Rudy marah tak dapat makan atau tak dapat bunga telur… hehehe, nasib baik Budiey dapat tempat duduk dan melodi tak kenal dia kalau tak dia tayang muka Budiey dok menyuap makanan yang enak2….wakakaka. Buat Michelle ko memang kurang adap la, majlis orang ko siap tanya BCL tu bunting ke tidak, esok ko bunting sebelum kawin Nas rambut ketak ngan Rudy lak terjah kau kat Gereja….he he he he

    32. kirana kata:

      melodi nk rse kne banned kot..

    33. syazleen kata:

      Tapi memang kengkadang sy rasa melodi nie mcm melampaulah pulak kalo dok terjah2. Semua org ada masalah dan nak settlekan sendiri dan tak nak heboh2. Tapi melodi nie plak jadi tukang heboh keseluruh dunia…Adekepatut….? Artis pun manusia jugak, ada maruah….Berdosa duk heboh2 pasal aib org. Apatah lagi tukang sebar. Mcm Melodi “Jarum” la plak.

      Hehehehehehehehehehe……..

      Boleh tak tolong keluarkan Wahid dari Melodi….Menyampah la plak tengok gelagat over dia tue….

      Alamak…..Talabih suda.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK