in

Isu Fail Cerai Fiza Elite Luah Perasaan di Instagram

Fiza Elite meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan mencacinya selepas berita dia memfailkan perceraian terhadap suaminya penyanyi Adam AF2 tersebar. Fiza meluahkan perasaannya di Instagram di mana beliau menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure. Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya ‘masuk air’, saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini.”

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah. Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.

Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama ‘puterimahsuri81’.

Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.

“Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi. Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya.”

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

Fiza Elite & Adam AF2 Nikah Dengan Sekali Lafaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Wins Awards at the 2014 New York Festivals Television & Film Awards

Pelakon Saiful Apek Didenda RM2,500