in

Istimema Maulidur Rasul di TV3

SANTAPAN ROHANI MAULIDUR RASUL

Sempena menyambut keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang akan diraikan umat Islam seluruh dunia pada 5 Februari ini, TV3 bakal menyajikan pelbagai rancangan menarik buat santapan rohani para penonton.

Selami erti sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Menghayati Perjuangan Rasulullah s.a.w” pada tahun ini menerusi drama-drama hebat iaitu “Al–Ikhlas”, “Kasut”, “Runtuhnya Sebuah Dosa” dan “Telekung Buat Mama” yang membariskan pelakon-pelakon tersohor tanahair, antaranya, Lisdawati, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Noorkhiriah, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Rahim Razali serta animasi tempatan “Saladin” yang menampilkan Fahrin Ahmad dan Faradhiya sebagai suara latar. Selain itu, TV3 turut mempersembahkan “Diet Rasulullah”, sebuah program majalah yang penuh maklumat dan informasi berguna buat penonton mengenai amalan permakanan Rasulullah s.a.w.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Istimewa Maulidur Rasul yang penuh inspirasi dan teladan bermula 4 Februari ini, hanya di TV3!

TV3

ISTIMEMA MAULIDUR RASUL
Cerekarama: Al–Ikhlas, 4 Februari 2012, 10.00 malam
Sinopsis: Al-Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas. Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat. Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ. Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya. Zaki juga pernah cuba untuk membakar surau tersebut tetapi menghentikan hasratnya apabila mendapati Solah sedang beribadat di dalamnya.
Pelakon: Lisdawati, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Shoffi Jikan, Wan Suhaimi.

Kasut, 5 Februari 2012, 10.30 pagi
Sinopsis: Yaya (12 tahun) menerima bantuan persekolahan berbentuk pakaian dan kasut sekolah sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dua minggu sebelum cuti akhir tahun. Malangnya, bungkusan tersebut terjatuh dalam sungai ketika basikal yang ditunggang bersama adiknya, Din (10 tahun) tergelincir di jambatan. Yaya dan Din tidak berani memberitahu nenek mereka, Opah Hajar kerana bimbang dmarahi. Opah Hajar memang mengharapkan bantuan tersebut memandangkan hidup mereka terbeban dengan hutang yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Yaya dan Din berikhtiar untuk menggantikannya dengan wang saku. Yaya menjadi lemah kerana tidak cukup makan. Din juga mengambil upah mengisi kuih semasa cuti sekolah. Namun, pelbagai insiden terjadi menyebabkan hajat Din untuk menggantikan kasut yang sudah rosak tidak kesampaian. Yaya cuba menampal kasut lamanya.
Pelakon: Erryne Eryana, Fimie Don, Fauziah Nawi, Noorkhiriah, Mubarak Majid.

TV3

Runtuhnya Sebuah Dosa, 5 Februari 2012, 10.00 malam
Sinopsis: Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira. Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya…
Pelakon: Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Rahim Razali, Liza Zain.

Istimewa Saladin, 6 Februari 2012, 10.00 pagi
Sinopsis: Saladin atau dikenali sebagai Salahuddin Al-Ayyubi, komander perang kurdish pada abad ke-12 merupakan pengasas Dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Selain di Barat, Saladin juga terkenal di kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai pemimpin dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.
Pelakon: Fahrin Ahmad, Faradhiya.

Diet Rasulullah, 6 Februari 2012, 6.00 petang
Sinopsis: Program Diet Rasulullah s.a.w menyampaikan secebis maklumat kepada penonton mengenai amalan pemakanan Rasulullah s.a.w. Ia disampaikan secara santai oleh Ustaz Nor Hisham Al-Idrus dan sahabatnya, Cikgu Suhaimi Mamat kepada tiga anak-anak yang sedang meningkat remaja. Turut serta membimbing perbualan bermaklumat ini, Haji Ahmad Noor Sulaiman. Tanpa kita sedari rutin pemakanan seharian kita banyak mengundang penyakit kerana tidak mengikut amalan yang dipraktikkan Rasulullah s.a.w.

Telekung Buat Mama, 6 Februari 2012, 9.00 malam
Sinopsis: Telekung Buat Mama mengisahkan tentang Athirah yang dibesarkan oleh neneknya setelah ibu bapanya bercerai. Ibu Athirah, Jamie sudah 8 tahun tidak pulang ke kampung. Suatu hari, Jamie dikejutkan dengan berita pemergian ibunya. Kepulangan Jamie disambut oleh Athirah. Jamie membawa Athirah tinggal bersamanya di bandar. Athirah terkejut melihat cara hidup ibunya yang sering bersosial dan tidak pernah mengerjakan solat. Pada majlis ulangtahunnya, Jamie menyuruh Athirah memakai gaun yang mendedah aurat. Tetapi, Athirah hanya berpenampilan ringkas, berseluar panjang dan bertudung. Malah, Jamie terkejut dengan hadiah pemberian Athirah iaitu sehelai telekung putih. Athirah beredar selepas tidak sanggup untuk berada di majlis tersebut. Athirah tergamam apabila melihat ibunya dilanggar kereta di hadapannya.
Pelakon: Erin Malek, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Marissa Yasmin, Khatijah Tan, Kismah Johar.

TV3

TV3

TV3

TV3

TV3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAH Ana Raffali Nikah 25 Februari 2012

Happy Family Rating Tertinggi Sempena Tahun Baru Cina