Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Isteri Radhi OAG Minta Cerai Kerana Ditiduri Lelaki Lain



Budiey BlogPETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam suasana agak ‘panas’ apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

“Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi ‘Baby, I miss you’ dan dia pun sudah mengaku tadi. Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia,” luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah. Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja.”

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon. Radhi turut menambah, “Saya tak puas hati. Macamana saya nak lepaskan dia sebab dia tak berterus-terang dan baru hari ini dia cakap. Kenapa dia buang masa saya? Saya rasa tertipu.”

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.  Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan. Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu. Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • KISAH PENYANYI POPULAR YANG DAH JADI BINI MUDA
  • Tragedi Anak Radhi OAG Lemas Di rumah Nenek
  • Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju
  • Kes Cerai Anne Ngasri
  • Ida Nerina & Sha’arin Masih Suami Isteri Sah
  • Radhi Study Go! Radhi OAG Dari Rock ke Ulat Buku?
  • Penyanyi Nash Bercerai Dengan Isterinya, Sosilawati Lawiya?
  • Lidyawati Tuntut Cerai Oleh Suami Datuk Azhar Mohd Zar
  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • Ida Nerina Pulang Ke Malaysia Suami Dakwa Lafaz Cerai



    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      hmm…ada masalah len la plak depa laki bini neh…sama-sama ada salah. kalau dah camtu, berpisah ja la…wat pa lagi nak bersama, dah tak serasi lagi…sian anak depa…kalau dah besaq anak tu, tau ceta sebenaq, sure cam tertekan…agak ja…

    • nura

      astaghfilrullah…hancurnya keluarga dorang ni…rupa2nya si bekas isteri pun buat hal…zaman skrg ni klu ada suami menceraikan isterinya, jgnlah sesuka hati menuding jari atas kesalahan kaum lelaki aje…ini cuma pendapat umum aku…bukan merujuk kepada kes radhi ni…walaupun aku perempuan,tapi aku terpaksa akui kaum sejenis aku di akhir2 zaman ni semakin teruk perilakunya…nauzubillah minta dijauhkan sifat2 mazmumah tu dari diri aku dan rakan wanita lain dalam forum ni…amin

    • refelsia

      biasanya kalau artis-artis ni kahwin statementnya, mesti tak lepas dia memahamilah, fahamilah, sportinglah, kalau betol2 bahagia tak pe lah alhamdulilah…..bila dah cerai berai macam ni salah kan di antara satu sama lain, ke mana perginya ayat2 tu biarlah pikiran dan bertindak cara dewasa dah jadi bapa dan ibu pun……. awak tu artis ikon pada peminat…..jagalah kata2 dan perwatakan…. ini dah jadi bapak orang bila menyanyi perangai kalahkan budak sekolah menengah aku tengok….

    • rudy

      sama je diaorang ni sebab takda ilmu agama. macam ni la jadi nya. kawin tau nak main je. lelaki pulak asyik lalok isteri pulak nak kepuasan. mmm hancur lah jadinya. menyusahkan je, orang2 macam ni tak patut jadi ikon. ban je.

    • Ntahla..

      Ya Allah..mengapa semua ni terjd…mcm dah jd trend lak skrg ni…bile da berpisah…cam2 citer dlm kelambu terkeluar…yg jd mangsa dlm kes ni..anak2 yg msh kcl yg memerlukan bimbingan dr ibubape…x taula….nampaknye sejak akhir2 ni….terdpt bnyk kes2 perceraian yg melibatkan pasangan Islam..lebih2 lg dr kalangan artis…saban hari ade saje kes2 tntng perceraian yg d paparkan oleh media…agaknye mengapa semua ni berlaku???

    • NONA

      dua2 pun tk betui…sorang curang (mungkin) sorang lak terkinja2 cam budak baru pas akil baligh..kalau betul camtuh maknanya dua2 tk tau tanggungjawab memasing…memang tk bole dijadikan contoh..org kawin dia org pun nk kawin..tp perangai memasing dua2 kepala batu..elokla berpisah..walaupun hakikatnya anak gak yg jadi mangsa….

    • ceh

      artis sume same jer..ceh..sume ampeh!!kawen cerai je tau
      btl nona ckp tu..aku sokong

    • http://ISTERIRADHIOAGMINTACERAIKERANADITIDURILELAKILAIN Orng baik

      Selalu sja ada alasan unt mmbenarkan diri sendiri, klu sdh tak seiring sejalan perceraian memang jalan terbaik

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      jangan kawin kalo x xtau ape meaning tanggungjawab…grow up lis…

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      jangan kawin kalo x xtau ape meaning tanggungjawab…grow up plis…

    • MIMIY

      tah ape2 diorang ni,bkn artis je.org biasa pon same.ada staff kat opis aku dah anak 2,buat affair ngan lelaki lain,tk lawa pon dia tu.tp sbb bkn artis kecoh dlm ofis je la….mcm2….

    • apeapeaja

      susahnya sekarang nak tengok artis kawin kekal sampai habis nyawa. Apa-apa pun urusan jodoh pertemuan ditangan tuhan.

    • indonboy

      Radhi…. sabar….taoi elok kau ceraikan isteri kamu kalau dia mengaku berzina… suruh dia taubat…
      Kau pergilah cari bini baru….. Zina tu antara 7 dosa besar… Hukuman islam dia rejam sampai mati… sebab dia dah kahwin… kalau kamu tak bagi nafkah batin dan dia mintak cerai… kamu tak ceraikan …kamu ada share dosa banyak tu….

      Kalau kau tak paham hidup suami isteri mengajilah kat tok guru yang faham… jangan tok guru ketam….

    • fiza

      nileh manusia, apa2pun salah pompuan. kalau ak pun dpt suami x baligh mcm si radhi tu, ak pun wat statement camnie,sampai bila nak lepaskan diri dr genggaman laki childish camtu….apa2 salah perempuan, padahal 90% marriage hancus pasal kaum jantan yg kononnya pemimpin bumi….blahla

    • nyna

      childish sik penting bagi aku. as long as sincere dalam realtionship. sometimes. perangai budak2 pun perlu juak bah dalam hbgn kira tek nak bermanjak. mun serious glak. kau gla apa. mun aku serious stress kali aku.
      tp aku pun empuan. aku menyebelah radhi juak la. mun dah bini nya gatal glak. tp laki nya nampak sik mok melepas nya pg buaya setan ya. so wat to do. sayang punya pasal la. alu jadi berita. rilek bro!

    • http://www.sarangsenipekik.blogspot.com jijon

      Adeh~! Rilek… Layan clips jap. Sape salah nie? Childish sweety guy vs milfy woman?

    • adekepatut

      inilah sbbnya kalau tiada ilmu agama…klu ada didikan agama, insyallah smua ni tak akan berlaku. Abis cerita dalam kelambu kluar…mcm zul fekar ngan kajol m’sia tu…tiba2 je muncul pasal VCD lucah dia…Ramai bdk2 tgh cari ni VCD tu…

    • http://deleted yesh

      hak alah. ske ati la radhi tu nk terkinja2. dia lelaki. bkn pmpuan. klw pmpuan aku consider la kau nk kutuk. jgn la asik nk kutuk2 org jer beb. cmner la msia nk maju klw main kutuk sana sini. low minded ok korg ni.

    • cherry

      yes..stuju ngan yesh..suke ati radhi la nk menyanyi cm mane pn.. tu style die.xde kne mengena ngan rumah tangga die..

    • farah

      masing-masing perlu muhasabah diri..mugkin wife dia jadi mcm2 sbb xdpt didikan dr radhi,didikan mcmmane?kenlah tye radhi mgkin dia juga lalai dlm menjalankan tanggungjawab dia..pe yg pasti wife dia mmg dh melakukan kesalahn yang besar disisi agama..jangan hanya mintak maaf dp suami shj,bertaubatlah kepada ALLAH S.W.T.DIA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI….hal rumhtangga mereka, biarlah mereka sendiri yg meyelesaikannyer..

    • asidah

      entahlah nak kata cam ne sepatutnya dua kena buat sembhyang taubat
      kita pun tak tahu kesasihan cerita mereka ini tapi bertaubatlah anda selagi kita msih bernafas kiranya ia benar berlaku…..

    • alahai..

      x payalah nak sibok2 hal orang.. jaga je keluarga sendiri.. uda le..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK