in ,

Isteri Harith Iskander Selamat Melahirkan Anak Kedua

Walaupun sibuk dengan pementasan komedi Kings & Queen of Comedy di Singapura pada malam ini, sikit pun tidak menghalang pelawak terkenal Harith Iskander menyambut kelahiran orang baru iaitu anak keduanya berjantina perempuan hasil perkongsian hidup dengan Jezamine Lim. Isteri Harith Iskander selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi tadi. Mungkin sekarang ni musim artis dapat anak kot. Baru semalam, penyanyi Nurul Wahab juga turut dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, gambar anak Nurul Wahab masih belum dapat dikongsikan di media sosial.

Comelnyaaaaa…. bulat dan putih melepak.

Gambar Bayi Perempuan Harith Iskander.

Harith-Iskander-Isteri-Timang-Anak-Kedua

Ini adalah anak kedua selepas kelahiran Zander Xayne Iskander. Berapa berat bayi ni dan apa namanya masih belum diketahui setakat ini.

Yeay, baby girl. Tahniah Budiey ucapkan buat Harith. Semoga anak yang cukup sifat ini terus sihat dan membesar dengan cerianya. Harith telah pun berkongsi gambar dan berita gembira ini menerusi akaun Twitter miliknya petang ini.

 

Tahniah buat Harith Iskander & Jezamine Lim sekeluarga atas kelahiran orang baru ini.

Harith Iskander & Jezamine mendirikan rumahtangga pada Julai 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini, Zander Xayne Iskander.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nelydia Senrose Dilantik Duta Produk ENCHANTEUR Paris

KL Gangster 2 Kutip RM1.2Juta di Hari Pertama Tayangan