in , ,

Isteri Awie Tidak Cemburu Suami Berlakon Babak Romantis

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsungnya full dress rehersal di mana persembahan lengkap telah dibuat setelah lebih sebulan mereka gigih berlatih.

Esok, 3 Mac 2014 adalah satu tarikh yang paling penting bagi Awie Entertainment Sdn Bhd di mana persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita bakal membuka tirai di Istana Budaya. Konsert sulung yang julung kali menggabungkan tiga penyanyi terkenal Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain bakal dipersembahkan kepada peminat sehingga 9 Mac ini. Pastinya di saat ini, team produksi sedang melakukan kerja-kerja terakhir.

Rata-rata peminat yang membeli tiket dah tak sabar untuk melihat kembali lakonan percintaan Awie dan Erra Fazira dipentaskan semula setelah kira-kira 20 tahun tidak dipertemukan. Kisah cinta ini telah diwar-warkan menjadi lebih hip apabila pihak media tak putus-putus memberi tumpuan kepada soal cinta lama ini. Yelah, benda ni lah yang penonton yang nak tengok. Macamanalah agaknya apabila Awie dan Erra Fazira melakonkan babak-babak romantis. Pasti mengimbau kenangan lampau.

Awie, Erra Fazira, Ziana Zain

Realitinya, apa yang nyata, situasi kedua-dua penyanyi ini berbeza, jauh berbeza meniti kematangan dan dibawa arus kehidupan yang beronak. Erra Fazira baru sahaja melalui perpisahan, bercerai dengan Engku Emran dan Awie pula hidup bahagia bersama isteri tercinta, Rozana.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, tidak kah rasa sikit cemburu apabila melihat suami melakonkan babak romantis dengan bekas kekasih, bekas tunang dulunya?

Bagi Rozana, tidak ada apa yang buat beliau cemburu sebab beliau sedar Awie dan Erra Fazira sudah jauh matang dan mereka bekerja sangat profesional. Tiada soal emosional. Apa yang penting bagi mereka adalah mahu melihat persembahan mereka berjaya. Malah, Rozana adalah antara yang menjadi tulang belakang kepada idea dan beliau nampak beria-ia untuk merealisasikan persembahan ini.

“Selama ini, Awie juga pernah bergandingan dan beraksi mesra dengan pelakon wanita lain. Jika dulu saya mengatakan tidak, seudah tentunya projek Konsert Teaterikal Suara Kita ini tak dapat dilaksanakan. Saya memberi sokongan kepada Awie supaya memilih Erra Fazira dan Ziana Zain kerana dapat mengimbas semula zaman kegemilangan mereka sekitar era 1990-an.”

Secara jujurnya, saya adalah peminat Erra Fazira dan Ziana Zain. Saya suka lakonan dan lagu nyanyian mereka. Walaupun saya tahu kisah antara Awie dan Erra Fazira dulu, tapi bagi saya, tiada guna mengenang kisah silam. Apa yang berlaku dulu, Awie dari awal lagi sudah berjanji dengan saya, tidak mungkin dirinya melakukn perkara tidak masuk akal. Saya percaya dan kenal hati budi suami saya.”

“Suami juga awal-awal berpesan supaya saya tak melenting dan kecil hati dengan cerita yang akan disiarkan. Bila berkesempatan, saya juga turun menyaksikan mereka melakukan latihan. Cuma, saya tak boleh kerap berada di IB kerana menguruskan anak-anak yang bersekolah. Hubungan saya dengan Erra juga baik. Erra seorang peramah dan cukup disenangi. Saya peminat Erra sejak dibangku sekolah lagi, dulu saya pernah mengajak Awie menyaksikan teater lakonan Erra.”

Isteri Awie juga mengakui ramai wartawan mencarinya selepas gambar Awie dan Erra Fazira berpelukan ketika mengadakan latihan disiarkan di beberapa buah akhbar pada minggu lalu.

“Rasanya tak perlulah saya komen berhubung gambar berkenaan. Mereka bekerja, bukan suka-suka. Disebabkan itulah juga saya mengelak bertemu wartawan. Saya tak mahu cerita bukan-bukan disiarkan. Sejak dulu saya memang tidak suka pendedahan keterlaluan. Biarlah suami sahaja yang bergelar artis.”

“Lagipun, Erra sendiri mengeluarkan kenyataan tak mahu babak intim yang berlebihan sehingga Erma terpaksa merombak semula skrip. Saya faham keadaan Erra, tentunya situasi itu boleh mengundang persepsi buruk. Sudah pasti ada yang menuding jari menuduhnya macam-macam, lebih lagi dalam keadaannya yang masih dalam tempoh edah.”

Rozana pula tak mahu menambahkan lagi stress pada suaminya. Dia juga kasihan melihat Awie yang pulang lewat malam dalam keadaan letih selepas gigih berlatih.

Dari segi persiapan sehari menjelang persembahan malam pertama, segalanya berjalan lancar. Hanya tunggu menanti penonton. Segala dialog sudah dihafal, begitu juga dengan lagu-lagu nostalgia yang akan bergema di Istana Budaya nanti.

Apa yang pasti, Budiey dah tak sabar untuk mendengar dan melihat persembahan lagu duet berjudul Cinta Makrifat khas untuk konsert berkenaan.

“Lagu ini mengenai kisah percintaan yang tak jadi di dunia tapi mungkin terjadi di dunia lain. Lirik dan lagu Cinta Makrifat karya Erma Fatima dan hanya dia sahaja yang tahu apa maksud tersirat.”

Kepada semua team Konsert Teaterikal Suara Kita, Budiey nak ucapkan good luck dan selamat berjuang untuk 7 malam berturut-turut bermula esok.

Sumber: B*POP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Romi Cinta Julia

Video Lawak Sekitar Latihan Konsert Teaterikal Suara Kita