Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah Tapi…



Kecoh apabila isteri Akhil Hayy yang dah beranak enam, Maizawati Zainal telah tampil meluahkah perasaannya kepada media. Awalnya, beliau masuk TV9 dan semalam, di TV3 dalam Wanita Hari Ini. Khabarnya, Akhil tak pulang ke rumah untuk menjenguknya dan enam anak mereka sejak Februari lalu, menyebabkan dia mahu menuntut cerai.

Terbaru, Akhil Hayy gagal dihubungi oleh media dan syarikat rakaman Inteam Records. Yang kesiannya, ramai peminat menghubungi syarikat rakaman itu untuk meluahkan rasa tak puas hati.Hati mana yang tidak berkecai apabila rumahtangga yang dibina rupanya ada insan ketiga. Pertama kali keluar TV, memang ramai yang cakap Maizawati lebih cantik daripada Waheeda.

Gambar Waheeda (kiri) dan Maizawati (kanan)

Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah

Maizawati muncul bukan untuk menjaja cerita peribadi atau bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menamatkan kekusutan yang berlaku. Satu tindakan yang wajar kerana selagi tidak mendengar dari pihak yang satu lagi, selagi itulah cerita yang lebih buruk akan keluar. Sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius. Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan. Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu. Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan.”

Maizawati Tidak Mahu Bersemuka Dengan Waheeda

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang. Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah.”

Sebagai orang yang beragama, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

Imej Ustaz Rock Tercalar

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami.” – [sumber]

Semoga isu ini diselesaikan dengan cara yang terbaik. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Maizawati Patah Tangan Kemalangan Jalan Raya



    • pemerhati

      kepada maizawati, bersabarlah dengan dugaan yang awak sedang hadapi..
      biarlah mereka jika itu yang boleh membuatkan mereka bahagia.. Allah itu MAha Adil.. apa yang awak rasa, mungkin suatu hari nanti Waheeda boleh rasa juga..kita tidak tahu..janganla awak menyimpan dendam..fikirkanla masa depan anak2 awak..mereka akan membahagiakan awak..INSYAALLAH..AL-Fatihah kepada ustaz Asri..

    • fauzi

      ala, susah2 kahwin je ngan saya. kalau akhil boleh maiz pun bole.
      nama manja maiz . hehehehehe.tapi saya org biasaje bukannye ustaz.
      insan yg lemah tetapi hansome.

    • fauzi

      SALAM, aku setuju ngan LINDA, penyebabnye adalah WAHEEDA WASSINI WAKAKA. Memang la segalanye ditakdirkan tetapi kalau kita berusaha merubahnye, insyaallah bole kalau diizinkan tuhan.NI TIDAK, IKUT KAN NAFSU TU YANG KANTOI TU> X BERUSAHA MENYELAMATKAN KELUARGA. kesian la sikit kat anak2 kau tu akhil oi.aku pun bukannye bgus sgt tapi sentiasala ingat kan anak2. bayangkan lah kalau kita berada ditempat mereka. Ingat anak2 lah bekal utk kita diakhirat. aku bukannye ustaz, tapi tau basic sikit je.Ingat anak2 family kita selamat.Ingat girlfriend family x selamat.KATA2 hikamh dari PROF DATUK DR Fauzi.

    • nurul

      kita bukan tuhan untuk menghukum kesalahan org lain.. jangan ambil alih kerja ALLAH.. jika betul pun mereka bersalah.. itu diantara mereka dan bagaimana mereka selesaikan.. KAMU yang sibuk menghukum orang.. dan melemparkan kata kata yang tidak sepatutnya adakah kamu sudah cukup baik dimata ALLAH?? renung diri kita dahulu..
      sy tidak mnyokong mana2 pihak..tetapi muhasabah diri kita dahulu..
      insyaalllah ALLAH akan jauhkan kita dari seksaan azab api naraka..
      hidup kita didunia ni xlama..baki hidup kita dimuka bumi penuhkanlah dengan kebaikan dan taubat..cukuplah dengan dosa kita yang semakin membeban,,

    • lalito

      nak je aku bagi panapoooooooooo kat ustaz mcm tu…..waheeda pulak gatal…somi org pun nak tibai…..kita tgk je…..lakonan dorang…nih ustaz kolop dah dapat madunya…..tak lama lagi sepah dibuang la….

      pengantin biasa lepas nikah tak tergedik2 mcm tu..ni orang agama gambo nikah nta apa2 je…..mcm dah londos je waheeda tu….

    • zuriati yunos

      siap wat kenyataan dr fazilah hamshah lagi nasihatkan dia….hehehe. Mesti dato baca statement dia senyum je…wakakaka

      aku rasa ustza akhil ni..ustaz ‘start’ la…..ustaz masuk panggung..waktunya tengah2 malam plak tu….ddk tepi pantai malam2 dgn kwn2 yg pakai baju tdedah..iskkkkkkkk. ustaz ke tu???????

      Bagi aku dia tak boleh dijadikan ikon..sungguh memalukan…..jadi aircond pun tak boleh bawak virus…wakakaka

      tengah ‘sedap’ ni….jap lagi ko tau la waheeda langit tinggi ke rendah….dapat somi yg perlu bayar nafkah bilangan…anak dia yg ramai…
      mulalah ko punya sakit kuar lagi. Skandos dgn somi orang leh cakap sakit dah 3 bulan la…sakit mabuk cinta adalah….

      mak n bapakkkkkkkkkkk waheeda pun satu….tima je anak menantu mcm tu….pokcik2..gila glamer ke?

      Nak tolak malu…alang2 anak dah wat hal..tima aja la..redo ya pokcik..wakakaka

      So anak pokcik dah londos….bawak beg jumpa pokcik….

    • http://ustazaqilhayykahwinwaheeda hamba allah

      Assalamualaikum…
      jgnlah kita menghina org lain,belum tentu diri kita sempurna…
      pape pu yang kita buat,yg baik dtg dari ALLAh dan yg buruk dtg dari kelemahan kita sendiri. Jodoh pertemuan ajal maut ditentukan oleh ALLAH,jgnlah kita mudah menjatuhkn hukum atas perbuatan org lain,amalan dan dosa kita hanya ALLAh yg dpt menentukn bukan kita manusia sesama manusia. Apa pun yg terjadi pasti ada hikmahnya dan ALLah jugalah lebih mengetahui. ALLAh maha kaya dan jika ustaz aqil yakin yg apa trjadi adalah gerakan dari ALLAH semoga dia dn waheeda mendpt kebahagian dunia/akhirat dan bagi MAizawati ALLAh juga akan memberi kebahagian kepadanya dunia/akhirat kerana ALLAH maha adil,pengasih dn penyayang doakn lah mereka dn anak2 mereka mendpt rahmat ALLAH bukan menghina dn menyumaph mereka kerana perbuatan kita akan membuat anak2 yg terlibat lebih terguris,insyaallh mudah2an satu hari nntimaizawati akan mendpt pengganti dn mereka semua dpt mengeratkn silatulrahim dgn anak2 mendpt kasih sayang bukan hanya daripada seorg ayah dn ibu tapi 2 org ayah dn 2 org ibu, akan lebih cerialah kehidupan mereka…hentiknlah cemuhan2 yg hanya akan merosakkn fikfiran dan perasaan anak2 yg trlibat,dah lah gosip pasal ustaz kahwin waheeda digembar-gemburkn sebelum mereka kahwin,skrg dh kahwin pun salah.Memang susahlah nk puaskn hati semua org,tak kahwin salah dah kahwin pun salah..haiz..inilah manusia semuanya dibuat org lain salah tapi kesalahan diri sendiri tak perasan.Aku bukan apa kesiankn budak2 yg trlibat, apa agaknya perasan dorang bila baca komen2 yg tak beralas ni…cuba fikirkn..
      Nak ckap waheeda ank dara tua,tak ke trfikir dlm otak kita knape waheeda tak kahwin2 dari dulu lagi sedangkn ada juga org nk dgn dia, bukan dia tak laku cuma masa 2 dia belum ada perasaan atau belum brsedia nk kahwin,tak kan pasal kawan2 dia dah kahwin dia pun nk kahwin jugak kn tak kira sape bakal suami dia tapi pasal gerakkn dah ada, hati dah terbuka dn kebetulan pulak dgn ustaz yg dah bersuami,nk cakap apa,mungkin dia tak nak tapi takdir dah menentukan jadi lah, nak,ni semua tak leh ckap.
      Semoga maizawati dn waheeda dpt berbaik2 secepat mungkin demi kebaikan anak2 mereka sebab dgn mereka berbaik2 anak2 akan dpt manfaaat merasakn kasih sayang daripada 2 org ibu tak ke rahmat namanya,dan bila maizawati bersuami lagi atau mungkin ALLAh akan buka hati ustaz aqil dn maizawati untuk berbaik2 semula dh mereka jadi keluarga bahagia dan akan lebih bahagia dari dulu..insyaallah,kalau tak pun maizawati dpt jodoh lain,dptlah anak2 merasakn kasih sayang seorg bapa lagi,bartambah lah lagi kasih sayang dlm kehidupan mereka…AMIN

      wassalam

      wassalam

    • dodo

      aku nak jawab skitla org yg bukak citer lama maiza ni… sama ada betul ke tidak, aku takleh nak stuju ngan ko sebab takde bukti. tapi nak citerla, aku ni byk kali jugakla kene fitnah. ada satu masa tu aku skolah asrama. aku difitnah berdua2 duaan dgn sekor mamat ni. terus semua org benci aku. padahal sumpah mamat tu muka dia pun aku tak pernah tengok. dahla aku ni sombong gila jenis tak layan bila laki tegur aku, apatah lagi aku sendiri terhegeh2 nak tegur laki mana mungkin! dah lama aku tanggung fitnah, las2 dpt tau rupa2nya budak lain yg buat tu, bukan aku. diorang salah org. pastu takdela pulak nak mintak maaf ke ape atau citerkan bende sebenar. diorang senyap je. sampai skarang aku tatau sapa yg bawak citer tu.

      byk lagi la aku kene fitnah. slalu kene bila aku duk tempat semua melayu (aku ni banyak pindah. ada tu tempat byk kaum, ada tu yg kaum melayu je dll).

      so aku punya point la… mungkin dakwaan tangkap basah tu tak benar. atau, mungkin benar tapi laki tu yg buat hal. mungkin laki tu pegi jumpa maiza pastu tetiba org serbu. takpun diorang kene trap mcm kisah mahsuri tu. ha siapa tau kan??

      anyway, aku bagi pendapat dari sudut lain je… sebab fitnah ni bende nyata. aishah r.a. sendiri pun penah difitnah kononnya buat hubungan dgn lelaki lain (masa tu aishah sendiri pastu laki tu datang nak tolong aishah dgn unta- boleh check snediri surah al mukminun). habis semua org kecam aishah. last2 dpt tau aishah tu sebenarnya kene frame.

      kita ni memangla tatau mana betul mana tidak. tapi kalau tgk dari air muka maiza tu.. mmng nampak mcm org baik. nampak jenis lurus pun ada jugak. cuba korang pikir. org muka serani macam tu, duduk pulak kat kampung kat Perak, manala org2 kampung tak dengki. tu la sesedap hati je buat citer fitnah bagai.

      si wahida pulak, konon takde salah tapi cuba tengok air muka dia, perangai dia, kata2 dia.

      kdg2 bende2 ni semua bukan stakat ckp je. tak semesti org bwk citer tu betul. telitila dulu elok2. agak2 org lembut dan penyabar mcm maiza ni ada tak buat prangai mcm difitnah tu. agak2 je la. jadi jgn cpt terburu2 nak fitnah org lain… pk2 kan la

    • ais2baby

      ape2 jelah.. yg penting waheeda ni mmg jns pempuan xda prasaan.. spesis mcm ni bgs buang kat lautan bg mkn ikan jerung..

    • http://yahoo.com nina comel

      askum..xpatot pe yg waheeda uat..kecian kat bini ustaz akhil hayy 2…pe lg yg xckp..sume bini die da bg..

    • dora

      ustz ptutnya rnung n igt smula jasa2 n pngrbanan kak maiza yg dh lahirkan zuriat yg rmai utk ustz..bkn sorg dua tp 6 org..hmm..sya rsa sya sdiri pun lum tntu sgup nk lhirkan ank sramai tu..ye lah..mna2 isteri yg bsalin ni mmg risikonya dua je..hdup atau mti..ustz x prnh tgk sdiri ke pglman kak maiza tu lhirkan ank2 ustz?prnh x ustz msuk dlm labour room n tgk mcmn ank2 ustz tu lahir ke dunia??

    • KITAE

      SALAM RAMADHAN UTK SEMUA!!!!\
      ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT-NYA DAPATLAH KITA MENERUSKAN TUNDUK TAWADOK’ KEPADA YG MAHA ESA…

      ALHAMDULIILAH KPD USTAZ AKILL SELAMAT BERIJAB KABUL…
      SMOGA DPT MEMBINA MAHLIGAI SMA SPT SBLOMNYA MALAH LEBIH BAIK DR SEBLOMNYA…

      KLW BOLEH USTAZ…JADI LA SPT DLU..PERJUANGAN BELOM SLESAI..

      “AKU BUKAN SEPERTI ENGKAU SANGKAKAN…PENUH PURA DIDALAM BERJUANG..AKU TIDAK PANDAI MENYULAM RAHSIA..JUGA TAK PANDAI KU BERMDAH PUJANGGA”

      PETIKAN DR LAGU USTAZ…”IKHLAS dariKU”

      USTAZ RENUNG2KAN LAH…
      HINDARILAH DR DUNIA ARTIS
      KEMBALILAH KPD TUAN GURU
      JADILAH SPT KUMPULAN RABBANI & RAIHAN
      ARTIS JGK TP PENUH PENGHAYATAN…

      USTAZ KEMBALILAH….

    • KITAE

      TAKBIR!!!!!

    • nanu

      salam ramadhan..

      aku benci tengok muka waheeda. muak sungguh! menjelekkan..
      bangga nya dy tersenyum dapat rampas laki n bapak orang..
      klu menyanyi.. suara lenggok2.. macam la nak bertarannum!

      bagos la ko buat keputusan tok behenti menyanyi..
      islam x perlu pun nyanyian ko yang konon2 ‘DAKWAH’ tu..

      baik jage laki ko tu, sebelum orang lain yg merampas dy!
      macam y ko bwt kat bekas bini ustaz tu..
      x taw malu ke bai..??!!

    • mamit

      Kepada x wife akhil (Bahlul tu)
      Jangan lah kamu bersedih dengan perbuatan si bahlul tu,
      kamu sepatutnya bergembira kerana telah dilepaskan dari bala yg dibawa oleh org yg berlagak ustaz(nak muntah aku).
      Dengan x ada nya si bahlul tu, kamu boleh membina hidup kamu sendiri dengan jauh lebih baik dari dulu.
      Kepada waheeda, Kalau x ada si bahlul tu sama nak kat ko??????
      MARAH KRN KENA TIPU HIDUP_HIDUP

    • mamit

      Hany????? ko kaki liwat ke?????

    • lyyyy johor

      ‘start akil’,dah x de duit leh tuh nak menyaman.?cian ko ek dah le program ko yang membazir duit aku bayo astro tu kena tamat siaran senang hati aku,ko lak maiza tengah edah mekap dah kalah fasha sandha dah kenapa ko ni kan waktu edah .x buat rujukan ker tentang batas2 edah oh ye le ko pun kawin dengan start lupa lak aku. ko lak ke hulu hilir berangan nak jd artis anak anak yang tengah dahaga kasih sayang tu sapa yang jengah.korang bertiga otak letak mana.maiza oh maiza anak nak menetek tu…….

    • lyyyy johor

      wahai yg bernama ‘hamba allah’ memangle semua ketentuan allah tapi jangan lupa jodoh dia dgn maiza dah tertulis tp mereka yang bercerai.yang baik datang dari allah yang buruk dari diri sendiri.allah membenci perceraian. janganla nak menyalahkan qada dan qadar

    • ev

      sabar..

    • lel@

      sllunya suami yg melukakn hati isteri akn dikurangkn rezekinya…itulah yg berlaku pada si suami kerana orang sudah benci tgk muka dia kt tv.
      si isteri bru konon nk jadi suri rumah sepenuh masa. adakah peristiwa itu akn berulang? si suami susah nk ddk rumah krn mncari nafkah..adakah si suami akn kembali kepada bekas isteri? atau si suami akn brtemu andartu len dn jatuh hati????
      sama2 kita tgk sape yg kena plak!

    • soso kalut

      nape muke waheeda tu..??
      macam lain..nape ye..??
      ~~~

    • jalanlurus

      salam
      1) klu dh jodoh..tidak ke mane.. = tahniah la ye
      2) bertepuk sebelah tgn xkn brbunyi.. = asmara dana
      3) air dicincang xkn putus.. = 6 org tu
      4) keluar mulut buaya masuk mulut naga.. = harap maiza sentiasa dilindungi Allah SWT

    • hujan renyai

      saso kalut, muka dia camtu sebab tgh tahan sakit senggugut kot…? sebab tu lah dia asyik angin satu badan je

    • mamit

      Muka dia memang mcm tu dari dulu, mana pernah cantik, sbb tu akhil dapat free aje…..

    • bayu

      korang nie semua sebenarnya SAKIT HATI! btw, dia org nikah pun, apa nya yg kena mengena nya dgn korang semua??? terus terang aje lah!! tak payah lah nak MUNAFIK!!! MENTALITY korang2 yg FANATIK sgt yg sengaja nak cari hal mengutuk tu, kan lebih baik aje korang JALAN JALAN CARI MAKAN! jgn pulak jln jln CARI PASAL!! takut nanti ada pulak yg tertelan penumbuk Malaikat.

    • chacha

      korang tgok muka c waheda tu..mcm setan..sah la ko ni perampas.
      tgok muka ko pun tahu yg ko tu memang ppuan sial yg takde akal..
      p mampus la ko waheda…

    • Dato

      chacha. KAU TU YG BETINA SIAL! MAIZAWATI TAK MELEBIH2! KAU PULAK YG MCM SIAL!!

    • http://www.myspace.com leesa

      seustaz maner pon dyer still manusia mcm kiter…
      ader nafsu dan doser phala…
      aper yg brlaku mungkin ader hikmah…
      mugkin dugaan kpda ketiga2 belah pihak…
      oleh itu,,,
      jgnla kiter mghukum tnpa usul priksa…
      di sbalik prkare yg brlaku kter tak nmpk aper yg sbnar2nyer brlaku…
      aper yg prlu ialah brdoa agr mreka kmbali ke pngkal jln buknnya trus menerus mghukum…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK