in ,

Ini Sebab Irwan Tersingkir, Tak Dapat Mara Ke Separuh Akhir Mentor Otai

Persembahan Irwan kurang ‘showmanship’! Itulah yang dikatakan oleh Edry Abdul Halim selaku juri tetap Mentor Otai pada minggu lalu ketika menyampaikan lagu ‘Hidup Dalam Mati’, nyanyian asal Syamel. Penyingkiran protégé kepada Tam Spider ini telah melenyapkan impian Irwan Ahmad untuk meneruskan perjuangannya dalam pentas Mentor Otai.

MENTOR OTAI

Impian Irwan Untuk Ke Separuh Akhir Tidak Tercapai

Menurut Tam Spider, selaku Mentor kepada Irwan, “Saya berpuas hati dengan persembahan kedua-dua protégé saya pada malam ini. Walaupun rezeki Irwan dalam Mentor Otai telah terhenti disini, dia telah berjaya buktikan kepada protégé-protégé lain bahawa dia mampu menjadi pesaing hebat selama dua minggu kepada protégé-protégé lain. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Mark Adam yang juga merupakan juri tetap yang turut mengatakan situasi Irwan di pentas malam itu adalah bahaya! Oleh itu, saya berpuas hati dengan pencapaian Irwan selama ini, dan saya berharap peminat Irwan diluar sana akan tetap menyokong Irwan.”

Selain itu, protégé kepada Zarul Husin, Azee sekali lagi telah muncul sebagai Juara Mingguan dengan persembahan lagu ‘Warkah Untukku’ yang telah diimprovisasi menjadi genre Rock. Kini hanya tinggal lima protégé dan mereka perlu meneruskan perjuangan untuk ke Konsert Separuh Akhir Mentor Otai minggu hadapan. Mereka adalah Elvira (Misha Omar), Alina (Siti Sarah), AJ (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin).

Menyingkap kembali pada malam itu, Konsert Battle Keempat Mentor Otai dibuka dengan persembahan single terbaharu Zarul Husin yang bertajuk ‘Remuk. Selain itu, konsert ini turut menampilkan persembahan peserta ujibakat pilihan bernama Haridan dengan lagunya “Apo Nak Di Kato”, dan Konsert Keempat Mentor Otai ini diakhiri dengan persembahan Nuar Slash dengan lagu “Taman Astakona”. Para protégé pula telah membuat persembahan seperti di dalam jadual dibawah.

PROTEGE LAGU
Azee

(Zarul Husin)

WARKAH UNTUKKU

(ARA)

Irwan

(Tam Spider)

HIDUP DALAM MATI

(SYAMEL)

Alina

(Siti Sarah)

BISIKAN HATI

(RAFEAH BUANG)

AJ

(Tam Spider)

JOGET ANGAN TAK SUDAH

(JAY JAY)

Lokman

(Zarul Husin)

SINAMBUNGAN CINTA

(GRAVITY)

Elvira

(Misha Omar)

PEMATAH HATI

(NABILA RAZALI)

Kesemua persembahan protégé diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai. Protégé yang mempunyai markah terendah di setiap akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Para penonton pula telah memulakan tugas mereka sebagai pengadil persembahan protégé Mentor Otai melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina. Undian mereka akan diambil dikira sehingga persembahan terakhir konsert mingguan tersebut dan markah keseluruhan setiap protégé akan diset semula di minggu hadapan.

MENTOR OTAI

Dalam pertandingan nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerahkan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protégé juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000. Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otai adalah RM50,000 dan tempat ketiga adalah berjumlah RM20,000.

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini juga menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, Geng Strim Live HD tonton serta geng radio Kool FM.

MENTOR OTAI

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otai setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Buat para peminat yang ingin menyaksikan Mentor Otai secara langsung, kehadiran anda dialu-alukan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan masuk adalah percuma! Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

MENTOR OTAI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Siaran Live Pelancaran Boleh Menang OPPO F7

Glam Masters Dihoskan oleh Laverne Cox di LIFETIME Asia