Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Iqbal Mazlan Juara Pilih Kasih Musim Pertama



Sekalung tahniah Budiey ucapkan kepada Iqbal kerana telah dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama yang berlangsung semalam. Budiey dah lama kenal Iqbal. Kalau tak silap, Iqbal ni adalah sepupu kepada bintang AF, Haziq Rosebi. Dulu-dulu, pernah sekali Budiey buat entri pasal Iqbal sebab Iqbal ada mirip-mirip dengan muka Dafi. Sila baca kat sini: Gambar Kembar Dafi atau Jangan Tersilap Buat Andaian yang mengundang 120 lebih komen dari pembaca~!

Gambar Iqbal semasa sidang media di Restoran Sri Melayu

SENAWANG: Pelakon dan penyanyi sambilan, Muhammad Iqbal Mazlan, 20 (Iqbal Mazlan) dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim pertama, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, di sini, disiarkan secara langsung di TV2 semalam.

Iqbal, 20, yang memperoleh peratusan tertinggi iaitu 39.36 peratusadalah antara lima pelakon yang ‘dicari’ Rosyam Nor selama 10 minggu program realiti itu berlangsung.

Ia diikuti dengan empat peserta lain iaitu Reza Hasbi (36.27 peratus),Indera Hafiz (31.59 peratus), Nabila Dally (28.45 peratus) sertaWanina Zaki (26.67 peratus).

Lima finalis lain terdiri daripada Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi), Farah Azleenda Abdul Aziz, 20 (Zulin Aziz); Rabiatul Balqis Rameshan, 21 (Rea Rameshan), Mohamad Redzuan Rosli, 19 (Diwan Nawi);dan Mohamad Ridzuan Hasbullah, 20 (Reza Hasbi).

Iqbal yang ditemui sejurus selepas itu berkata, dia sememangnya cukupterkejut dan tidak menyangka akan menjadi juara Pilih Kasih. Lebih-lebih lagi katanya, dia menduduki tempat tercorot dalam undiankhidmat pesanan ringkas (SMS) dengan hanya mendapat 0.36 peratus.

“Saya tidak pernah berfikir untuk melangkah sejauh ini apatah lagimenjuarai program realiti ini. Apa yang saya tahu, saya mesti membuat yang terbaik di pentas agarmenonjolkan bakat lakonan saya,” katanya pada sidang akhbar sejurus berakhirnya Pentas Akhir Pilih Kasih.

Sementara itu, Pelakon lelaki dan wanita terbaik Pilih Kasih ialah Sofian Bujang dan Wanina Zaki.

Sofian Bujang dan Bea Rameshan dalam satu aksi persembahan.

Masing-masing menerima trofi dan ditawarkan berlakon dalam dua buahdrama bersiri arahan pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima. Walaupun julung kali diadakan, Pilih Kasih mempunyai daya penarik yang tersendiri. Misalnya, tayangan drama pendek bersiri ‘Mangsa Pemburu’ diakhiri dengan adegan sepasukan anggota polis berkejaran menangkap seorang penjenayah bertopeng balaclava.

Insiden tersebut adalah berkesinambungan daripada bahagian akhir dramapendek tersebut. Menariknya, lelaki bertopeng tersebut ialah Rosyam Nor sendiri! Dalam drama pendek itu juga, Iqbal yang memegang watak utama lelaki berjaya berlakon dengan baik sekali.

Malah, persembahan monolog Iqbal berjudul ‘Menjadi Pelakon’ mendapat pujian daripada dua pengkritik peringkat akhir Pilih Kasih iaitu Dr.Abu Hassan dan Mamat Khalid. Artis-artis undangan seperti Mazlan Tahir, Zulhairy, Zamzuriah Zaharidan Liyana Jasmay menjayakan persembahan monolog-monolog pada malam itu.

10 finalis Pilih Kasih

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan oleh artis jemputan, Akhil Hayy, Azlan The Typewriter dan Amy Search.

HADIAH-HADIAH PILIH KASIH

Tempat pertama (Iqbal Mazlan): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suria sumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat kedua (Reza Hasbi): Wang tunai RM10,000, kereta Naza Suriasumbangan Oriva, trofi sumbangan Langkawi Crystal, pakej percutian kePerth bernilai RM5,000 sumbangan Utusan Travel Holiday, cenderahatidari Alfo Lighting bernilai RM2,000 dan biasiswa pengajian di Aswara.

Tempat ketiga (Indera Hafiz): Wang tunai RM3,000, trofi, pakejpercutian ke Jakarta bernilai RM2,000 sumbangan Utusan Travel Holiday,cenderahati dari Alfo Lighting bernilai RM600 dan biasiswa pengajiandi Aswara.

Tempat keempat (Nabila Dally): Trofi serta RM1,000.

Tempat kelima (Wanina Zaki) : Trofi serta RM1,000.

Lima peserta teratas tersebut akan ditawarkan kontrak berlakon selama setahun dalam drama dan filem ‘Kekasih’ terbitan Suhan Movies yang dimiliki oleh Rosyam Nor.

Indera, Iqbal dan Reza dengan trofi dan cek replika masing-masing. [sumber]

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ujibakat Pilih Kasih Musim Kedua
  • Pentas Pilih Kasih: Ahdan Tersingkir Di Minggu Ke Lapan
  • Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin
  • Aada Zara Peserta Pertama Tersingkir Pentas Pilih Kasih
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu
  • Kisah Budak KL Masuk Kampung
  • Tonton Pilih Kasih Peringkat Akhir Ahad Ini di TV2
  • Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama



  • 22 Komen untuk entri “Iqbal Mazlan Juara Pilih Kasih Musim Pertama”

    1. kedaionline kata:

      skali tgk mcm muka dafi pulak

    2. bakawali kata:

      tentu lah iqbal lg manis.xpuas nengok.

    3. Ayu kata:

      tak puas hati cara Pilih Kasih announce pemenang..especially masa nak announce Iqbal menang….belum announce lagi, gambar Iqbal dah kuar TV. Tak buat rehearsal ke ?

    4. ....... kata:

      pape je

    5. encik kader kata:

      Memang pilih kasih betoila Rosyam Noor ni…Iqbal yang tak popular pun bleh dia angkat jadi champion…Orang la ni masuk panggung tengok pelakon yang popular ja…tak kisahla cerita best pun…kalau pelakon tak popular depa tak layan…kang penin pala plak wayang tak laku…Rosyam Noor memang berani…Apa2 pun tahniah la buat Iqbal sebab jadi pilihan Rosyam Noor.

    6. perlu ker? kata:

      iqbal x patut menang! x best pun! mengade jer!

    7. inalina74 kata:

      tk puas hati dgn keputusan rosyam nor….tp ape nk buat dh di nama kan PILIH KASIH so rancngan ini mmg btl2 PILIH KASIH….saya ingat reza hasbi@indera hafiz akan menang sebb lakonan mereka mmg best dr IQBAL tu….

    8. hahaha kata:

      gua ingatkan yg jadi hero ‘azura’ tu yg menang (lupa lh pulak namanya) tetapi rupa2nya salah.. hahaha.. memang pilih kasih betul..

    9. pepe kata:

      ak pn igt diwan nawi menang last org len….diwan nawi la hero teater azura 2…..

    10. iz kata:

      reza punye performances memang sucks mlm 2…
      indera hafiz pun samer….
      klw aku sofian bujang ngan iqbal memang tunjuk gud performances..
      ader peningkatan besar…
      kamera kurang spot pada iqbal so that’s why org tak nampak dier…
      reza and indera ader satu mimik muka dengan satu skrip biasa..
      tetepi klw sofian bujang,ikbal, nabila dally, a script has many faces..
      gud luck guys.. dunia seni penuh cabaran… jangan leka coz i wll support u guys.. i’m big fan of yours ikbal !!! chayok!! gambate!! fighting..

    11. tee kata:

      tahniah iqbal…

    12. TOYOL kata:

      ok lah…….

    13. cahaya kata:

      cahaya mengikuti pilih kasih dari minggu pertama…
      cahaya tiap2 minggu gi seremban semata nak tgk pilih kasih..
      iqbal memang patut menang…orang tak nampak semangat dia…betul kate iz.. camera tak begitu fokus pada iqbal n sofian… they was so good performent that night…memang menyerlah…
      cahaya memang sokong iqbal…tapi menilai juga dari segi bakat…
      wanina memang bagus..lakonan mantap..tapi mlm final wanina mcm kurang semangat…mungkin selepas melihat undian sms yg tak berapa memberansangkan..
      mane undian sms yang dok kat atas tu nampak buat sambil lewa…
      cahaya suke rtm yg jage quality sebab tidak hanya berdasarkan sms penonton sahaja…50 50 tu adalah lebih baik…
      cahaya harap sesiapa yang tidak puas hati tu tonton la semula pilih kasih akhir dalam youtube..
      tak dinafikan cahaya teruja melihat indera hafiz pada minggu merdeka..watak sebagai penagih dadah memang menjadi…begitu juga sopian…
      whatever pun apapun kesemua 10 finalis memang bagus…hopfully kesemuanya berjaya…insyaallah…

    14. FLOW93 kata:

      X PUAS HATI TOL LH.. MMG PLH KSH BTL ROSYAM NI.. TB2 JE IQBAL BOLEH MENANG SDGKN DIA DPT UNDIAN PLG RENDAH.. HU3..

    15. mai kata:

      kenapa iqbal mazlan yg mng ? reza ng sofian lagi bagos ? tu kembar dafi ?? geli jek .tak same langsong .

    16. eidah kata:

      mnat Iqbal gila… Utk Iqbal gud luck… may Allah bless u…don’t ever forgot ur fans…

    17. eira kata:

      spatutnya juara bleh kat reza hasbi n naib juara kat nabila dally..
      tu bwu best…
      x psl2 iqbal mng..ishk..geram aku…

    18. Puteri Eylia Natasya kata:

      cm x cye je iqbal leh mng….ptutnye reza hasbi lah yg mng…..

    19. puteri kata:

      GOOD LUCK IQBAL

    20. zety kata:

      minat giler r kat iqbal mazlan….teringin nak jumpe dia,datang r raub..tak de dgar citer pun sejak menang plih ksh..

    21. zety kata:

      salam,ape citer lpas menang plih kasih…..????senyap je..best r drama lilin yg terbiar 2…

    22. maximus kata:

      memang betul kata korang,semua pemenang x kemana pun.tambah2 si juara pula muka jambu pengarah mana yang nak ambil berlakon.kah2…………lau ambil berlakon pun untuk jadi bapok jer………………..memang betol2 pilih kasih pun korang ni,kemana pulak yang laen?…sepatutnya yang menang membawa watak teater AZURA 2 lar…………………….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK