in

Ipad Generasi Ketiga Dengan Pelan Data Menarik Dari Maxis

MAXIS MEMPERKENALKAN iPAD GENERASI KETIGA DENGAN PELAN DATA MENARIK & PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI

• iPad terbaru kini boleh didapati di Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners – MEP) di seluruh negara
• Pelanggan Maxis boleh membeli iPad dengan pelan Internet Maxis pada harga serendah RM999, manakala pelanggan MOC layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM300
• Pelan internet iPad terbaru ini memanfaatkan peningkatan rangkaian Maxis baru-baru ini menggunakan teknologi “HSPA + Dual Carrier”, menggandakan prestasi muat turun dan pelayaran web yang disediakan sebelum ini

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, pada hari ini menawarkan iPad terbaru dengan model Wi-Fi + selular dengan pelbagai pelan data yang menarik yang akan membenarkan pelanggan untuk bersambung ke rangkaian Maxis yang berkelajuan tinggi dan maju. Pelanggan Maxis boleh mendapatkan iPad pada harga serendah RM999 apabila mereka mendaftar untuk pelan data 12GB sebanyak RM108 sebulan, atas dasar kontrak 24 bulan. Selain itu, ahli Maxis One Club (MOC) layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM300, lantas menjadikan iPad baru ini berharga serendah RM699, yang akan ditawarkan sehingga 30 Jun 2012.

Pelan internet untuk iPad baru ini yang boleh didapati di Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners – MEP) di seluruh negara mulai hari ini, akan memanfaatkan peningkatan rangkaian Maxis baru-baru ini menggunakan teknologi “HSPA + Dual Carrier”, menggandakan prestasi muat turun dan pelayaran web yang disediakan sebelum ini.

Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Penambahan iPad baru ini dalam tawaran peranti kami membina atas ekosistem peranti kami yang sudah menyeluruh, yang dilengkapi dengan pelan data bersepadu yang memberi nilai dan kelajuan, disokong oleh rangkaian paling canggih dan terpantas di negara ini.”

Pelan harga dan tarif Maxis untuk iPad baru:

Pelan Internet iPad
(Kontrak 24 bulan)
Jenis Harga Runcit yang Dicadangkan 2GB
(RM48/bulan) 4GB
(RM68/bulan) 12GB
(RM108/bulan)
16GB RM1,949 RM1,499 RM1,349 RM999
32GB RM2,199 RM1,749 RM1,599 RM1,249
64GB RM2,499 RM2,049 RM1,899 RM1,549
Bayaran Pendahuluan RM300 RM450 RM800

Pelanggan akan menikmati ketenangan fikiran ketika melayari iPad mereka dengan ciri-ciri tambahan seperti peruntukan pemberitahuan SMS dari Maxis apabila mencapai 80% dan 100% dari penggunaan data. Pelanggan tidak akan menanggung bayaran tambahan apabila mereka telah melebihi kuota data tetapi sebaliknya akan menghadapi kelajuan internet yang didikit.

iPad baru ini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi popular Maxis, termasuk Maxis ebooks, perkhidmatan buku digital bersepadu yang pertama di Malaysia yang boleh digunakan di pelbagai peranti, Maxis F1 2012, Maxis Movies, Maxis Finder301, Maxis Customer Service dan Maxis PayPal. Untuk Maxis ebooks, pelanggan iPad boleh memuat turun tajuk-tajuk terpilih secara percuma sehingga 31 Julai 2012. Untuk menebus tajuk-tajuk terpilih yang percuma ini, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Maxis eBook’ di App Store, layari www.ebuuk.com.my dan pergi ke kategori ‘Special New iPad Promotion’, pilih ebook percuma dan klik untuk membeli.

iPad generasi ketiga ialah kategori peranti mudah alih ditakrifkan yang mempunyai paparan Retina baru yang indah, cip baru A5X Apple dengan grafik ‘quad-core’ dan kamera iSight 5 megapiksel dengan optik maju untuk mengambil gambar-gambar yang menakjubkan dan video HD 108-P. Ia juga masih menawarkan hayat bateri sepanjang hari yang sama selama 10 jam * sementara kekal nipis dan ringan. iPad baru ini boleh digunakan di merata dunia, membolehkan pengguna untuk menyambung kepada rangkaian yang pantas di seluruh dunia apabila mereka melancong.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan harga dan tarif Maxis untuk iPad terbaru, sila layari www.maxis.com.my. Pelanggan boleh menyemak kelayakan MOC mereka dengan melawat http://moc.maxisdevices.com/. Untuk maklumat lanjut mengenai iPad, sila layari laman web www.apple.com/ipad.

*Hayat bateri bergantung kepada seting peranti, penggunaan dan faktor lain. Keputusan sebenar berbeza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Offers the Latest HTC One S & HTC Desire V

Flavor Listerine Green Tea for Cavities Free Teeth