in

Interview With J.A BAYONA director THE ORPHANAGE

TEMURAMAH BERSAMA-SAMA J.A BAYONA , PENGARAH THE ORPHANAGE.

SOALAN:
Kenapa filem bergenre seram menjadi pilihan untuk filem arahan pertama anda?
J.A Bayona:
Ianya merupakan satu kemungkinan yang besar  untuk memberi peluang kepada saya bagi mengarah The Orphanage. Saya amat tertarik dengan filem bergenre seram dan mememang benar, genre seperti ini mampu menarik penonton. Anda boleh memanipulasi masa dan ruang seperti yang dimahukan, serta pergerakan filem yang mampu memberi kesan serta merta.

SOALAN:
Adakah filem pertama merupakan satu manifesto artistik?
J.A. Bayona:
Saya percaya sebuah filem merupakan satu manifesto pengarah bila ianya mengarah. Saya percaya pembuat filem mesti membuat sesuatu dari keyakinan, sesuatu yang beremosi.

SOALAN:
Bagaimana anda merombak semula skrip oleh Sergio Sanchez?
J.A. Bayona:
Ini merupakan bahagian yang rumit. Draf pertama filem ini telah dibuat hampir sepuluh tahun lalu. Apabila saya terlibat dengan projek ini, ianya terpaksa bermula dari asal. Masalah utamanya ialah; kenapa Laura kembali ke rumah anak yatim tersebut? Itu merupakan kunci segala-galanya.
The Orphanage merupakan satu perjalanan dari masa silam, gambaran seseorang yang dibelengu masa silam kerana tidak berani menghadapi masa depan, dan akhirnya bagaimana  dia melepaskan diri melalui fantasi.

SOALAN:
Sebelum ini, anda ada mengarah filem pendek, yang kelihatan penuh dengan gaya Amerika, namun, untuk The orphanage, ianya kelihatan penuh dengan ciri-ciri ‘Eropah.’ Bagaimana ini terjadi?
J.A Bayona:
Kedua-duanya (filem pendek dan The Orphanage) secara sengaja adalah satu pertembungan di antara dunia sebenar dan realiti ‘Hollywood.’ Saya sebenarnya agak senang  melihat diri saya sebagai protagonis dalam konflik ini, pertembungan di antara nilai ‘Hollywood’ serta nilai filem yang sering saya tonton ketika kecil sebagai rujukan. Pada saya, apa yang penting adalah bagaimana untuk menjalin rujukan ini.
Carlos, suami Laura, menuduhnya sengaja mereka cerita di dalam fikirannya. Saya tidak pasti jika The Orphanage terlalu bercirikan ‘Eropah,’ tetapi usaha ini merupakan perkara yang sengaja dibuat supaya ianya tidak kelihatan seperti filem seram sekarang. Filem ini (The Orphanage) seakan-akan filem yang pernah saya tonton sewaktu kecil.

SOALAN:
Bolehkah anda menceritakan serba sedikit mengenai rujukan seperti filem Suspiria, La Residencia, The Spirit Of Beehives, The innocents, Les Disparus de Saint-Agil, atau yang terbaru, The Devil’s Backbone atau Saint Ange oleh Pascal Laugier, yang dilihat menjadi rujukan bagi The Orphanage.
J.A. Bayona:
Saya tidak pernah melihat Saint Ange atau Les Disparus De Saint Agil. Namun demikian, pihak produksi berbincang mengenai filem berkenaan ketika persedian untuk filem ini. Ada beberapa babak di dalam filem ini yang warnanya seperti digunakan oleh Argento. Saya juga mempertontonkan La Residencia dan The Innocents kepada DP (Pengarah Fotografi), memintanya supaya memberikan perhatian kepada teknik ‘Scope Lensing’ dalam kedua filem berkenaan. Bagaimanapun, filem yang memberikan pengaruh kuat kepada filem ini ialah The Tenants, karya Polanski dan  Close Encounters Of The Third Kinds, secara formal atau pergerakan jalan ceritanya. Permulaan perjalanan Laura di dalam filem ini sama seperti perjalanan karektor Richard Dreyfuss di dalam Close Encounters.

SOALAN:
Sebagai pengarah, manakah karektor lebih penting di dalam filem The Orphanage, watak ibu (Laura) atau anak (Simon.)
J.A Bayona:
Kedua-duanya. Ibunya telah menetapkan satu perjalanan di mana akhirnya dia terpaksa menjadi anak. Pada 30 minit permulaan cerita, Simon yang berkomunikasi bersama-sama kawan bayangannya, namun, akhirnya Laura yang terpaksa berkomunikasi dengan mereka. Malahan penonton dapat menyaksikan Laura mengenakan pakaian sekolah ketika dia masih kecil.

SOALAN:
Bagaimana pula anda memikirkan babak menurun bersama-sama dengan Geraldine Chaplin?
J.A Bayona:
Ianya merupakan satu babak yang penting. Babak menurun ini merupakan satu kunci utama keseluruhan cerita, dan yang menarik ianya tidak menggunakan sedikit pun kesan khas. Geraldine Chaplin melakonkannya cukup berkesan.

SOALAN:
Simon merupakan seorang anak angkat. Bagaimana ini mendalamkan lagi tema rasa bersalah, kehilangan serta keibubapaan dalam filem ini?
J.A. Bayona:
Sudah semestinya isu keibubapaan dan tanggunjawab menjadi perkara utama bila Simon merupakan anak angkat. Ianya juga memaparkan disebalik kehidupan pasangan ini, Laura dan carlos,

SOALAN:
Rupa yang tidak sempurna, kecacatan dan kesakitan menjadi sebahagian dari filem ini. Mengapa?
J.A Bayona:
Filem seram adalah satu transgrasi. Filem seram perlu membawa kita ke tempat yang tidak mahu kita pergi. Ianya mesti menunjukkan sesuatu yang menganggu kita. Rupa yang tidak sempurna, kecacatan dan kesakitan menganggu kestabilan kita. Inilah formulanya.

SOALAN:
Boleh anda terangkan bagaimana di tengah kebangkitan filem seram dari Sepanyol dan Asia, filem bergenre seperti ini dari Amerika mengalami nasib sebaliknya. Dipenuhi kekejaman dan kesan khas.
J.A Bayona:
Di Hollywood, pereka produksi menjadi begitu penting seperti pelakonnya juga. Pihak Esksekutif mengambil kesempatan dari sudut kesan bunyi dan muzik, kesan khas untuk memukau penonton. Itulah strategi mereka untuk menutup kelemahan skrip. Ini bukan kesalahan yang perlu dipikul oleh penonton.
Namun, baru-baru ini, filem seperti The Sixth Sense, The Blair Witch Project dan The Others telah membuktikan mempunyai nilai komersil tanpa menggunakan kesan khas yang melampau.

SOALAN:
Adakah anda merasakan sebahagian dari gelombang kebangkitan pengarah Sepanyol?
J.A. Bayona:
Di Sepanyol, kita sudah mula mempunyai ‘alat’ untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Saya bukan berkata mengenai alatan secara teknikal. Saya mengikuti sekolah perfileman, sesuatu yang mustahil bagi pembuat filem terdahulu. The Orphanage bukan sahaja hasil usaha pertama saya, bahkan, penulis skrip, pengarah pengambaran, penyunting, komposer dan lain-lain. Saya tidak tahu, samada saya sebahagian dari gelombang tersebut, tetapi apa yang saya tahu, kami tidak akan berada di sini jika tiada orang sebelum kami.

[tags]j.a bayona, adsense, commersial value, aisyah rozi, colourful theme, cool sms, designer, download, flexible theme, free, graphicless, ikram zidane, kids, malaysian, minimalistic, simply candylicious, the orphanage review, wordpress theme[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3

Drama Bersiri Ayyad Lakonan Mas AF, Rozita Che Wan, Azhar Sulaiman