in ,

Inilah Tips Kulit Cantik & Cerah Sempurna Hanis Zalikha

Tahun baru ini serlahkan keyakinan diri dengan kulit muka cerah sempurna bersama SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Berikan wajah anda manfaat kecantikan cerah sempurna dengan manfaat buah kiwi dan limau gedang yang terdapat di dalam rangkaian produk penjagaan kulit muka ini.

SAFI Balqis White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah sempurna seawal 3 hari. Hasil ini boleh diperolehi dengan penggunaan berterusan rangkaian Safi Balqis White Trilogy.

Hanis Zalikha

Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:

• 3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi

• 3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

• 3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

Gadis Balqis – Hanis Zalikha duta SAFI Balqis White Trilogy telah berkongsi resepi kecantikan cerah sempurna beliau di majlis SAFI Balqis Cerah Sempurna Masterclass. Majlis tersebut telah dianjurkan untuk mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah dengan formulasi khusus dari buahan semula jadi.

Bertempat di The Cooking House bangsar, majlis yang mengenengahkan konsep “masterclass” kecantikan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi bersama Chef Cerah Sempurna kemudian disusuri dengan bengkel kecantikan SAFI Balqis White Trilogy yang dekelolai oleh Hanis Zalikha dan Pengurus Kumpulan Produk SAFI- Puan Mahsuri Sulaiman.

Sepanjang demonstrasi masakan berlangsung, para peserta telah dijelaskan oleh Chef Nor Zailina (yang juga mesra dengan panggilan Chef Lin), berkenaan manfaat kecantikan Kiwi dalam mecerahkan kulit, dan Limau Gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif melalui pandangan pakar seorang tukang masak.

“Selain daripada menitik beratkan penjagaan kulit muka, serlahkan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan pengambilan buahan dan sayuran. Contohnya, pengamalan pemakanan buah kiwi segar yang kaya dengan Vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) mampu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaatnya tersendiri dalam mengawal pembentukan minyak.”

Penulis kepada 30 buah buku masakan ini turut menyediakan satu hidangan khas, gabungan istimewa buah Kiwi dan Limau Gedang semasa majlis berlansung sebagai salah satu langkah penjagaan kecantikan.

Pada sesi bengkel penjagaan wajah, Puan Mahsuri Sulaiman menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan SAFI didalam rangkaian SAFI Balqis White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul agar hasrat transformasi kulit cerah sempurna mampu dikecapi. Selaku pengurus produk rangkaian SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman berkata “Dengan kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk seluruh jenis keperluan kulit kerana kami di keluarga SAFI percaya bahawa semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja”.

Menambah rencah kecantikan di dalam sesi ini, Hanis Zalikha turuh berkongsi rahsia kulit cerah alami beliau dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M SAFI Balqis White Trilogy beliau iaitu “Membersih – Menyegar – Memelihara – Melembap – Menyerikan”. Menurut beliau, 5 langkah ini merupakan elemen utama bagi memastikan kulit sentiasa cerah sempurna.

Dengan nada yang bersahaja dan penuh ceria, personafikasi keayuan jenama SAFI Balqis White Trilogy- Hanis Zalikha berkata:

“Penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian.”

Di akhir majlis ini berlansung, peserta dapat berjumpa dengan Puan Mahsuri secara individu untuk mendapat penerangan lanjut tentang rangkaian produk SAFI Balqis White Trilogy serta sesi beramah mesra dengan Hanis Zalikha bagi mengetahui tips kecantikan serta penampilan penuh keyakinan diri beliau. Peserta pulang dengan raut wajah cerah sempurna dengan bingkisan istimewa dari SAFI Balqis White Trilogy serta merakamkan potret kenangan bersama keluarga SAFI.

Produk SAFI BALQIS White Trilogy ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama-sama kita nikmati manfaat buah Kiwi dan Limau Gedang dalam mencapai kulit wajah cerah sempurna. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI BALQIS White Trilogy sila layari laman facebook SAFI: www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Hanis Zalikha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lawak Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh

Akim Mengaku Bercinta Dengan Stacy Sejak 3 Tahun Lalu