in

Inilah Logo Filem Batman v Superman: Dawn of Justice

Ketika mana penggambaran filem Batman v Superman : Dawn of Justice sedang dijalankan oleh Warner Bros Pictures, pengarah terkenal Zack Snyder telah melancarkan logo filem lakonan Henry Cavill yang memegang watak sebagai Clark Kent / Superman, dan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne / Batman. Sebelum ini, minggu lalu pengarah berkaliber itu telah memuatnaik foto yang menggambarkan sut kostum terbaru Batman yang dipakai oleh Ben Affleck.

[pullquote]Batman v Superman : Dawn of Justice turut dibintangi Gal Gadot yang memegang watak sebagai Diana Putera / Wonder Woman, dengan Amy Adams, Laurence Fishburne dan Diane Lane yang turut berlakon dalam Man of Steel sebelum ini, tidak ketinggalan Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred, dan Holly Hunter iaitu watak baru diwujudkan untuk filem itu.[/pullquote]

Skrip cerita Batman v Superman : Dawn of Justice ditulis oleh Chris Terrio, manakala sutradara dan lakon layar pula ditulis oleh David S. Goyer. Charles Roven dan Deborah Snyder dihasilkan bersama Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Wesley Coller, David S. Goyer dan Geoff Johns yang berkhidmat sebagai pengeluar eksekutif.

Lokasi set pengambaran utama akan berlaku di lokasi di Michigan Motion Picture Studios dan lokasi luar pula akan dilangsungkan di sekitar Detroit, Michigan; Illinois ; Afrika; dan Pasifik Selatan.

Filem Batman v Superman : Dawn of Justice ini dijangka akan ditayangkan seluruh dunia pada 6 Mei 2016. Filem ini adalah berdasarkan watak-watak Superman dicipta oleh Jerry Siegel & Joe Shuster, watak-watak Batman dicipta oleh Bob Kane, dan Wonder Woman yang dicipta oleh William Moulton Marston, yang terdapat dalam buku-buku komik yang diterbitkan oleh DC Entertainment.

Nantikan pengumuman dan gambar seterusnya. Dan, ini dia logo terbaru filem ini. Apa pendapat anda?

Inilah Logo Filem Batman v Superman: Dawn of Justice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengguna GALAXY Life Teruja Menonton X-Men: Days of Future Past

Luncai Emas & Godzilla Boombox Bergabung Lahirkan TIGA SWAGGER & HANAROSE