in ,

Ini Yang Berlaku Apabila Muncul Orang Ketiga

Setiap perkahwinan pasti akan diduga. Kemunculan pihak ketiga merupakan perkara yang sering berlaku seterusnya membawa kepada keretakan sesebuah hubungan. Namun, perasaan suka dan sayang tidak akan timbul jika tidak bertepuk sebelah tangan.

Ikuti drama Righteous Love yang mengisahkan Jang Hee-tae (Uhm Tae-woong) dan Kim II-ri (Lee Si-young) yang mula mengenali antara satu sama lain 13 tahun yang lepas. Ketika itu, Hee-tae bekerja sebagai guru ganti subjek Biologi di sekolah tinggi perempuan di mana II-ri merupakan pelajar sekolah itu.

일리있는사랑_141108_040

Walaupun menyimpan perasaan terhadap gurunya merupakan satu kesalahan, tetapi ll-Ri nekad dengan keputusannya. Sebenarnya, dalam diam, Hee Tae juga mempunyai perasaan yang sama terhadap II-Ri. II-Ri mengalami kecederaan teruk ketika cuba menyelamatkan Hee-Tae daripada satu kemalangan.

Mereka mula berjauhan kerana Hee-Tae meletakkan jawatan selepas kemalangan itu. 7 tahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa dirancang. Cinta mula berputik kembali dan membawa ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan mereka melalui fasa bahagia sehinggalah munculnya Kim Joon (Lee-Soo-Hyuk).

Kim Joon mula mengenali II-Ri ketika dia mengupah seorang tukang cat untuk mengecat studio barunya. Pada mulanya, Kim Joon tidak berminat dengan II-Ri yang tidak mesra dan suka mengomel. Lama- kelamaan, perasaan cinta mula muncul meskipun Kim Joon tahu yang II-Ri sudah bersuami. Cinta Kim Joon terbalas kerana II-ri juga tertarik kepadanya.

Perhubungan di antara Kim Joon dan Kim II-ri mula dihidu oleh Hee-Tae. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali membuatkan Hee-Tae mengesyaki sesuatu terhadap isterinya. Sangkaannya tepat apabila segalanya sudah terbukti dan Hee-Tae memfailkan surat penceraian dan mula hidup berasingan. Namun, Hee-Tae masih menyayangi bekas isterinya dan enggan melupakan kenangan cinta mereka.

Adakah Kim II-ri akan pulang kepadanya atau meneruskan hubungannya dengan Kim Joon? Apakah kesudahan kisah cinta segi tiga ini? Cinta yang manakah yang benar?

Nantikan drama lakonan Uhm Tae-Woong, Lee Si-young, Lee Soo-Hyuk, Choi Yeo-Jin dan ramai lagi di slot Chamsarang mulai 18 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hanya di TV9!.

PYW_3563

RL 1

일리있는사랑_141211_066

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chaleeda Gilbert Artis Antarabangsa Pertama Rocketfuel Entertainment

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia Bakal Disiarkan di Aplikasi Tamago