in

Ini Statistik & Sebab-Sebab Gelandangan

Hidup tanpa berpaksikan empat dinding dan bumbung untuk berteduh dan hanya mengharapkan nasib yang baik di hari mendatang, gelandangan di Malaysia punya masalah tersendiri dalam menghadapi hari depan.

Melalui tinjauan dan penyelidikan yang dibuat, rata-rata gelandangan mempunyai masalah-masalah tersendiri dan kebanyakkannya bersangkut paut dengan latar belakang kehidupan.

Dan melalui tinjauan dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh beberapa pihak, didapati bahawa ramai daripada gelandangan ini memilih hidup bergelandangan akibat daripada masalah keluarga; kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Gelandangan-gelandangan ini nekad untuk memilih kehidupan sukar ini kerana ia merupakan satu-satu penyelesaian kepada permasalahan kehidupan mereka.

Stigma dan persepsi negatif yang dilemparkan kepada golongan ini memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh golongan ini. Berputik dari masalah stigma ini, timbullah pula masalah yang lain seperti masalah diskriminasi terhadap gelandangan ini. Kebanyakan masyarakat menganggap bahawa golongan gelandangan ini merupakan kelompok yang perlu dijauhi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat kajian profil awal ke atas 1,387 orang gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran sebenar isu serta merancang tindakan yang sesuai bagi membantu golongan gelandangan tersebut.

Daripada kajian tersebut, antara faktor seseorang itu hidup bergelandangan adalah disebabkan:

1) Ketiadaan Pekerjaan (seramai 646 orang atau 46.6%)
2) Miskin Berpendapatan Rendah (seramai 245 atau 17.7%)
3) Miskin, Tua, dan Sebatang Kara (seramai 145 orang atau 10.5%)
4) Penagihan Dadah (seramai 66 orang atau 4.8%) v.
5) Pengabaian (seramai 61 orang atau 4.4%)
6) Miskin dan Tua (seramai 50 orang atau 3.6%)
7) Masalah Mental (seramai 30 orang atau 2.2%)
8) Sakit Melarat (seramai 29 orang atau 2.1%)
9) Tiada Tempat Tinggal (seramai 27 orang atau 1.9%)
10) Bekas Banduan (seramai 16 orang atau 1.2%)
11) Ketidakupayaan (seramai 15 orang atau 1.1%)
12) Lari dari Rumah (seramai 14 orang atau 1.0%)
13) Masalah Keluarga (seramai 8 orang atau 0.6%)
14) Kemurungan (seramai 7 orang atau 0.5%)
15) Penagihan Arak (seramai 7 orang atau 0.5%)
16) Warga Asing Terdampar (seramai 5 orang atau 0.4%)
17) Penerimaan Keluarga (seramai 3 orang atau 0.2%)
18) Selain itu seramai 13 orang (1.0%) gelandangan tidak dapat dikenal pasti sebab-sebab mengapa mereka bergelandangan

(dipetik dari The Vocket dan Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Lalu apa usaha kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu seraya mengurangkan statistik gelandangan? Bukan hanya menurunkan angka-angka tersebut tetapi lebih penting lagi agar kelompok masyarakat ini mempunyai masa hadapan yang lebih terjamin dan cerah.

Mungkin perlu lebih kesedaran tentang Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang selama ini banyak membantu gelandangan hingga beroleh kerjaya dan penempatan sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mangsa Banjir di Negeri Pantai Timur

The Sacred Riana Crowned Winner of Asia’s Got Talent Season 2