in

Ini Sebab Fattah Amin & Fazura Tiada Dalam Pencalonan COUPLE MELETOP AME18

KETIADAAN pasangan Fattah Amin dan Fazura bagi kategori Couple MeleTop Top 20 pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018), menimbulkan rasa tidak puas hati peminat mereka.

Dalam AME2018 yang bakal berlangsung April nanti, pasangan yang dicalonkan antaranya Stacy-Akim, Alif Satar-Shahida, Nora Danish-Nedim, Lisa Surihani-Yusry Abdul Halim dan Aliff Aziz-Bella Astillah.

Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Ini Sebab Fattah Amin & Fazura Tiada Dalam Pencalonan COUPLE MELETOP Anugerah MeleTop Era 2018

Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan AME sengaja tidak mencalonkan mereka tetapi ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan. Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil. Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun kata Namanzee, pasangan itu dicalonkan dalam kategori lain.

Selain kategori itu, turut menjadi perdebatan adalah kategori Si Cilik MeleTop kerana ada anak artis yang cukup popular di laman sosial tetapi tidak dicalonkan. Kata Namanzee, untuk kategori ini syarat ditetapkan adalah anak selebriti berkenaan perlu ada akaun Instagram.

“Kami perlu ada kayu pengukur untuk menilai sejauh mana impak si cilik terhadap khalayak. Jadi, cara terbaik adalah mereka perlu ada akaun Instagram. Kalau popular tapi tidak ada Instagram, memang tidak layak. Saya berharap peminat faham dan boleh mengundi siapa pilihan mereka,” katanya.

Senarai Top 20 dipilih barisan panel khas yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air terdiri daripada wakil stesen televisyen Astro, Media Prima Berhad, RTM, wakil stesen radio dan pengarang syarikat penerbitan akhbar.

Sesi pemilihan juga dinilai juru audit bertauliah dari syarikat W.L Chong untuk mengesahkan setiap pencalonan.

AME 2018 mempertandingkan 16 kategori yang mana undian mendapatkan senarai Top 5 dibuka bermula 22 Januari sehingga 23 Februari ini.

Fasa kedua pengundian bagi menentukan pemenang setiap kategori bermula 6 Mac sehingga 8 April.

AME 2018 bakal berlangsung pada 8 April di Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), Prima (105), Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIFE SAYS #EnoughIsEnough

TV2 Siar Siri Penyiasatan Jenayah Dalam LEGENDS