in

Ini Cara iM4U fm Meraikan Hari Wanita Sedunia

iM4U fm telah meraikan Hari Wanita Sedunia dengan membawa wanita-wanita hebat ke pentas Betul – Betul Live @ Chillx!

Buat pertama kali pada tahun 2018, Betul – Betul Live @ Chillx telah kembali beraksi bersempena dengan Hari Wanita Sedunia! Sambutan tahun ini lebih luar biasa dengan kehadiran wanita-wanita hebat ke pentas di Radio Lobby, iM4U Sentral.

iM4U meraikan dan menghargai wanita sedunia melalui acara dihiasi lagu-lagu hit oleh penyanyi dalam dan luar negara ternama bertemakan #PressForProgress. Betul – Betul Live @ Chillx: Edisi Hari Wanita Sedunia membawakan Jaclyn Victor dan The Venopian Solitude untuk memberi persembahan akustik secara langsung buat para peminat dan penonton.

iM4U fm team with Jaclyn Victor

“Betul – Betul Live @ Chillx menyediakan platform kepada artis untuk mempamerkan bakat mereka melalui sesi jam akustik secara langsung bersama peminat. Melalui program ini, peminat boleh melibatkan diri dan berinteraksi bersama artis kegemaran mereka,” kata Kartini Ariffin, Pengarah iM4U fm.

“Betul – Betul Live @ Chillx” merupakan kempen yang menonjolkan bakat akustik artis-artis unggul seperti Aizat Amdan, Oh Chentaku, Daiyan Trisha, Payung Teduh, sebuah kumpulan alternatif dari Indonesia yang memainkan genre gabungan Folk, Jazz dan Keroncong; De Fam dan MASDO, sebuah kumpulan yang mencipta nama dari Johor yang memainkan lagu berinspirasikan muzik Malaysia klasik 60-an.

“Hari Wanita Sedunia melibatkan penghargaan meluas buat wanita dari serata dunia. Untuk mengimbas kembali semua yang dicapai dari masa ke semasa merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Barisan artis kami – sehingga kini mempamerkan wanita hebat daripada variasi budaya dan latar belakang,” tambah Kartini Ariffin.

“Saya amat berterima kasih dan berbesar hati atas peluang meraikan para wanita dari serata dunia. Ia merupakan penghargaan dan sokongan buat para wanita atas semua pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun,” kata Jaclyn Victor.

“Terima kasih kepada iM4U fm atas peluang keemasan ini. Selain daripada berinteraksi dengan lebih dekat bersama peminat, kita dapat menghargai semua wanita hebat dari serata dunia,” kata Takahara Suiko daripada The Venopian Solitude.

Hari Wanita Sedunia 2017 melihatkan iM4U Bangkit Squad berada di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur, memberi keceriaan yang bertemakan khas buat wanita. Sebelum berakhir, mereka menuju ke Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk wanita.

Untuk keterangan lanjut tentang iM4U fm Betul – Betul Live @ Chillx: Edisi Hari Wanita Sedunia, dengarkan 107.9 fm di Lembah Klang atau dengar online di www.im4ufm.my. Sila lihat Facebook (im4ufm) dan Instagram (im4ufm) untuk berita dan update terkini!

Jaclyn Victor perfoming at Betul - Betul Live @ Chillx

Jaclyn Victor singing while Shrizz from iM4U fm Goodnite All Starz and a fan dancing along

Kartini Ariffin, Director of iM4U fm with fans

Takahara Suiko of The Venopian Solitude pationately perfoming her song

Tv And Ira of iM4U fm's Chillx with The Venopian Solitude

Tv and Ira, iM4U fm Chillx with Jaclyn Victor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazley Terima Anugerah Usahawan Bakat Khas The ONE Awards 2018

Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018