Info Tentang Filem Jangan Tegur
Jangan Tegur, sebuah lagi filem terbitan Metrowealth yang mengetengahkan genre seram. Metrowealth sekali lagi mengangkat genre ini kerana yakin dengan kehendak penonton yang gemarkan filem seram. Jangan tegur merupakan filem ke-27 terbitan Metrowealth (MIG).
Jangan Tegur dihasilkan pengarah Pierre Andre bersama barisan krew yang sama menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak seperti pengarah fotografi Indra Che Muda, pengarah seni, pengarah muzik dan bunyi serta penolong pengarah. Pengarah juga mendapat khidmat nasihat dari pengarah berpengalaman iaitu Ahmad Idham. Kolaborasi ini menyakinkan pihak Metrowealth (MIG) terhadap filem ini.
Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon yang hebat seperti Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Pierre Andre, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Kaza, Abu Bakar Juah dan ramai lagi. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain kekuatan mereka menangani watak yang diberikan.
Kelebihan Jangan Tegur adalah jalan ceritanya yang menarik dengan unsur-unsur ’suspen’ dari awal hingga ke akhir cerita. Jangan Tegur telah menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Kelang bermula 16 Mac 2008 lalu.
Jangan Tegur akan ditayangkan di Singapura bermula 30 April ini dan berdasarkan penerimaan mereka terhadap filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang pernah ditayangkan di sana, MIG yakin Jangan Tegur juga akan mendapat sambutan.
Di Malaysia Jangan Tegur akan mula menemui peminat filem seram pada 9 April ini.
POSTER FINAL JANGAN TEGUR

Penerbit : David Teo
Pengarah : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 09 April 2009
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm
Penulis Skrip : Pierre Andre
Lakon Layar : Pierre Andre
Senarai Pelakon:
Julia Ziegler : Natasya
Pierre Andre : Kamal
Nadia Mustafar : Baizura
Almy Nadia : Sara
Ellie Suriati : Mak Su
Azri Iskandar : Ustaz Amin
Rozita Che Wan : Doktor Lisa
Krew Belakang Tabir:
Abang (Indra Che Muda) : (Pengarah Fotografi)
Ollynn : (Pengarah Seni)
Mokharul Shamsul : (Pengurus Produksi)
Brian Ng (Kang) : (Muzik)
Brian Ng (Kang) : (Pereka Bunyi)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)
Filem ini bakal menghantui pawagam mulai 9 April 2009
SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR
Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.
Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.
Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..
Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.
Saksikan Trailer Filem Jangan Tegur:
BABAK-BABAK MENARIK DALAM JANGAN TEGUR






GAMBAR BEHIND THE SCENES:



PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
Tags: Filem
Tags: FilemClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 12th, 2009 at 9:44 am
….Cerita seram lagi…..pierre ni suke sgt letak tajuk jgn…jgn pndg belakang, jgn tegur, pasni jgn ape lak ekk…moge terus sukses ye pierre…
March 12th, 2009 at 2:58 pm
pasni citer..jgn2 kau menolak cintaku..jgn2 kau ragukan hatikuu ekekkeke…
March 19th, 2009 at 4:59 pm
cam best jer
March 20th, 2009 at 12:56 pm
eee..best la… x sabar nak tgok filem nih….. =)
March 23rd, 2009 at 12:28 am
lepas ni..mesti jangan bersama Metrowealth…
hahahah…
Jangan marah!!
March 23rd, 2009 at 3:42 pm
klu best x slh utk tonton.klu x best lu pikir la sendiri..aslm…….
March 23rd, 2009 at 3:43 pm
aku arap sgt2 crita best sbb gmbr seram yg david teo uat mesti best nya…
March 27th, 2009 at 6:19 pm
seram…nk tgk tp cm xmpu plak..
April 1st, 2009 at 10:37 am
ari tu tertengok making of… seram giler…terus tak boleh tido 3 malam…tapi tetap nak tgk gak 9 april nanti…takpe husband ade..hehe…
April 4th, 2009 at 2:29 pm
filem yang mnarik ni!
April 4th, 2009 at 10:18 pm
huhu…
cam best jer…
nak tengok la…
p, sape nak tengok ngan kite ek?
takuut la tgok sorang…..huhu
April 5th, 2009 at 1:23 pm
jom shasha tgk ngn i..so klu u takut leh u peluk i..ekeke…
tajuk cite2 lepas ni :
1) Jangan Menjerit
2) Jangan Menangis
April 6th, 2009 at 1:44 pm
cam best jew…. nie yang wat tak berani tido sorang2 nie ish…….
April 6th, 2009 at 4:27 pm
…jgn lps ni dia wat filem jgn tengok, sudahlahhhh….
April 7th, 2009 at 7:16 am
cam best jek….dr sinopsis citer nie,
biasenye sumer citer hantu nie lebih kureng same jek…tapi nk try gak ar tgk citer nie…
April 8th, 2009 at 2:45 pm
pape pun gud luck 2 piere sb da berjaya menerbitkan sebuah filem seram…x sbr rsa nk tgk citer nie…ahaks…
April 9th, 2009 at 12:59 pm
Syabasssss buat piere bersman rakan2 yang terlibat, sb tlah brjya menerbitkan byk filem dlm industri negara…teruskan usaha…Tahnia sekali lagi..
April 11th, 2009 at 8:59 am
mcam best jerk, hope mmg best ar k.. pe2 pun gud luck n smoge success..
April 11th, 2009 at 9:02 am
pierre mmg ske wt cte seram erk,huhu.. tpi xpela best gk lyan cte seram ni.. nti ade ksempatan ak pn nk tgok.,skung bzy stdy xde mse lak. k la pape pun metrowealth n de geng mmg best ar..daa…….
April 11th, 2009 at 12:10 pm
we memg best tol la ko punye cte sram tol
April 11th, 2009 at 3:34 pm
blh la..tp lg best jgn pndg blkg..
April 14th, 2009 at 12:39 am
best layan cte melayu…aku suke cte melayu cm ni,unsur kemelayuan yang nyata..bestt sgt bg aku
April 23rd, 2009 at 3:40 pm
citer ni mmg best!!