in

Infiniti Cinta Single Terbaru Kaka Azraff & Zizan Razak

[dropcap]L[/dropcap]agu yang superb bukan sahaja bergantung kepada lirik dan irama tapi penyanyi itu sendiri. Selain itu, kontroversi juga banyak menaikan sesebuah lagu itu. Contohnya, lagu Bawaku Pergi. Kejayaan dari single pertama duet Zizan Razak & Kaka Azraff, Bawa Aku Pergi, mereka sekali lagi bergabung untuk single terbaru berjudul Infiniti Cinta. Dapatkah Infiniti Cinta menandingi populariti Bawaku Pergi?

Semasa bertemu dengan Kaka semasa Pelancaran Produk Terbaru Mamee Chef baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Kaka Azraff tentang Infiniti Cinta. Lagu ini dirakam betul-betul selepas lagu Bawaku Pergi semasa lagu ini mencetuskan kontroversi dan disekat untuk disiarkan di corong radio.

Lagu ini sebenarnya adalah lagu untuk Zizan Razak. Kaka hanya buat featuring sahaja. Lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang ingin bercinta dengan seorang wanita. Dalam lagu ini, ada luahan perasaan dan jejaka ini bercerita tentang kisah hidupnya.

Lagu ini dijangka akan mula dilancarkan akhir bulan Mei ini. Bagi Zizan pula, beliau ada merancang untuk menerbitkan single secara solo, tapi projek itu belum dapat dilaksanakan pada masa sekarang.

Jom ikuti temubual Budiey bersama Kaka & Zizan.

Zizan Kaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East

Bocik, Ajo & Titan Mara Ke Pusingan Separuh Akhir BMB