in ,

Penyanyi Indah Ruhaila Bakal Nikah Hari Ini dalam Majlis Akad Nikah Tertutup

Penyanyi Indah Ruhaila telah selamat bernikah pada hari ini, tanggal 24 Disember. Bagaimanapun, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30, sebelum ini tidak mendedahkan identiti bakal suami dan lokasi pernikahannya kelak.

Namun, merujuk sumber dari Instagram, gambar suami Indah yang mahu dikenali sebagai Boy itu telah disiarkan. Kacak.

Indah Ruhaila

“Saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember (Ahad) ini Saya ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.”

“Bukan niat untuk merahsiakan tentang perkara ini, tetapi ia dilakukan demi menjaga hati keluarga kedua-dua pihak. Saya akan mendedahkan bakal suami dan kenyataan rasmi selepas majlis pernikahan.”

Indah Ruhaila

Terdahulu, Indah yang popular dengan lagu Percayalah itu memutuskan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai panggilan Mr. R.

Selamat pengantin baru dan selamat bernikah buat Indah. Semoga berbahagia till jannah.

Indah Ruhaila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Awal Bakal Ganti Nabil Untuk Hos Program MeleTOP?

Peraduan Tayangan Premiere Filem AYAT-AYAT CINTA 2 Lakonan Nur Fazura