Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ina Naim & Suhaimi Bertunang

Mungkin betul kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Tidak dapat berkahwin dengan bintang nombor satu, Mawi pun tak mengapa, sekurang-kurangnya kepedihan cinta Ina Naim yang terlerai telah terubat kerana kini dia telah menjadi tunang seorang penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 27 tahun. Untuk kalian yang tidak mengenali, Suhaimi dulunya pernah bersama kumpulan In Team dan sekarang ini bergerak secara solo dengan menghasilkan sebuah album Kias Cinta.

blogBerita pertunangan Nor Diana Mohd Naim, 23 dengan Suhami mengejutkan saya kerana sebelum ini tidak kedengaran gosip antara mereka. Senyap-senyap je bercinta dan mereka pandai menutup rahsia. Pada saya, melihat pada peribadi dan karakter Suhaimi, Ina kiranya bertuah kerana mendapat orang yang sebaik Suhaimi. Ina pun mengaku keikhlasan dan kejujuran Suhaimi memikat hatinya walaupun baru 2 bulan berkenalan. Semoga hubungan mereka kekal dan selamat melangsungkan perkahwinan. Tarikh perkahwinan akan diketahui di sidang akhbar pada hari ini di pejabat operasi kumpulan Hijjaz.

Rombongan keluarga Suhaimi dari Triang, Pahang hadir di rumah ibu bapa Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor menyerahkan dua bentuk cincin merisik dan bertunang bersama lima dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Mereka menetapkan RM10,000 serba satu sebagai wang hantaran yang akan diberikan pada majlis pernikahan. – [Berita Harian]

Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah kepada Ina & Suhaimi. Semoga ikatan suci anda berdua kekal sepanjang hayat.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan
  • Bekas Tunang Mawi, Ina Naim & Suhaimi Kahwin
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Audition Ujibakat One In A Million Musim Kedua (OIAM 2)
  • Gambar Mas Idayu @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Pelakon drama Kaber Hero Kaber Zero, Zul Yahya Bertunang?
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang
  • Penari Adam Corrie Lee Bertunang 17 September
  • Gambar 14 Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang



  • 7 Komen untuk entri “Ina Naim & Suhaimi Bertunang”

    1. !eMo GuRLz! kata:

      SI INA NI………SYANGKAN MAWI LAGI………ALA GUA TAHU LAH……….INA 2…KAWEN NGN SI SUHAIMI 2…SBB NK LUPEKAN SI MAWI 2……..ERMM….BIASA LA XLAKU LAH KATAKAN…….APE2 PON MOGE HUBUNGAN KO BERKEAKALAN INA…….

    2. echa kata:

      hi kak ina. ok r tu dah ade calon lain. mawi tu tak yah le nak dtunggu lagi. smoga epi n berbahgia selalu.

    3. ila kata:

      bagus sgtlah dah bertunang tu.suhaimi lebih ok dari si mawi yang entah ape2 tu. lupa daratan agak ye.bukan ensem pun.baik lagi suhaimi tu, sedap skit mate memandang..sejuk hati org tua kite kan.

    4. rita kata:

      assalammualaikum..taniah kak ina,rita harap semoga bahagia dengan suhaimi.klu dah ada jodoh ngan suhaimi rita harap kak ina dapat melupakan kanangan yg lalu.jadikan semua itu satu tauladan dan panduan wat kak ina k.bersyukurlah kepada allah kerana menemukan jodoh yg memang sepadan ngankak ina.suhaimi tu lebih baik dari si mawi yg lupa daratan.rita sebagai wanita tahu apa perasaan kak ina.rita juga harap kak ina lebih bahagia dari dulu.menujulah jln yg terbaik.biarkan apa org kata asalkan kita bahagia dan tak kacau mereka k.assalammualaikum…

    5. Nurul kata:

      Salam kedua2 mempelai….ape2 pun TAHNIAH & selamat Pengantin Baru… w/pun besar mana ujian yg dtg, hadapilah ia dengan jiwa yg tenang & hati yg tabah…slmt menempuhi alam bahagia, smg kekal hingga ke akhir hayat…amin…

      Nurul

    6. lemon kata:

      Allah dah kata..kalu kita baik,pasangn kita pun baik jugak,dan sebliknya…ina khwin dgn suhaimi yg baik,bermkna ina mmg seorang wanita yang baik..ina beruntung mendapat suhaimi sbgi suami begitu juga suhaimi bruntung dpt ina sebgi isteri..tgoklah mawi,khwin dgn ekin..walaupun bertudung tpi saya tgok bnyk gmbr dia yg ttp pki bju ketat..sesungguhnya segala kecantikkan seorang isteri itu,hanya untuk tatapan suaminya shaja..moga ina dan suhaimi berbahgia..saya yakin,ina mmg jodoh suhaimi…insyaAllah

    7. arnis kata:

      syukur anda ditemukan dengan suami yang baik seperti suhaimi daripada mawi yang belum tentu kebaikannya. Ia hanya layak dan sesuai seperti ekin yang seksa dan diseksa

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!