Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Imran Ajmain Nyanyi Lagu di Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza ke-30

Budiey Blog11 Januari… setiap kali tiba tarikh ini, sekalian peminat Dato’ Siti Nurhaliza (termasuk Budiey) akan melayangkan ucapan Selamat Hari Jadi buat penyanyi nombor satu Malaysia ini. Budiey mewakili Sensasi Selebriti dan seluruh pembaca budiey.com ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-30 buat Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga tahun mendatang memberikan sinar bahagia dan dikurniakan cahaya mata serta kesihatan yang berpanjangan.

Budiey dengar cerita, semalam Dato’ Siti Nurhaliza telah mendapat kejutan befday yang dirancang oleh familinya. Siap jemput seorang penyanyi untuk buat kejutan buat Siti. Hehehe, dan selebriti yang telah dijemput ialah Imran Ajmain… dan Imran khabarnya telah menyanyikan lagu terbarunya, Selamat Ulangtahun Sayang buat Dato’ Siti Nurhaliza!

Semalam, majlis hari jadi Siti Nurhaliza diadakan pada jam 8 hingga 11 malam di rumah Siti Nurhaliza kat Bukit Antarabangsa. Antara selebriti yang turut hadir ialah Fara Fauzana, Tiara Jacquelina, Hans Isaac, Diana Danielle, Sairah dan ramai lagi diadakan. Ramai editor dari media-media besar juga telah dijemput. Budiey tidak dijemput pun. Kalau jemput pun, rasanya tak Budiey tak dapat join sebab letih sangat sibuk buat parti ulangtahun ke-2 Budiey.com. Tak pelah, nanti akan jumpa jugak Siti Nurhaliza pada 14 Januari nanti di pelancaran album Lentera Timur.

Siti potong kek 3 tingkat. Alamak macam nak kawin la pulok.

Tetap cantik di usia 30 tahun. Hepi befday ya Dato’…

Jam 11 malam, acara potong kek bermula dengan nyanyian selamat hari jadi dari semua jemputan dan famili Siti. Selesai potong kek, Imran Ajmain nyanyi lagu Selamat Ulangtahun Sayang untuk Siti. Siap dengan iringan band dari Syed Sobri!

Untungnya jadi Imran Ajmain. Dapat nyanyi lagu untuk selebriti kesayangan ramai ini. Haha, kepada penyanyi lain, korang kena buat lagu Hari Jadi macam yang dibuat oleh Imran. Mana tahu tahun depan, ada rezeki dapat nyanyi untuk Siti pulak.

Happy befday Dato’ Siti…. kami semua sayangkan anda dan akan sokong sampai bila-bila!

Fedtri Yahya pun ada datang

Hans Isac pun dijemput. Kenapa pakai serba hitam?

Siti nyanyi bersama dengan seorang wartawan

Suasana yang begitu meriah. Warna tema pink dan putih memang menenangkan.

Siti sempat mendendangkan beberapa buah lagu dan kasi ucapan buat semua hadirin

Siti sedang melayan tetamu yang datang. Cantik baju dia. Pink!

Kek yang sangat besar… nak sikit boleh?

Datuk Khalid sedang berucap

Ramai tetamu datang begitu gembira dan enjoy…

Imran nyanyi: Aku hanya inginkan engkau setia… kerana setia yang mencipta BAHAGIA mu…”

Datuk Khalid dalam penampilan serba putih

Selesai majlis, ada sidang akhbar, apa lagi, soalan terjah la…

Mesra dan masih lagi intim

Letih nak jawab soalan pasal gossip, ketenangan dan ketabahan adalah kunci segala.

Imran Ajmain tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Gambar dikirim oleh Pengurus Imran Ajmain, terima kasih Aswad dan Imran Ajmain.

Ini petikan dari Berita Harian:

‘Jangan fitnah kami lagi!’
Oleh Suzan Ahmad

Siti dan Datuk K menafikan gosip keretakan rumah tangga mereka.

SELEPAS hampir tiga tahun melayarkan bahtera rumah tangga, pasangan ini tidak pernah sunyi daripada menjadi bahan fitnah terutama menerusi internet. Tidak sudah-sudah mahligai yang dibina atas dasar cinta ini diduga dengan pelbagai tuduhan dan cercaan menerusi internet yang sengaja memburuk-burukkan perhubungan suami isteri itu.

Realitinya mereka terus bahagia sehingga kini, malah kasih sayang mereka makin kuat apatah lagi sudah berjanji bersama untuk mengharungi apa saja badai yang melanda atas semangat persefahaman, tolak ansur dan saling mempercayai. Fitnah demi fitnah, begitu juga tohmahan yang dilemparkan sewenang-wenangnya berupaya ditepis penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

Ini juga termasuk hal berkaitan keharmonian rumah tangga mereka selama ini sudah menjadi mainan di bibir masyarakat sejak akhir-akhir ini – semuanya kerana kecanggihan teknologi dan dunia informasi tanpa sempadan dan juga media massa yang melaporkan secara rambang. Namun, kesabaran pasangan berprofil tinggi ini begitu tercabar apabila Rabu lalu, sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris menyiarkan berita keretakan rumah tangga yang disifatkan boleh mencalarkan imej dan membuatkan keluarga, kenalan dan sahabat handai jadi keliru sama ada ia berita benar atau sebaliknya.

“Kesan daripada paparan gambar yang sebegitu membayangkan sesuatu yang bakal hancur, hati kami pun terluka apabila melihatnya. Ya, Siti akui semua ini ada hikmahnya, kami melihat seolah-oleh diri dipermainkan internet dan apabila disiarkan akhbar ia jadi lebih mengejutkan. Kami begitu kesal kerana perkara begini tidak sepatutnya berlaku, sudah-sudahlah, hentikanlah cubaan untuk menjatuhkan sesama manusia,” demikian luah rasa Siti bersama suaminya itu ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan Kumpulan NSTP, pada malam Khamis lalu.

Ada ketikanya perasaan dan keharmonian pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 tertekan hingga pada satu peringkat Datuk K mengakui pernah menyuarakan isi hatinya Siti mengundurkan diri daripada terus terbabit dalam dunia seni suara.

“Ya, saya terlalu tertekan dan pernah mencadangkan hal ini kepada Siti, tapi isteri saya punya cara tersendiri untuk menghadapi segala macam dugaan kerana dia lebih arif dengan dunia hiburan,” jawabnya yang sudah lama menerima hakikat bahawa dia harus berdepan keadaan sedemikian ketika melangkah masuk ke dunia penyanyi wanita paling popular di tanah air sejak menikahi Siti.

Jelas Siti lagi, dia dan suami sendiri sebenarnya tidak suka untuk tampil dan membuat kenyataan begini kerana sudah pasti ada saja pihak yang berfikir mereka cuba mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh, namun hakikatnya fitnah begini perlu dihentikan.

Khalid juga mengakui, bukan dia tidak boleh terima gosip mengenai dunia hiburan tetapi hal rumah tangga yang dipermainkan orang menerusi internet dan media massa adalah keterlaluan, lebih-lebih lagi cerita mereka kononnya bakal bercerai.

“Saya berharap kalau ada cerita yang tidak sahih jangan laporkan dalam media dan boleh hubungi saya dan Siti untuk dapat kepastian. Saya nak merayu di sini terutama media cetak, sekiranya ingin mengambil apa juga cerita dari sumber internet tolonglah berhati-hati, kerana 99.9 peratus daripada segala macam cerita negatif saya dan isteri yang dipaparkan adalah tidak benar. Adalah tidak adil sekiranya bahan begini diambil bulat-bulat tanpa mendapat penjelasan dan pengesahan,” kata Khalid yang mengakui kecewa dan ada ketikanya marah kerana cerita dan gambar yang dipaparkan membabitkan maruah keluarga dan mencalar kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Jelas Khalid lagi, isterinya sendiri tidak pernah melatah dengan segala macam fitnah dan gosip liar yang ditujukan terhadap mereka berdua.

“Siti pun nak kata marah tidak, syak pun tidak, jauh sekali melenting kerana dia tiada sebab untuk curiga terhadap saya kerana kami sering bersama hampir setiap masa. Saya sangat menyintai isteri saya sepenuh hati dan saya bahagia berkongsi hidup dengannya, tidak pernah terlintas di hati saya untuk melukakan hatinya. Sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah bergaduh,” kata Khalid.

Antara gosip liar sebelum ini yang pernah disebarkan dalam internet dan media massa termasuk cerita kononnya Siti Nurhaliza dikasari suaminya sehingga Khalid terpaksa membuat laporan polis terhadap dakwaan itu. Malah, pemergian Siti ke Makkah untuk menunaikan umrah Ramadan lalu dibayangi dengan gosip mengatakan dia dimadukan apabila suaminya bernikah dengan seorang pramugari di London.

Khalid juga menjadi mangsa gosip apabila dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan aktres dan model jelita, Rozita Che Wan sehingga sanggup menghadiahkan kereta mewah kepada aktres berkenaan. Tubuh badan Siti juga tidak lepas dari menjadi perhatian. Ketika berat badan Siti naik mendadak dia pernah dikatakan sudah berisi dan bila tubuhnya susut mendadak, timbul pula cerita Siti kononnya mendapatkan rawatan membuang lemak di sebuah klinik kecantikan di Klang.

Kesimpulannya, pasangan Siti Nurhaliza dan Khalid sehingga kini sedang menikmati kebahagiaan rumah tangga, namun pasangan itu berharap janganlah ada lagi pihak yang berterusan memfitnah mereka kerana ia bukan saja tidak baik dan berniat jahat sebaliknya boleh mengelirukan rakan dan kenalan mereka.

“Kita beragama Islam, berdosa kalau memfitnah, janganlah sampai begitu. Kami pun tidak kenal siapa yang buat cerita yang bukan-bukan seperti ini. Kalau fitnah ini terus menjadi-jadi dan melarat, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang,” kata Khalid.

Ini pula petikan dari Harian Metro:

Majlis sambutan ulang tahun Siti ke-30 yang diadakan di kediaman mewah mereka di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu, cukup membuktikan betapa kasihnya Datuk K terhadap penyanyi nombor satu negara itu.

Rasa terharu jelas sekali terpancar di raut wajah si jelita yang baru saja melancarkan album tradisional, Lantera Timur, apabila dia memaklumkan kepada media majlis itu adalah anjuran suami tercinta.

“Terima kasih kepada suami serta keluarganya kerana menganjurkan majlis ini. Mulanya, saya fikirkan majlis kecil saja tapi tidak sangkalah pula siap berbelon,” katanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat kedua-dua kakak iparnya, Kak Tun (Zaiton Mohd Jiwa) dan Rozie (Rozie Abdul Razak) yang menguruskan majlis itu.

Sambung bicara wanita yang dilahirkan pada 11 Januari 1979 ini, dia berasa amat bertuah mempunyai suami penyayang, melayani dan menghargainya sebagai seorang wanita. Meskipun rumah tangganya sering ditabur fitnah gara-gara orang yang cemburu atau tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

“Saya bertuah mempunyai suami penyayang dan melayani saya dengan baik. Biarlah, orang lain tidak tahu kebaikan Datuk K, saya sebagai isteri amat bahagia dengannya.

“Dia suami romantis dan selalu buat saya rasa tersentuh meskipun pada perkara kecil yang mungkin bagi sesetengah lelaki tidak penting,” katanya.

Sama seperti pasangan lain, Siti dan suaminya turut mempunyai cara memupuk kasih sayang setiap hari. Jelas Datuk K, setiap kali bangun tidur dia akan mengucup pipi Siti dan perkara sama turut dilakukan Siti.

“Tidak kisah siapa yang dulu memulakan namun, itu adalah cara kami memupuk kasih sayang supaya sentiasa subur. Selain selalu mengungkapkan ‘I love you’ untuk mengingatkan diri masing-masing tidak kira ketika berbual di telefon mahupun SMS.

“Bagi saya, ucapan cinta perlu diungkap setiap hari dan diamalkan dalam rumah tangga bukan ketika zaman bercinta saja,” katanya.

Beralih pada peningkatan usia, jika kebanyakan wanita bimbang meninggalkan usia 20-an namun tidak bagi Siti yang begitu teruja menyambut ulang tahun ke-30.

“Sesetengah orang takut pada angka, tetapi entahlah saya rasa tidak sabar untuk menyambut ulang kali ini. Angka itu bagai membawa saya melangkah ke satu lagi frasa kehidupan yang lebih matang. Sekarang saya melihat diri sebagai wanita yang sebenar.

“Pastinya seiring kematangan usia saya mahu lebih berjaya dalam hidup, menjadi seorang ibu bukan saja kepada anak Datuk K menerusi perkahwinannya sebelum ini tetapi juga mempunyai anak sendiri. Selain mahu menjadi ahli perniagaan yang berjaya bukan saja dalam bidang muzik tetapi juga dalam bidang lain.

“Dari sudut insani saya mahu mempertingkatkan keimanan, ketakwaan, menjadi isteri, ibu dan anak yang baik serta artis yang dihormati masyarakat,” katanya.

Jika tahun lalu, Siti dikatakan menerima hadiah sebuah kereta sport ‘Mercedes Benz’ daripada suaminya, tahun ini hadiah istimewa diterima wanita berbintang Capricon ini adalah seutas jam tangan berjenama.

“Datuk K ada bertanya apa hadiah saya inginkan sempena ulang tahun ke-30 tempoh hari, adakah saya mahukan jam tangan atau barang kemas. Ikhlas dari hati saya katakan kepadanya saya tidak mahukan apa-apa.

“Cuma yang saya harapkan, sebagaimana dia menjaga dan menyayangi saya sekarang ini begitulah juga, dia akan melayan saya untuk hari seterusnya dan sampai bila-bila,” katanya.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin dan isteri, serta Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Selain itu Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan isteri Noorzita Abdul Samad; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Malam bertemakan putih dan merah jambu itu turut diserikan dengan acara nyanyian daripada Siti sendiri, adiknya Siti Sairah manakala penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain menyampaikan dua lagu antaranya satunya Seribu Tahun, pelakon jelita Diana Danielle serta pasangan suami isteri Syed Sobri dan Azie. Siti memotong kek kira-kira jam 11 malam.

Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Sharudin Mustafa dan wartawan hiburan Berita Harian, Farihad Shalla turut mendedikasikan lagu khas buat Siti.

Sementara itu, Datin Seri Tiara Jacquelina antara kenalan rapat yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kepada Siti malam itu.

“Siti penghibur tersohor yang banyak mencipta kejayaan sama ada di negara ini mahupun peringkat antarabangsa. Setinggi manapun dia terbang, Siti ibarat resmi padi makin berisi makin menunduk dan itulah perkara yang paling saya kagumi mengenai Siti.

“Dia sangat merendah diri, tidak pernah lupa asal-usul, penuh kesederhanaan dan sentiasa tenang. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi Siti, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” katanya.

Semalam juga, Budiey ada menerima beberapa gambar yang dikirimkan oleh peminat… dan Budiey letakkan semua gambar tu kat sini… juga ada coretan dan luahan hati dari seorang peminat yang ingin Budiey kongsikan bersama:

Harap Dato’ Siti Nurhaliza tak BERHENTI MENYANYI… tanpa Siti di industri ini… tiada laaa seri…

Biarkan Siti Nurhaliza berlalu pergi… kerana kita terlalu cerewet mencari sempurna

Beliau dah melakukan yang terbaik untuk kita dan untuk industri ini selama hampir 13 tahun, tapi sayangnya iklim dan situasi industri hiburan ketika ini sangat mendukacitakan (walaupun beliau salah seorang bintang terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia)

Industri hiburan semakin tenat malah ditenatkan lagi dgn segala sampah sarapnya.

Persaingan antara media cetak dan blog-blog internet menjadikan informasi hiburan lebih bersifat picisan.

Bukan lagi zaman beliau, kerana apa yang ada hari ini aras populariti dan gosip berlebihan berada di rangking pertama berbanding bakat serta kerjaya seseorang artis.

Jika Siti Nurhaliza dijadikan kayu ukur dari segi moralis dan terpaksa berundur dari industri hiburan ini akibat tekanan, tolong cakap pada saya apa lagi yang diketogeri sebaga terbaik yang ada di industri ini termasuk dari segi moralis mereka. – luahan pembaca budiey.com

Mmm, ramai peminat yang tak setuju Siti berhenti nyanyi, dan ada juga yang suka Siti berhenti. Apa-apa pun, kita punya pendapat masing-masing.

Masih bahagia

Senyuman di usia 30 tahun

Alangkah manisnya bertudung litup macam ni… Budiey suka!

 

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ucapan Selamat Hari Raya dari Imran Ajmain
  • Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Imran Ajmain
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Dato’ Siti Nurhaliza Buat Pregnancy Tests?
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang
  • Imran Ajmain Rakam Lagu Bersama Nabil & Diana Danielle
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan



  • 51 Komen untuk entri “Imran Ajmain Nyanyi Lagu di Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza ke-30”

    1. bluerose kata:

      tudung ke tu dlm pic.1? anyway ct must love kissing DK face..hmmm so ‘kissable’?..lol

    2. wan900101 kata:

      Happy birthday Dato CT …. biaq pi la apa org nak kate pasal dato. Yg penting …. sy pasti thn 2009 ni pasti dato akan lbh malatopp with ur new album. Pasti album lentera timur menang album terbaik AIM 2009 !!!

    3. lynie kata:

      Happy Bday ct!!!

    4. lynie kata:

      Selamat Hari Jadi Yg Ke 30!! semoga segala impiankan jadi kenyataan.dapat baby yang comel,hidup bahagia bersama datuk k & family..Sesungguhnya Kesabaran, keimanan,ketaqwaan adalah kunci kejayaan.Love DATO’CT!!!

    5. anna kata:

      kekeke tengok gambar jer lah. Apa present dari DK bagi untuk DS??? kek tu mesti kena taja. AKu tak rasa gosip panas derang ni betul. Bila tgk pic macam bahgia INTIM. takkan belakon kot nampak mesra depan public…balik rumah baling bantal..baling periuk..baling krusi <<<<< tk mungkin!!..

      ‘Hepi befdey tuuuuuu uuuuuu..hepi befdey tuuuuu uuuuuuu’

    6. anna kata:

      Pakcik tarudin dan makcik salmah tak di jemput ke…huhuhu pahang dilanda banjir. Jalan ditengelami air.

    7. Obefiend kata:

      “Ramai editor dari media-media besar juga telah dijemput”

      see that? clear bribery attempt by siti so her goodie goodie crapness will be covered by these editors

    8. Gambar Sambutan Hari Jadi Siti Nurhaliza Yang Ke 30 | Borak Artis kata:

      [...] #Info dan gambar diambil dari Budiey. [...]

    9. june kata:

      uiiii..besauuu besaurannnn majlis..anyway happy besday gak..

    10. bluerose kata:

      Obe u are right on spot..hmmm i guess not all malaysian are stupid coz clearly we are the ones who are the critical thinkers but the others out there are simply fooled by ct goodie goodie crap and how she manipulate the mass media..

    11. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      happy besday buat ct.. sokong lah ayat budiey yg ni ‘Alangkah manisnya bertudung litup’

    12. Tabuan kata:

      anna kata:

      January 11th, 2009 at 10:36 pm
      Pakcik tarudin dan makcik salmah tak di jemput ke…huhuhu pahang dilanda banjir. Jalan ditengelami air.

      Tabuan lak kata :

      SPEED BOAT ADA APA… TAKKAN DAH JUTAWAN
      TAK BLEH SEWA SPEED BOAT…?

      wahahahaha !

      Ya tak ya… apasal mak bapak tak dtg eh… ?

    13. ryanzzz kata:

      apa dah jd dgn hidung dan bibir ct???? lain mcm je … cuba perati btul2

    14. yabedubedu kata:

      TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG…….(krisis rumah tangga ct n dato k)

      Aku xdelah mendoakan kehancuran hidup siti n dato K ni tp tulah….dulu wtr org,skang pape allah byr cash je…pepun byk2 la b’doa moga diselamatkan rumah tangga tu.aminnnnnn

    15. gadis ungu kata:

      hello tabuan hang ni byk bg komen kat blog ni..time party budiey sabtu lepas hang ada dtg tak??? ni msti pembaca setia budiey.com ni…btol x???

    16. Tabuan kata:

      gadis ungu kata:

      January 12th, 2009 at 11:39 am
      hello tabuan hang ni byk bg komen kat blog ni..time party budiey sabtu lepas hang ada dtg tak??? ni msti pembaca setia budiey.com ni…btol x???

      Ku lak kata: Neither ku bukan peminat setia nor peminat tak setia.

      Budiey punya party ku takde ler…
      Niat di hati memang nak dtg, bleh interview Budiey secara
      upclose & personal.. :-)

      Apa kan daya ku berada jauh beratus ratus batu ler..
      tapikan.. kalo ku jutawan.. pasti ku akan tempah
      ticket kapal terbang ke KL.

    17. gadis ungu kata:

      oooooo… kalu hang jutawan tak payah la naik kapal terbang..naik jet peribadi sendiri la..wawawa

    18. NAK KOMEN kata:

      Orang yang suka tabur fitnah dan meruntuhkan ‘masjid’ ni selayaknya di bedel bom oleh Israel tu..Baru aman sikit dunia.Hidup pun kalau menyusahkan orang..buat apa…Baik tolong rakyat Palestin tu.dapat juga pahala…

    19. Tabuan kata:

      gadis ungu kata:

      January 12th, 2009 at 12:21 pm
      oooooo… kalu hang jutawan tak payah la naik kapal terbang..naik jet peribadi sendiri la..wawawa

      Ku lak kata: aaaah…pandai pun….

      wagagagaa !

    20. sue kata:

      Happy birthday to dato’ siti….
      peduli apa kata org… yang pnting dato’ siti happy…
      hanya Tuhan yg tahu segalanya… our family doakan dato’ cpat2 dikurniakan cahaya mata… semoga bahagia…

    21. ImaDean kata:

      hepi besday DS…
      moga hepi2 selalu dan bahagia hingga ke akhir hayat!!
      pedulikan apa kata orang…hanya Allah dan diri sendri saja yg tau…
      saya akan setia menyokong CT….sayaaaaaannngggggg CT sangat!!!

      p/s: kita sama bintang..CAPRICORN

    22. Lavender Blue kata:

      cantik siti bertudung litup. nampak lebih ayu dan muda.. setuju tak semua? tapi i respect you tangani masalah gossip rumahtangga you. walau betul ada masalah, senyuman mu tetap terukir dan sentiasa mempertahankan suami. patut dijadikan contoh! tunggu datuk k bagi kebenaran kat siti utk bertudung litup..

    23. Tabuan kata:

      Lavender Blue >>> Tabuan setuju sangat2 Ct nampak ayu bertudung cara yg gambar berbaju dan tudung hitam.
      Tapi kalo sekiranya dia belum bersedia..
      ada baiknya di tanggal saja selendang tu dari bahan mengata, soal menyoal kita kita ni….

      ~ Mengata,soal menyoal tentang apa yg di statmentkan oleh dirinya ~

      :-)

    24. bluerose kata:

      mcm mane nak beli speed boat utk mak dan ayah ct Tabuan?…coz suami dia dah habiskan duit RM250,000.00 utk beli hadiah jam tangan bday ct (see Kosmo 12 Januari 2009)…hmmm sedih aku tgk coz teringat alangkah baik duit sebanyak itu juga didermakan ke warga palestine utk bantuan perubatan or makanan. =’( sedih tengok anak2 kecil ketakutan and kesakitan berlumuran darah.

    25. musangberjanggut kata:

      di saat umat Islam bersedih dgn apa yg berlaku di Palestin…
      di saat kedukaan anak2 menjadi piatu
      di saat gugurnya anak2 kecil tak berdosa…

      boleh kak iti kita celebrate besday dgn penuh kemewahan..
      apalah salahnya bersederhana ketika seluruh umat meratapi apa yg berlaku di Palestin…

    26. anna kata:

      kekeke mahalnya jam….ni mesti kes…’jom pergi makan…aku belanja kau bayar’.

    27. Itsme kata:

      Jam CT mesti ada compas tunjuk arah Mekah kan…?

    28. limahengget kata:

      bkn setakat ada kompas kiblat… jam tuh ader petunjuk skali ke mana arah sahaja Dato K pegi Dato Ct dpt tau kemana arah datok K sama ada ke UTARA…SELATAN..TIMOR..BARAT..mahupon SONGKLA & LONDON (kawin jauh skit dr malaysia supaya x sape tau tok isteri Ke- 6..

      nauzubillah ku dgr jam je RM250,000.00..alangkah indahnye kalu harta itu di laksanakan ke jalan ALLAH s.w.t ke hantar bantuan ke PALESTIN..

      pada dasarnya Dato CT berkata pd KOSMO yang die tak nak org tahu pasal hadiah die yang mahal tuh sbb takut dikatakan menunjuk dan bangga diri..

      sebenarnya..tujuan Dato K ngn Dato Ct beli jam mahal2 kat area Bukit Bintang,KL (die dh tau mmg ramai org kat situ termasuk wartawan) untuk menunjukkan bahawa rumahtangga mereka masih utuh dr dulu kini dan selamanya dengan bukti pembelian hadiah jam tangan yang bernilai 250 RIBU HENGGET MALAYSIA tau..bukan RUPIAH..

      hahaha…DATO SITI NURHALIZA TARUDDIN —- bqgi ku…

      artis PLASTIK..- dari pemakaian tudungnya itu kite dah tau mcm mana HATI die..

      ### p/s: nape xder wartawan yang berani nk menegur cara CT pakai tudung guna jaring jala ikan tipisnya tuh dan londeh semacam je????!!!
      baju nk pakai ketat2 nk tunjuk body dah kurus..tp tudung di kepala di pakai SELONDEH dn SELONGGAR smpai tercabut kalu ditiup angin???
      APA KESSS?????????????APE CER?????????????

      dunia nk kiamat…

    29. Tabuan kata:

      Hahaha ! Nampak nyer sekarang pembaca dah pandai n tau berfikir..
      *termasuk aku skali*
      Aku ingat aku sorang aje berfikiran macam tu..
      Tak payah Palestine …. yg tepi hidung dekat dgn kawasan dorang tu tgh sengsara tanah runtuh.. tgh dlm kesedihan..
      Si dekni laki binim pulak buat majlis party2..
      *nasib baik bukan party maksiat*
      Aku heran mana sifat simpati dan perhatin dorang..?

      Memang lah lantak duit dorang.. *aku tahu nanti mesti ada yg komen macam ni*
      Yg jadi soalan now, jiran ko semua kena musibah less than 4mths ago.. korang pulak buat party2..
      Yg dijemput pulak.. canggih2..
      Nak suap ke….?

    30. Tabuan kata:

      Hadiahkan isteri jam berharga $250 ribuuuuuuu……????????

      Dunia economy makin melecet.. kita yg hidup sederhana dah rasa sedikit perit apatah lagi yg hidup daif dan melarat…
      Korang perhabis $$$ korang $250ribu hanya untuk sebuah jam tangan….?????????

      *sigh * Lantak lah…..

    31. Tabuan kata:

      Terfikir aku sejenak kata seseorang pada ku..
      Bila asal dulu hidup susah.. naik bus garing turun bus..
      pakaian lama takde brand pun boleh pakai..
      Beg cap Scooby Doo B Dooo pun bleh pakai..
      Baju dlm jenama Double Rabbit sodalam 3 seringgit pun bleh pakai.

      Lah ni… Beg branded sakan.. bawah dari LV tak pandang..
      Kereta yg Toyota & above..

      Ni lah kita di namakan manusia
      adakala lupa pada asal usul kita dulu sewaktu susah.

      :-( moga ia menjadi kesedaran diri ku juga.. :-(

    32. nadzmi kata:

      kek tu tak ditaja ek..kek tu memang dato’ K yang beli daripada Bloomingcake. Mahal ooi kek tu… its more than rm500…

    33. june kata:

      ekekekke..tk tahan gan komen tabuan tang baju dlm jenama double rabbit tu wakkakaka…tu yg selesa tau biar 3 seringgit..

      ni tang jam tu adehh den tertinggal ketapi plak..mahalnya jam…dk hadiahkan tapi dari acct siti ek huhu…

    34. bluerose kata:

      i think masa-masa mcm ni with the economical crisis of the world and our saudara seislam dalam peperangan..kita sepatutnya berjimat dan menyalurkan doa atau bantuan (keewangan/tenaga)..which ever one we can afford. if it is like me the citizen with normal pay-check i get a month of course i cant donate thousands of ringgit..but we can sentiasa berdoa (which is senjata paling kuat umat islam ada) and derma setakat mana kita mampu.

      hope our celebrities and our fellow malaysian yg ada berjuta-juta ringgit sedar yg ade org yg lbh memerlukan bantuan di palastine sana…and hope they can help others with the money god has given them.

    35. ummie cute kata:

      aSSALAMMUALAIKUM tABUAN n Rose…pe kabo?lame tak buat havoc kat sini..lindu la plak..hehehe sis Hnybee,mai la join sekali..memeriahkan kapet selebriciti ni…
      Tabuan..setiap yg Allah bg rezeki tu biarla dtg dr sumber yg halal.. betol tak..so bila rezeki yg kita dpt tu dr sumber yg HARAM..so kite tngok la lama mana nak bertahan…org yg riak,sombong dan pndai bermuka2 ni selalunya tak tahan lama kecuali klu Allah dah tak pndang siapa die tu so lama la die dlm dunia die yg penuh kekayaan ni..renungkan la..
      bye Tabuan…
      rindu kat Atuk n mama cantek..

    36. Tabuan kata:

      Ummie Cute >>> Wa’alaikumsalam warahmatullah…. !
      Ummie mana menghilang lama tak dgr berita dari u, atuk & honeybee..
      semua senyap je.. Harap2 u all semua sihat walafiat ya..
      Tabuan setakat ni alhamdulillah syukurillah.. im doing gd. :-)

    37. Puteri Santubong kata:

      I suka tengok Siti bertudung litup, daripada dia pakai selendang, selendang pun makin hari semakin ke bawah & rambut semakin banyak yang nampak. Daripada dia pakai macam tu, lebih baik x payah pakai tudung. Pakai tudung & selendang buat fesyen sahaja…

    38. CoolGirl kata:

      DSK mmg cun..harap2 tahun ni dapat baby…xd ke gambar rumah DSK?teringin nk tgok

    39. engku alinas kata:

      wahai peminat seni Malaysia ,kalau Tok Siti ni bijak bercakap bak kate omputih articulate nak perdaya sume org M’sia dan jugak media kat M’sia kita jgnlah mudah terpedaya ngn teknik pseudoevent tok ti n DK nih..dah mmg DK n kak ipar si siti ni buat biz berlegar tang media ,promo kowang tgk la si Rozi tu buat Pr baik tu bekas wartawan katakan.Tak salah pun sbb they are using media n fan to gain more money.Kowang ingat sape yang bagi jam 250 ribu hinggit tu?Kita sume la..lagi kita asyik jage sume hal dlm kain Siti and suka sangat tengok liuk lentok Siti kat press selagi tulah dia Diva No1 and all news yg kita tgk buat duit kat Siti untuk dilabur nak menunjuk kat artis2 lain yang suka dengki ngn dia n famili’Buy expensive thing to impress people she dont like’Kita perlu ajar orang seni rakyat bijak melihat bizness mereka buat.Apapun kita sayang bakat Siti cuma benci tabiat Tok Siti used media only to havoc about her life.Tok Siti kalu bahagia tak perlu canang satu Malaya.Bahagia datang dari wajah dan mata.Dari mata Siti terpancar hipokrit nak buat2 bahagia.Dunia artis bukan untuk menipu tapi percaya pada diri.Jika mmg tak bahagia peminat terima bakat Siti bukan cerita dalaman dan juga bukan kami pemnat nak tgk sangat pun bakat DK BELI BRG MEWAH OR BELI KERETA KAT ARTIS BERGETAH.Siti not look real beauty live lawa lagi tg zawiyah live..so it weird if DK boleh idup ngn pompuan style village yang nak wat cam gadis social yang DK idamkan.Nak suit jiwa DK yang muda selalu as he is hensem tu so byk artis muda eyeing him.

    40. Tabuan kata:

      Engku Alinas >>> Fuuhlamak… ur komen sungguh hot & berasap dan lebih tepat VERY THE LOGIC!

      Cuma yg dungu2 dan buta hati aje yg masih tak nampak!!
      Tabuan setuju… suara CT memang lah merdu yg tak bleh angkat tu..
      media dah byk over exposed kn dia kat majalah..
      Kita beli majalah nak tgk artis lain.. tapi asyik2 dia!!

      Kesian maruah manusia sekarang dah boleh dibeli dgn wang ringgit !!! :-(

    41. bluerose kata:

      wah Engku Alinas..u said it all…anda rakyat Malaysia yg bijak menilai.

    42. ummie cute kata:

      tABUAN..Uc tak kemana pun ade kat sini je..cuma kdg2 mls nk komen suke jd pembaca plak tp sekali sekala komen gak :)
      Uc pun setuju ngan komen Engku alinas..mmg logik sngat..
      Tabuan..dri dulu dah maruah manusia terutama ARTIS boleh d beli cuma tak sehebat ctenuk ni je..dek ni lg dasat..bila tak ingat asal usul ni la yg berlaku..!!

    43. Tabuan kata:

      Oic… dah jarang komen rupanyer.. ingatkan gi Las Vegas ke…
      hehehe!!

      Bila pasal dekni kan..
      Tabuan suka sgt tengok cerita DIVA POPULAR.. :-P

    44. ummie cute kata:

      bukan Las Vegas Tabuan..tp Uc kat Las D’ Eastate…hehehe :D
      Uc pun suka gak tengok citer tu .. lawak sngat .. reality idup .. tak gitu.. :)

    45. Tabuan kata:

      Itu lah reality kehidupan tapi apakan daya… masih jugak mereka ni hidup dlm PENAFIAN….

      wekekekeke ! :-P

    46. ummie cute kata:

      Wait n c la Tabuan..ok la fren..Uc chow dulu..agak2 boring,Uc masuk ss ni lg k..
      Take care..byeeeeeeeee

    47. Tabuan kata:

      Ummie cute >>> Ok u too take care… bubbye ~ ;-)

    48. Adam kata:

      Setiap kali ada gambar si Sitot ni terus jadi marah…style tudung dia tuh,hermmmmmmmmmmm..MELAMPAU !Muka pulak dah lain macam je kengkadang aku tengok.Aku kalau terjumpa dia ni memang aku tarik ‘tudung acah2′ dia ni…sakit hatilah.

    49. NinaKarina kata:

      tidak sesekali pernah menyokong cara pemakaian tudung si cantik manis ini tetapi soal hadiah dan penerimaan barang2 luxuries ni kita kena tgk balik ape pendapat2 mazhab2 utama. pertama sekali, apabila kita berbicara soal munaqahat, nafkah adalah bergantung kepada kemampuan si suami. soalnya jika suami mampu memberi makan dan minum shaja si isteri tidak blh meminta lebih daripada kemampuan suami. jika suami mampu menggaji pembantu rumah, pemandu peribadi dan sbgnya itulah nafkah yg diberi mengikut kemampuannya. jd tak ada pertikaian tentang bagaimana Islam mempunyai ukuran2nya dlm nilai nafkah. Cuma, yg tak dibenarkan dlm Islam adalah yg paling basic, sedekah umpamanya tidak blh dihebahkan2 kan.. kalau blh tgn yg memberi itu harus disorokkan. tujuan nya takut kita takjub dan berbangga dgn diri sendiri. Harus diingatkan bhw sifat ujub dan riya’ itu hanyalah milik Allah dan sebagai manusia dan hambanya yg serba kekurangan kita harus selalu muhasabah diri berusaha agar sifat ujub itu tidak hadir dlm diri dan seterusnya membawa kita ke jalan sbg seorg yg kufur nikmat dan angkuh. Yang keduanya, Allah melaknat org yg membazir dan berlebih2an dlm segala hal. Org sebegini disamakan dgn syaitan -masyaAllah. Bersederhana itu lebih baik dan ada keberkatannya di situ. lihat shj kebykan artis2 kita yg menganjurkan walimah yg begitu mewah tetapi bercerai berai dan tidak mendapat kebahagiaan dan ketenangan yg maksimum dlm hidup berumahtangga. berapa ramai kita yg diuji Allah dgn kemiskinan dan imannya bertambah. Benarlah dlm sebuah hadis (tidak pasti samada sahih, dhaif atau sbgnya) org miskin itu masuk syurga lebih awal berbanding org kaya. Teringat pd cliche yg dikaitkan dgn Spiderman (with great power comes great responsibility). Bila kita kaya dan mewah seharusnya lebih byk perkara yg kita perlu jaga dan beri penelitian. Adakah sikap dan tindakan kita menyebabkan fitnah ke atas kita dan keluarga? adakah kita telah tunaikan tggjwb pada fakir miskin, saudara2 yg serba kekurangan? adakah kita sudah berlaku adil pada org lain? lihat sahaja saidina abu bakar dan shbt2 nabi yg lain yg sanggup mengorbankan harta nya dan menolak syurga dunia demi menegakkan syiar Islam. tanpa pengorbanan mereka, Islam juga tak mungkin berkembang di Asia, Eropah dan sbgnya.
      Tanyalah diri kita, bila kita berkata sesuatu itu jgn lah ikut emosi tetapi kajilah apa yg dianjurkan agama. berkatalah dgn hikmah jgn sampai penulisan kita di alam maya ini meyumbang kpd dosa kita, sedangkan amalan kita sangatlah sedikit. Marilah kita bermuhasabah.

    50. poyo je.. kata:

      ct,ct, makin lama mkn terserlah jambulmu, x mustahil esok lusa akan tanggal tutup kpakamu, huhu lantak kaulah, janji kau bahgia dgn dato’ k mu, dah nmpk kedut lak datuk k ni…

    51. poyo je.. kata:

      duit 250,000,000 tu kalau di sedekahkan kpd fakir miskin, rakyat palestin atau kpd yg memerlukan, alangkah lgi baik n besar keberkatannya…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!