Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
Ahmad Idham sekarang ini sedang merancang untuk mementaskan Impak Maksima The Musical di Istana Budaya pada bulan Disember 2008. Adaptasi daripada drama yang disiarkan di TV3 itu mendapat sokongan daripada Istana Budaya kerana ianya membawa mesej yang positif kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Sebelum ini Ahmad Idham dah buktikan kepada kita, dia dapat mengarah drama dan filem. Kini. mampukah Ahmad Idham mengarah teater?
Setakat ini, Budiey telah bertanyakan kepada beberapa orang pelakon drama tersebut tentang tawaran untuk membintangi teater muzikal ini. Separuh daripada mereka sedang meneliti skrip dan masih dalam tahap perbincangan.
Awal Ashaari ketika Budiey temui di Prebiu Apa Kata Hati, katanya memang dia ada menerima tawaran tetapi masih lagi dalam tahap perbincangan. Begitu juga dengan Fasha Sandha yang Budiey temui di lokasi pengambaran drama Kehangatan Lantana semalam, Fasha masih tak dapat mengulas lanjut sebab hitam putihnya masih belum ditentukan. Tetapi Fasha rasa teruja untuk berlakon teater sebab dah lama tak berlakon teater. Dulu pernah Fasha berlakon teater dalam TeaterTun Fatimah di Istana Budaya. Begitu juga dengan Ashraf Muslim, Budiey ada hantar SMS kepada beliau, tetapi masih tidak ada jawaban. Yang pastinya, Ahmad Idham ingin mengekalkan semua pelakon yang terlibat dengan filem dan drama untuk menghargai sokongan peminat selama ini.

Mungkin akan ada kesukaran pada karya terbaru ini kerana Ahmad Idham perlu menitik beratkan muzikal di mana kesemua pelakon perlu pandai menari dan menyanyi. Budiey rasa, tidak semua pelakon drama dan filem Impak Maksima pandai menari dan menyanyi. Kalau Awal Ashaari, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha, Budiey percaya mereka mungkin boleh buat. Budiey kira, adalah menjadi satu cabaran juga bagi Ahmad Idham untuk menjelmakan naskah lumba kereta dan sukan drift ini kepada sebuah teater muzikal. Mungkinkah penonton akan lihat kereta drift di pentas itu nanti yang dijadikan sebagai prop?
Kalau orang lain boleh buat, mengapa Ahmad Idham tak boleh buat?

Technorati Tags: impak maksima the musical, istana budaya, jadual teater, birthday celebration, celebrity birthdays, dafinites, menara kl, sambutan harijadi dafi, tower kidz, very important dafinites, adlin aman ramli pakai salib, Anne Ngasri, atilia, darling ngasri kemalangan, dayang nurfaizah planet hollywood, diddy, dresses, fashion designer, gambar blue carpet, gambar red carpet aim15, hair gel, johan indot, melissa indot, nora danish, pop shuvit marabahaya, sarkis parlimen, sucess and motivation, teksi tunai
Tags: adlin aman ramli pakai salib, Anne Ngasri, atilia, birthday celebration, celebrity birthdays, dafinites, darling ngasri kemalangan, dayang nurfaizah planet hollywood, diddy, dresses, fashion designer, gambar blue carpet, gambar red carpet aim15, hair gel, impak maksima the musical, istana budaya, jadual teater, johan indot, melissa indot, menara kl, nora danish, pop shuvit marabahaya, sambutan harijadi dafi, sarkis parlimen, sucess and motivation, teksi tunai, tower kidz, very important dafinitesBaca artikel lain yang berkaitan:













May 17th, 2008 at 6:16 pm
is this a joke? come one………..
May 17th, 2008 at 11:23 pm
mcm mne diorang nk wat citer ni kat IB??
props mcm mner??
x paham btol la aku dgn ahmad idham ni kekadang…
May 17th, 2008 at 11:28 pm
kalo gitu IB bukan IB lgi kena tukar name…….
May 18th, 2008 at 4:01 am
bukan xleh buat…boleh. it’s not impossible to do.
tapi, bile ckp impak maksima ni, citer ni citer aksi. So, kalau dijadikan musical, it has to be full of action, rancak etc…pergerakan kena lincah, tak lemah longlai mcm PGL the Musical..
masalahnya teater muzikal kat Malaysia ni blum pernah buat musical yg betul2 rancak mcm kat Broadway tu…Malaysia selalu buat teater bangsawan muzikal..atau musikal yg x melibatkan banyak pergerakan/tarian yg lincah.
since belum ada pengarah musical malaysia2 yg betul2 bertaraf antarabangsa spt Broadway & West End, i think it’s gonna be a so-so performance…lebih banyak nyanyi drpd menari..agak boring.
September 28th, 2008 at 2:32 am
hey common la guys…ni la org msia. bila ade org nk cuba buat sesuatu yg baru, ade yg bpandangan negatif. cuba la bg support sket. camne industri nk maju bila baru nk naik ade je yg nk jatuhkan. mmg la msia x pernah lg buat teater mcm tu. sbb tu skang dah kena cuba. klu asik ade pemikiran yg nk buat teater bangsawan, musical biasa (cam pemikiran amar tu), sampai bila la teater msia x berkembang. congrats to ahmad idham krn buat benda ni. mmg high risk tp at least dia cuba. cuba benda yg baru. that’s creativity bkn asik buat benda yg sama berulang2. berjaya atau tidak itu belakang kira. org cipta kapal terbang pun x terus berjaya. klu teater dia gonna be so-so performance (bak kate amar), that’s ok. sekurg2 dia dah try n dia bole belajar dr kesilapan n baiki utk masa depan. cuba pk, bila sorg dah buat, either is success o not, pengarah lain akan cuba buat plak. and at the end this kind of performance akan memajukan industri teater msia. industri teater msia akan bervariasi. cuba pk positif sket. nk komen bole tp tolong a bg komen membina. asik nk agung2 kan barat je. minded tu cuba ubah sket. support la msia sket…
November 7th, 2008 at 12:58 pm
show priview smlm gempak gila lah…..tapi ada yg kurang best la…sound muzik lagi kuat dr sound pelakon2 la…sampai xdapat nak hayati jalan cerita la…ape pun all the best k….hidup ahmat idham…
November 11th, 2008 at 4:51 pm
ble tak kalo ada crita impak maksima seterusnya…mungkin juga impak maksima 2….
November 21st, 2008 at 11:09 am
sapa kata imposible???p lh tgok kalu x caya ilham ahmad idham yg blh buat drift kt atas pentas IB..mesti korang x caya pnye!!!best giler citer nie..mmg x rugi bli ticket mahal2..hahahaa..aku sndiri dh 2x p tgok kt IB..mmg berbintang2 aku bg utk teater nie..congratulation 4 ahmad idham and sumer produksi IMPAK MAKSIMA THE MUSICAL!!!!next time blh lh buat citer mcm nie lg..sure aku g pnyer!!!