in

Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 3 petang kelmarin, bertempat di Hotel Royale Bintang, eCurve, Mutiara Damansara, Imam Muda Asyraf telah selamat melancarkan album nasyid yang pertama. Budiey di sini ingin ucapkan tahniah kepada Imam Muda Asyraf yang akhirnya berjaya buat satu album walaupun agak was-was dan tak yakin dengan kebolehan beliau.

Budiey rasa tak salah seorang imam itu mengalunkan nyanyian yang memberikan nasihat dan mendekatkan diri si pendengar kepada Tuhan. Pastinya ada lunas-lunas dan syarat-syarat tertentu dikenakan sehinggalah Imam Muda Asyraf bersetuju untuk merakam suaranya.

Imam Muda Asyraf

[pullquote align=”right”]Album Imam Muda Asyraf Rahmatan Lil’Alamin dijual pada harga RM21.90 dalam bentuk CD.[/pullquote]

Budiey pasti ramai peminat setia Imam Muda Asyraf tak akan lepaskan peluang untuk membeli album terbitan Arteffects International ini. Budiey pun rasa nak beli gak, nak dengar dalam kereta. Tengah-tengah jem, boleh dengar lagu nasyid, barulah tenang sikit, kan?

Budiey pun tak sabar nak dengar kesemua sembilan lagu yang ada dalam album ini. Ada lagu Ummi yang pernah dipopularkan oleh Hadad Alwi, dirakam semua atas permintaan Asyraf sendiri.

Album ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Maklumlah, jadual Imam Muda Asyraf sangat padat dengan ceramah sana sini.

“Saya akui bahawa suara yang saya milikki tidak sehebat arwah Asri Ibrahim, apatah lagi Munif Ahmad daripada Kumpulan Hijjaz , memang saya bukan tandingan mereka. Apa yang saya mampu lakukan adalah untuk berkongsi isi kandungan aura positif yang dimuatkan didalam album Rahmatan Lil’Alamin.”

Katanya, setiap kali selepas berceramah atau memenuhi program motivasi diseluruh negara, pasti ada peminat yang bertanya bila nak buat album? Hampir 3 tahun mendengar soalan yang sama, saya berbincang dengan penerbit album ini saudara Hafiz Hamidun kerana saya tahu tentang kekurangan yang ada pada saya. Sebagai seorang yang lebih berpengalaman di dalam bidang nasyid, Hafiz banyak mencorak dan memberi tunjuk ajar sehingga terhasilnya album ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fiqh daripada Universiti Malaya, Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan, 29 tahun pernah menjuarai program realiti tv bercorak keagamaan “Imam Muda” terbitan Astro Oasis. Beliau adalah juara musim pertama yang diadakan pada tahun 2010. Disinilah bermulanya karier Imam Muda Asyraf sebagai salah seorang selebriti agama dinegara ini. Undangan berceramah ke seluruh pelusuk negara tidak pernah putus. Saban hari ada sahaja undangan perlu dipenuhinya.

Menyentuh tentang album pertama ini, ia memuatkan sembilan buah lagu termasuk zikir antaranya Rahmatan Lil’Alamin, Ghuraba, Ummi, Habibatan Kalimatan, Innalillah, Yahdi Man Yasha’, Munajat Thaif, Sohib Al-Ghuraba dan Rahmatan Lil’Alamin versi akustik. Proses rakaman album ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Lebih istimewa lagu Ummi yang pernah dipopularkan Haddad Alwi memang dirakam khusus buat isterinya Nurhusna Yusoff. Asyraf yang mendirikan rumahtangga pada tahun 2010 telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Aisy Raihan.

Dalam pada itu, berbalik kepada proses menyiapkan album ini Asyraf turut memainkan peranan dari sudut pemilihan lagu dan zikir yang akan dimuatkan. Hafiz Hamidun bertindak sebagai penggubah lagu perlu kreatif dalam menghasilkan melodi agar ia bersesuaian dengan Asyraf.

“Bercerita tentang konsep album ini saya perlu mencari sesuatu kelainan dan mudah untuk dibawa oleh Asyraf, melodi yang saya ketengahkan lebih mesra pendengar dan susunan muzik juga tidaklah terlalu berat.” Luah Hafiz.

Sesuai dengan gelaran yang dibawa Imam Muda, sikap peramah serta mudah didekati membuatkan peminat tidak segan untuk bertanyakan hal – hal berkaitan agama dengannya. Asyraf yang aktif dilaman sosial ‘facebook’ dan juga ‘twitter’ sentiasa berhubung dengan peminatnya. Ini terbukti dengan jumlah pengikutnya yang hampir mencecah sejuta orang dilaman sosial. Dengan adanya album ini, Asyraf mengambil inisiatif ini sebagai cabaran baru dalam kariernya dan yakin ia boleh menjadi salah satu lagi platform untuk mendekati peminat.

Album yang diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd dengan kerjasama Neo Record dan Warner Music (M) Sdn. Bhd selaku pengedar dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan. Untuk memenuhi permintaan pasaran, pihak Arteffects perlu menyediakan sebanyak 10 ribu unit cetakan pertama. Album Imam Muda Asyraf “Rahmatan Lil’Alamin” dijual pada harga RM21.90 dalam bentuk CD.

Album ini boleh didapati bermula 24hb Jun 2013 diseluruh outlet muzik dan toko – toko buku agama.

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™

Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2