in

iM4U Lancar Volunteer Malaysia 2015

‘Volunteer Malaysia’, program sukarelawan terbesar di Malaysia, akan diadakan pada 12 September 2015. Tahun ini, Volunteer Malaysia akan diadakan pada skala yang lebih besar.

‘Volunteer Malaysia’, yang diperkenalkan pada tahun 2014, merupakan inisiatif iM4U untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui program tersebut.

“Volunteer Malaysia adalah antara program yang kami laksanakan untuk menggalakkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti sukarelawan. Matlamat kami adalah untuk memupuk masyarakat yang lebih penyayang dan bertanggungjawab.” kata Rudy Malik, ketua pegawai operasi iM4U.

from left, Aman, Firman, rudy, Aanantha, Azura and Fiza

Sebanyak 26,835 sukarelawan mengambil bahagian dalam Volunteer Malaysia tahun lepas, menjadikannya salah satu program sukarelawan yang paling berjaya pada tahun 2014. Para sukarelawan telah meluangkan masa untuk memperbaiki ruang awam, menanam pokok dan membersihkan pantai.

Tahun ini, ia akan diadakan pada hari Sabtu, 12 September 2015 secara serentak di 13 negeri. Selain itu, ia juga akan diadakan di Tokyo, New York, Manchester, Jakarta dan Melbourne, menerusi Pusat Outreach iM4U.

“Volunteer Malaysia 2015 pasti lebih menarik dan relevan. Selain diadakan di Malaysia, kami juga menerima penyertaan daripada sukarelawan di Tokyo, New York, Manchester, Jakarta dan Melbourne menerusi iM4U Outreach Centres.” dia menambah.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena program tahun ini. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertemakan; Pasukan Hijau, Pergerakan Seni Masyarakat (PAM) dan Pembersihan Pantai & Dasar Laut dan Pembanterasan Denggi.

Pergerakan Seni Masyarakat (PAM) merupakan program yang menggalakkan sukarelawan untuk membantu membaik pulih tempat awam. Pasukan Hijau bertujuan menggalakkan persekitaran yang lebih sihat dan mapan. Pembanterasan Denggi, yang diperkenalkan tahun ini, berharap untuk mendidik dan membantu masyarakat memerangi denggi. Pembersihan Pantai & Dasar Laut diadakan untuk menimbulkan kesedaran dalam melindungi laut dan hidupan marin.

“Kami ingin membawa perubahan positif melalui program ini. Ia berpotensi untuk menjadi program sukarelawan yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, kami melakukannya pada skala yang lebih besar pada tahun ini.” Rudy berkata di majlis pelancaran ‘Volunteer Malaysia”.

Penyampai radio iM4U fm, Fiza dan Tyler adalah antara ikon yang akan mengetuai aktiviti Volunteer Malaysia tahun ini. Mereka akan disertai oleh selebriti, Azura Zainal, Aanantha Rajaram, Firman dan Aman.

“Saya teruja dengan program Volunteer Malaysia tahun ini. Saya akan mengambil bahagian dalam pembersihan dasar laut. Ini merupakan peluang untuk mengenali dan menghargai laut kita.”kata Fiza yang mengendalikan iM4U fm Bangkit, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Volunteer Malaysia, layari www.im4u.my atau ikuti iM4U FM di 107.9 FM.

Mengenai iM4U

iM4U mendukung matlamat menggalakkan kegiatan sosial dan menghidupkan semangat sukarelawan di kalangan belia Malaysia menerusi DRe1M (Dana Sukarelawan 1Malaysia), yang mewujudkan landasan bagi belia Malaysia menjalankan kegiatan sukarelawan dan membina negara yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial.

Dana DRe1M telah diperkenalkan untuk membantu belia Malaysia yang berusia antara 18 hingga 40 tahun bagi menjayakan inisiatif sukarela mereka dan mendorong mereka untuk melakukan sesuatu yang bermakna kepada negara. Dengan peruntukan awal berjumlah RM100 juta, dana ini disalurkan kepada individu yang layak, badan bukan keuntungan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan beruniform.

Lima kategori projek yang disokong oleh iM4U ialah:
o Pembangunan Belia, untuk mencapai potensi belia Malaysia
o Perusahaan Sosial, aktiviti keusahawanan untuk mencapai tujuan sosial
o Kesejahteraan Masyarakat, untuk berbakti kepada masyarakat dan memupuk keharmonian
o Sukan untuk menanamkan semangat kesukanan dan membina stamina
o Seni, Budaya & Inovasi, sebagai sumber inspirasi bagi belia Malaysia
Rangkaian Pusat Outreach iM4U membolehkan ia memanfaatkan rangkaian institusi pendidikan dan belia yang luas bagi iM4U memainkan peranannya dengan pantas di seluruh negara untuk memupuk semangat sukarelawan. Usaha ini disokong oleh iM4U Street Team yang menjelajah ke seluruh negara untuk menyokong dan mempromosi misi iM4U.

Sebagai cara untuk mengukuhkan kedudukannya, iM4U melancarkan stesen radio iM4U fm yang akan memainkan peranan penting dalam mengusahakan misi dan kegiatan iM4U selain daripada mendendangkan muzik terbaru dan segar yang sesuai untuk belia. Stesen radio iM4U fm boleh didengari menerusi saluran – 107.9 FM di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut mengenai iM4U:
Laman web: www.im4u.my
Facebook: www.facebook.com/1M4YOUTH
YouTube: www.youtube.com/user/1Malaysia4Youth
Twitter: @1m4youth
Instagram: @1m4youth

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Take Over SUPER JoHaRa Show di JoHaRa PAGI ERA?

HyppTV Lancar Program 1 JAM MAKAN