ILYKA Lancarkan Single Terbaru SISTEMATIK

Masih ingat dengan nama Ilyka? Budiey rasa ramai yang dah lupa ni. Sebab Budiey pun sebenarnya, ingat-ingat lupa dengan penyanyi kecil molek ini. Okay, kalau macam tu, Budiey imbas semula ingatan anda.

Pada masih yang tak ingat, Ilyka atau nama sebenarnya Zuraila Mohamed Yassin dulunya pernah popular dengan lagu Diusung Duka. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, Ilyka bukan satu nama yang asing sebab Ilyka juga pernah berlakon drama. Beliau juga pernah berlakon dalam Puteri Gunung Ledang pada tahun 2006 di Istana Budaya. Sekarang beliau dah buat comeback. Selain telah melancarkan single terbaru yang berjudul Sistematik, Ilyka juga akan muncul dengan lakonannya untuk drama siri terbaru terbitan Red Communication berjudul Gadis Semasa yang akan ditayangkan di TV3 pada Januari 2011 selaku artis jemputan.

Ilyka

Sedar tak sedar, dah 20 tahun Ilyka bergelar anak seni dan sampai kini, bidang nyanyian menjadi nadi dalam dirinya. Nama Ilyka mula bertapak semenjak tahun 1989 dengan menyanyi secara serius di sekitar Johor Bahru dan mencuba nasib menjadi artis rakaman.

Pada tahun 1991, Ilyka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan K3P yang dianjurkan oleh RTM. Dengan bakat semulajadi yang ada padanya, Ilyka disunting oleh syarikat rakaman NSR dan dia telah menghasilkan album pertamanya pada tahun 1993. Lagu hitnya Diusung Duka mendapat tempat di hati peminat dan dimainkan dicorong-corong radio ketika itu.

Antara pencapaian Ilyka sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah buat persembahan menjelang Merdeka Tahun 2000 bersama Orkestra Kebangsaan, pernah terpilih menjadi artis jemputan di persembahan istimewa An Evening with Al Jerreau di PWTC pada tahun 2000. Mewakili Celcom Malaysia dalam persembahan istimewa di Bangladesh, persembahan koktel istimewa F1 Sepang tahun 2001 dan persembahan makan malam istimewa West Mc Laren pada tahun 2002.

Setelah terkenal sebagai artis rakaman, Ilyka mencuba nasib pula mengikat kontrak menyanyi di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur. Kerana bakat dan kepetahannya itu, Ilyka banyak menimba pengalaman menyanyi di hotel-hotel 5 bintang seperti Concorde, Holiday Villa, Prince, Sunway, Shangri La dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, Ilyka telah muncul dengan single terbaru berjudul Bila Ada Denganmu. Setelah itu Ilyka menyepi untuk beberapa tahun kerana dia begitu komited dengan keluarga di samping membesarkan anak sulungnya Arisha.

Dan kini, di tahun 2010, Ilyka ingin kembali semula beraksi di pentas seni. Single Sistematik merupakan single terbaru yang dirakamkan bersama Ajai. Konsep teknotronik serta dance music yang cuba diketengahkan oleh Ilyka mendapat sambutan baik dan sekarang dah boleh dengar di radio-radio.

Klip video Sistematik juga telah dihasilkan pada Ogos yang lalu dan telah pun diputarkan di stesen stesen TV.

Ilyka

Dalam memenuhi rangka promosi single Sistematik, dan juga sebagai satu hadiah bonus kepada para peminat Ilyka, pihak Wake The Baby Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pihak Concorde Hotel Kuala Lumpur. Ini juga satu persembahan comeback istimewa hanya sehari sahaja. Semalam, Budiey sempat hadir di Crossroad Lounge, Concorde Hotel untuk melihat persembahan Ilyka. Bijak berkomunikasi dan suara vokalnya yang mantap menjadi taruhan utama Ilyka.

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Ilyka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi 15 Keping Tiket Anugerah Skrin 2010

TV9 Jenamakan Semula Program Agama Terbaru RAUDHAH