in ,

Iklim Kembali Bersatu Jayakan Konsert di Marina Bay Muar Johor

Nama kumpulan Iklim telah terpahat dalam industri seni tanahair selama 25 tahun. Album terakhir mereka rakamkan bersama sekitar tahun 2006 iaitu Bunga Emas. Selepas itu kumpulan ini berpecah dan anggotanya membawa haluan masing-masing. Semenjak daripada itu nama Iklim semakin sepi di media-media hiburan. Namun, pada waktu itu Saleem selaku vokalis meneruskan kerjaya seni dengan bergerak secara solo.

Iklim

IKLIM KEMBALI BERSATU, KONSERT DI MARINA BAY MUAR JADI TARUHAN

[dropcap]W[/dropcap] alaupun menyepi agak lama, lagu-lagu mereka masih kuat berkumandang dan sering dimainkan di radio tempatan. Jika ditanya nama Iklim kepada generasi Y, ramai yang mengenali kumpulan yang pernah gah dipersada seni ini. Hanya melalui lagu evergreen milik mereka, nama mereka masih disebut sebagai salah sebuah kumpulan yang mempunyai vokalis yang terbaik di Malaysia. Keunikan suara Saleem pernah menjadi kegilaan remaja pada waktu itu.

Kini, fasa hitam yang pernah dilalui bersama telah berlalu. Iklim kembali bersatu setelah 11 tahun menyepi bersama anggota yang asal. Mereka semua sepakat untuk kembali bagi melaksanakan dan meneruskan impian yang terhenti seketika sebelum ini.

[pullquote]Beberapa perancangan telah diatur oleh Iklim bagi menyemarakkan kembali nama mereka antaranya merakamkan satu single terbaru ciptaan anggota iklim sendiri, akan tampil dengan beberapa siri konsert serta impian beraksi di Istana Budaya.[/pullquote]

Bila Iklim nak buat konsert? Itulah persoalan yang sering dilontarkan peminat dan penggiat seni tanahair. Iklim bukan sekadar kumpulan rock tempelan, mereka mempunyai lagu-lagu hits yang kini masih menjadi siulan atau nyanyian dimana sahaja.

Persoalan akan terjawab pada 7 Mac 2015 ini, Iklim akan menggegarkan pentas di Marina Bay Muar, Johor. Acara ini pasti menjadi sejarah baru buat Iklim, mereka akan bersatu seperti dahulu disatu pentas selepas 11 tahun.

Konsert yang dianjurkan oleh Empire Iklim dan ML Capital Sdn. Bhd akan berlangsung pada jam 8.30 malam. Konsert ini dirancang setelah sebulan mereka sebulat suara untuk kembali berganding bahu sebagai IKLIM.

Tika ini pastinya anggota Iklim sibuk berlatih maklumlah dah lama mereka tak main bersama. Peminat juga turut menantikan apakah keistimewaan konsert ‘reunion’ ini. Ada yang sanggup memandu dari ibu kota semata-mata nak melihat sendiri aksi otai-otai dipentas dengan lagu malar segar dendangan suara Saleem.

Apabila ditanya, adakah mereka sudah bersedia beraksi di pentas? Lantas Umarul selaku pemain gitar menjawab:

“Kami semua tidak sabar menantikan tarikh tersebut, kami juga rindukan peminat kami yang dahulu. Mungkin mereka semua sudah berkeluarga dan ada anak seperti kami. Jadi bawalah anak-anak generasi baru ini untuk lihat persembahan ‘otai’ rock. Kami juga ingin melihat reaksi anak muda hari ini terutamanya peminat muzik rock samada mereka boleh menerima rock daripada kami atau tidak.”

Iklim

Selaku vokalis utama, Saleem amat berharap dengan kembalinya Iklim hari ini ia dapat menjadikan satu teladan kepada kumpulan-kumpulan yang baru muncul diarena seni. Bukan senang untuk bersatu secara utuh, kadangkala pasti ada yang berkecil hati atau terasa dengan tindak tanduk sesama anggota. Jadi kepada adik-adik rockers yang baru nak bermula pastikan kita kena sentiasa bertoleransi di kalangan anggota kumpulan.

Berbalik kepada kembalinya kumpulan Iklim, ada diantara ahlinya yang mempunyai pekerjaan tetap namun terus komited untuk bersama band ini. Mereka akan berusaha berbahagi masa diantara kerjaya dan bersama band. Mereka terlalu sayangkan Iklim.

Pastinya satu cabaran baru akan ditempuh setiap anggota kerana masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di luar ibu kota. Menurut Mohalim selaku pemain gitar bass, jika terdapat persembahan pentas bersama Iklim, beliau kena bijak mengagihkan masa dan mengatur jadual perjalanan untuk tidak mengganggu tugasan tetapnya di Kuala Terengganu.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor. Jika ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 012-7991428 atau 012-7991638.

Untuk mendapatkan info tentang konsert ini boleh melayari laman facebook EMPAYAR IKLIM OFFICIAL. Konsert ini juga turut dijayakan oleh Best FM sebagai rakan radio rasmi. Kembalinya Iklim pasti akan mengimbas kembali zaman kegemilangan muzik rock era 90an.

NAAA NAAA NAAAA NAAAA GANU KITER…

Iklim

Iklim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shae & Nukilan Bergabung Demi RINDU

Astro Bella Rai Hari Wanita Sedunia 8 Mac ini