Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Ika Tersingkir, Persembahan SO-SO, Menuju Puncak MIMING?

Konsert Akademi Fantasia Minggu Ke-2 baru sahaja melabuh tirainya. Ramai yang bertepuk tangan seolah mengiyakan dan bersetuju dengan penyingkiran Ika; seorang pelajar yang dikatakan bermasalah dalam Akademi. Bermula dengan cerita di mana Ika dikatakan gedik dan terlampau banyak songeh sehinggalah kepada isu penukaran lagu yang tidak pernah berlaku dalam program paling digemari itu.

Dan satu lagi sejarah telah tercatit malam tadi di mana persembahan semua pelajar untuk lagu Menuju Puncak dibuat secara miming; tanpa vokal dari pelajar. Apa sudah jadi sebenarnya?

Budiey sempat bertanya dengan pengurus saluran Astro Ria, Khairul Mizan setelah selesainya konsert malam tadi. Katanya, produksi terpaksa mengambil langkah (persembahan miming) atas alasan persembahan pelajar untuk lagu keramat itu masih tidak kemas dan khabarnya memang hancur ketika sesi rehearsal.

Nampaknya, ini adalah langkah selamat untuk memastikan kelancaran konsert. Seolah-olah, pelajar tidak dapat fokus untuk menyanyi dan pada waktu yang sama mereka perlu menari. Daripada melihat persembahan hancur, baik kiranya mereka diberi peluang dan memberi ruang kepada mereka untuk menari tanpa menyanyi. Untuk minggu ke-3, sekiranya tarian pelajar masih lagi hancur, nampaknya persembahan miming terpaksa digunakan.

Dari segi persembahan, nampaknya konsert kali ini tidak banyak berubah daripada minggu lalu. Malah ada pelajar yang masih berada di tahap yang sama. Tetapi tidak semua prestasi pelajar menampakkan penurunan. Mama Rina menampakkan peningkatan dengan persembahan yang unik di mana beliau menyanyi dengan caranya tersendiri. Saida pula telah menunjukkan bakatnya menari dengan show yang agak baik. Dari segi vokal, masih ramai lagi pelajar yang berada di tahap yang sama. Masalah mencari ‘center’, keunikan X Factor, suara sumbang, kurang penghayatan, komunikasi dengan penonton dan kurang stamina masih menjadi isu utama untuk diperbaiki oleh pelajar.

Permulaan dengan lagu parodi versi dangdut di saat memperkenalkan pelajar seakan tidak sesuai kerana agak klise dan masih tidak kreatif untuk menghangatkan pentas. Namun, nampaknya AC bertambah yakin menjadi hos walaupun pada malam tadi terdapat kesilapan.

Pengkritik tetap, Ogy Ahmad Daud tidak dapat bersama Ning pada malam ini kerana terpaksa menjalani sesi rehearsal di Arena of Stars untuk Anugerah Bintang Popular malam esok. Kehadiran Adlin Aman Ramli sekurang-kurangnya dapat menceriakan konsert malam tadi dengan komentar yang membina.

Ramai yang sangat kecewa melihat persembahan pelajar AF. Namun, Budiey kira apa kata kita berikan peluang kepada program ini agar mencari X Factor nya kembali.

akademi fantasia

Budiey sempat juga rakam gambar 3 orang anak kepada Saida dan suami Saida. Siti Saerah, adik Siti pun ada juga datang sokong kakak dia pada malam tadi. Kejutan malam tadi mungkin antara yang ditunggu oleh Saida di mana Saida berpeluang bertemu dengan 3 orang anaknya dan suami tercinta dalam masa 1 minit. Selepas itu, Budiey lihat Saida masuk ke belakang pentas ditemani Mama Rina. Sah-sahlah Saida akan menangis sebab Saida ni sebenarnya seorang yang sangatlah sensitif. Kesian betul tengok anak dia yang kecil tu… mesti rindu giler kat mak dia.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Lirik Menanti Kekasih - Song & Soundtrack Diva
  • Show My Starz LG Bertemakan Movie Soundtrack
  • Coretan Diari Blog Aizat AF5
  • Yandi, Ryan, Chak dan Marlon Bad Boyz Klon Adam?
  • Siapa Yang Tersingkir dari My Starz LG Ahad Ini?
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Elyana Tetamu Undangan di My Starz LG
  • New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura
  • Corat Coret Anugerah Bintang Popular: Part 1



  • 24 Komen untuk entri “Ika Tersingkir, Persembahan SO-SO, Menuju Puncak MIMING?”

    1. tina kata:

      saida tu kalau nak menagis jer,rindu la ape la,rase nya x payah la msk af kan senang,ni nangis sana,nangis sini. msk af mestilah byk berkorban. lama2 tu tgk boring gak. kalau dah asyik nangis jer nanti pengundi kasi ko kuar plak,baru la ko nangis x berlagu

    2. putehgebu kata:

      ade tige pelajar lelaki suara yg amat sdap ddgr

    3. putehgebu kata:

      anak saida namenye khalid jg ker eh comel cam datin seri siti jg

    4. iwuzere kata:

      anak2 dia comel sungguh..terutama yg boys..anak toi pon cute gak..

    5. kemuncup kata:

      weh..!!!TINA..!!
      ko ni XDE PERASAAN KE?
      biarlh die nk nangis ke..meraung ke…
      hati mak mana yg xrindu anaknye kalo dh jauh…
      sape xsusah ati kalo orng harapkn yg trbaik padahal kite msih baru…???
      haa?haa??pe r ko nie..
      mmg r msuk af prlu bkrban..tp pkir la sket…dlm pngrbanan 2 msti ade tawa dn tangisnye…
      sma gak cm saida skng…
      ak tau msti ade yg ckap…”kalo xnk jauh dr anak spe soh msuk af”
      tp dh rezeki die..nk wt cmne..??
      tp snang ckp la..yg xsuke saida ni msti anti-ct..
      2 psal panas smcam jek…huhu..!!

    6. saje je kata:

      haha…
      ya…btol2..
      ak sokong kemuncup….
      afundi saida…!!!

    7. CT SITU SANA SINI kata:

      HATI IBU BUKAN BATU ATAU KAYU…MEMANGLAH BERIA NAK CUBA NASIB DAN ASAH BAKAT, TAPI KALAU X RINDU ANAK DAN SUAMI … BUKANKAH HATI BATU? SAIDA JUJUR…BIARLAH DIA NANGIS DAN TANGISANNYA DIKUTUK, YG PENTING…DIA INGAT ANAK2…ALHAMDULILLAH

    8. saggybreast kata:

      sokong kemuncup,,, mmg la ade kos melepas utk gapai sesuatu..
      dan yg paling susah bg seorang ibu adalah untuk berjauhan dr anak2.. tersentuh tgk …

    9. ape-apelah... kata:

      Aku pun tak suka CT tapi aku tak boleh kata tak suka Saida. Memang mula-mula dengar kakaknya dpt masuk AF, perasaan biased tu ada, itu aku ngaku tapi macam Ogy kata dia menilai Saida kerana diri dia bukan adik dia buat aku terpikir yg aku ni prejudice sikit. Tapi aku pun tak ndak jadi hipokrit kalau nak kata Saida tu improving…..sebab aku tengok Saida ni pendiam orgnya dan dia sendiri tak banyak cakap. Suaranya lain dr adik die tapi tak cukup power bile nyanyi lagu konsert ke2. Dia boleh buat lebih baik dr tu. Aku setuju ngan Tina, kalau die takleh kawal kesedihannye, lebih baik undi keluar saje die sebab aku pun TAHU & PERNAH MENGALAMI bagaimane sedihnye bile berjauhan dr suami dan anak-anak. TAPI setiap org mesti diberi peluang, so give her another chance to prove herself! Tapi kalau dah niat die nak masuk showbusiness mcm adik die, die takleh bersikap mcm ni, kenele belajar kemahiran berkomunikasi. Satu lagi kemuncup, ngape awak sokong Saida? Is it because dia kakak CT? Kalau mcm tu, you are blinded!

    10. komala kata:

      yayaya afundi saida good luck to both akak n adik

    11. zaff kata:

      Bagi kak ida masa dan ruang…. sebelum ni ke mana aje pun kak ida suka bawak anak2 dia… tu yang bila berpisah.. hati mana yang tak sedih… rilek.. jangan asyik nak hentam orang jek… PEACE.. =)

    12. kemuncup kata:

      excuse me ape apelah…
      ada aku ckap aku sokong saida sbb adeknye?
      xde kan…?
      so, mulut 2 jgn la laser sgt…ckp orng buta…
      suke ati aku la nk sokong sape pon…
      hak aku kan?
      it’s up 2 u nk ckap ape pon…
      yg pnting duit afundi saida 2 duit aku…!!!
      ok?
      n thanx 2 saggybreast coz memahami…she is a woman and a mother…
      it is usual k?unless someone 2 langsung xde perasaan…
      keras ati,ati batu…huhu…

    13. tvAF6 kata:

      mmmmm…. sengal je saedah nie….
      layna TVAF6

      http://af6.pemasaranvideo.com

      saje2 je layan

    14. ctkus kata:

      bengap sunngguh komentor si tina nie….
      sok awk da beranak tau la mcm ne perasaan seorang ibuuu…
      konfem la ko lom beranak pinak lagi kan??
      belaki pon blom agaknye

    15. lady_carlorino kata:

      Tina.. tina… aku rasa komen ko ni agak keras… ibu manalah tak sedih bila berpisah ngan anak-anak dia..pulak tu sblm ni dia mana penah tinggalkan anak2 dia… dan dia meluahkan kesedihan dia tu melalui tangisan… nama pon pompuan…dan tangisan tu merupakan satu keistimewaan yang Allah berikan pada kita kaum pompuan ini untuk melepaskan perasaan… ko ni tak penah menangis ke tina… kita ni jangan dok mengata org je… esok kalo dah tekena batang hidung sndri baru tau..

    16. ntah apa apa ntah kata:

      tapi betulnya jugak.. patut nya sebelum masuk AF tu kene la fikir baik2 kalo dah masuk memang susah nak jumpe keluarga terutama hanya pada malam konsert tu pun kalu diberi peluang.. tak best la sedih2 bosan plak… ye boleh nak sedih sebab rindu atau apa tapi kene la kuat ni AF yg ke 6 dah takan saida tak faham selok belok duduk kat akademi tu… tlong la kuat semangat siket…. nnt kalo asek sedih je persembahan langsung tak best .. tgk lagu mlm tu patutnya dia all out ni bile tang korus ade lak lenggok irama malaysia kat situ kat dah terganggu.. kita orang bukan nak kutuk saida tapi bg semangat.. masuk dunia hiburan ni sok2 mesti selalu jauh ngan famili… show sana show sini…kan itu hakikat… apa apa pun.. next konsert hope will see something form her….. ok saida!!! gud luck…

    17. CT SITU SANA SINI kata:

      HATI IBU BUKAN HATI BATU. MEMANG LAH DIA TAU KESANNYA SEBELUM MASUK AF, TAPI…MCM ORG LAIN JUGA YG KENA KERJA OUTSTATION KAT LUAR KAWASAN OR NEGERI…DAH TAU NAK BERPISAH, TETAPI TETAP KENA PERGI. SAIDA ADA TUNTUTAN NALURI JUGA UTK PERBAIKI EKONOMI KELUARGA DAN MENGASAH BAKAT. JGN LAH KUTUK DIA…KALAU RINDU KAN ANAK2 DAN SUAMI, TAPI KUTUK LAH DIA KALAU DIA BERSUKA RIA BERFOYA2 KAT AKEDEMI DAN LUPA ANAK2

    18. BAU BUSUK kata:

      NAPE NAK KUTUK SAIDA KALAU DIA NANGIS DAN SEDIH INGAT ANAK2 DAN SUAMI? BAGUS LAH KALAU DIA INGAT ANAK2, KALAU DIA LUPA ANAK2 TADI…PATUT LAH DIKUTUK

    19. ain_nia kata:

      over all persembahan pelajar ada peningkatan compared to last week… ika keluar - pilihan yang tepat. Bagus la kalau pengundi dah bijak memilih. Pandangan aku ika tu sepatutnya tak terpilih ke top 14. Ramai lagi yg ok-ok. Biasa la tu… kita dihadapkan dengan banyak pilihan tapi kadang2 tersalah pilih jugak…

    20. nanidanialshah kata:

      ayooyoo..
      Bg aku la kan, Saida tu bkn jenis nak menunjuk2,mengada2 tetiba nak nangis utk dpt attention sesapa.. Aku tgk dia tu mmg tulus.. Dari air mukanya mmg dpt dilihat yang dia x dpt membendung kerinduan pd anak2nya… jgn lah korang buruk sangka dgn dier di sebabkan korang x suka Siti.. AKu pun bukannya tergolong dlm peminat Siti, tapi bg aku Saida adalah Saida.. Aku & Saida ada persamaan iaitu kami mempunyai anak… He..He..He.. Jgn ckp dia la, aku pun kalu kena gi outstation, asyik la dok teringat dan kol anak aku tuh walaupun dia baru leh ckp sesikit.. Basah gak bantal hotel tu dgn airmata aku nie.. Korang yg belum ada anak, jgn ckp camgitu… korang x alaminya… Cuba korang tanya mak korang.Apa rasanya kalu mak korang kena tinggalkan korang… X kira la pegi haji ke umrah ke atau dpt masuk AF ke… kwang..kwang..kwang……

    21. zuera kata:

      whatever….ape2 pon kite tetap sokong saida!!!!!!!!!!!!!!!!!

    22. kemuncup kata:

      haaa…
      amek korang…
      sme hot2 mama dh kasi komen…
      kira saida ni cm ct gak la…
      kne usik sket..ngamuk pmnatnye..
      ehehe…
      nk tau sbb pe???
      sbb saida nie tulus n mulus…
      aku stuju ngn ct situ sana sini…
      errr…rase cm knal jek zaff nie…
      heheh…!!!

    23. hajjar kata:

      apa2 la..
      yg penting riz tak terkeluar.
      afundi riz!!

    24. naNaku kata:

      hye all….
      nana mengikuti perkembangan AF nie dr sesi ujibakat lagi…
      hmmm tentang pelajarnye plak, setakat nie nana admire kt stacy,nadia,stanly ngn aliff also nubhan…yg lain cm saida,mama rina,toi,ika,riz, and lufya also yana yg nana rase vokalnye biasa2 shje…pada minggu pertama konsert AF,nana rse yana mmg layak utk terkeluar selain drpd undian penonton, tone suara yana cm x kena la dgn lagu si ELyana tu…mungkin kalo yana pilih lagu lain yana akan terselamat..apapun anggap aje yg rezeki yana hnye smpi disitu dan yana akan lebih berjaya diluar sana,…:) bile minggu ke-2, nana pon da cm dpt agak yg ika akan terkeluar. pada mulanye jangkaan nana pd faisal yg maner selama in hanya dikutuk oleh org lain juga pengetua yg merasakan faisal begitu lemah sekali, namun nana nk say congrats to faisal dgn persembahan yg baik pd mlm itu…mungkin faisal lebih bersungguh dan mengaplikasikan apa yang telah beliau dpt di akademi dan menggunakannye sebaik mungkin utk persembahan yg mmg mengagumkan..tidk disangka penyanyi yg berjiwa nasyid nie mmbuat persembahan yg cukup baik melalui lagu rock yg diberikan…mungkin bakat faisal lebih terserlah dgn lagu2 rock…pd nana, mmgla vokal ika sgt lemah seperti juga yg diperkatakan oleh cikgu hajar dan cikgu shafi…namun apa yg nana tgk semangat ika utk belajar mmg kuat…ika tidk pernah berputus asa wlupun ika selalu menitiskan air mata didlm diari AF…mungkin ika tahu dimana kelemahan dirinya dan mahu memperbaiki dan seterusnya membuktikan pada semua yg ika mampu utk menyanyikan lagu yg diberikan…:) pada ika, jgn bersedih, anggaplah ini sebagai satu titik permulaan yang akan membawa ika ke satu tahap yg boleh ika banggakan…nana pun suke tgk gelagat ika dalam akademi,,,kekadang sweet,comel and naughty gak…:) apa2 pun selamat berjaya utk ika…:) mungkin kita akan lihat ika mewarnai industri hiburan satu masa nnti…:) buat pelajar yg lain, cthnye kakak kepada DCT iaitu kak saida…apa yg nana tgk, kak saida mmg sgt pemalu, pendiam and smpi satu masa tu kak saida kurang self confidence….kak saida juga kurang mengexposekan diri…nape ek? suara tu xla sama dgn DCT tp mirip2 tu ader gak la…:) biasalah bila da adik beradik kdg2 suara ader sket persamaan…tpi apapun semoga kak saida lebih berjaya dan dpt mengawal kelemahan juga tahap keyakinan diri…bg mama rina plak, nana rasa suara dia ok..but mama rina better perform bile nyanyi lagu2 english…masa mama rina nyanyi lagu misha omar tu nana x braper nak suka sgt la…sounds wired la…:) sorila tpi nana rasa sebagai penonton dn pemint setia rancangan realiti nana berhak utk memberikan komen..opsss tpi bukanlah komen yg menjatuhkan..semuanye kritikan yg membina sahaja…aliff,stanly dan nubhan mmg ader suara yg sgt sedap didengr…mungkin kalo trus diasah bakatnye mereka mampu mencabar penyanyi2 yg sedia ada di m’sia nie…buat nadia dan stacy bakat dan kematangan vokal mmg boleh dilihat wlupun mereka masih muda…buat toi,riz dan naim………….bykkan lagi latihan dan semoga mereka jua berjaya…;) opssss kurang suke dgn riz nye attitude kt akademi…pesal nakal sgt nie?ahaksssssssssssss………..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK