in

Idea Lawak Tulen CHILOK Tarik Perhatian Juri

Berkat mempraktikkan cadangan dan kata-kata Fauziah Ahmad Daud, Chilok menunjukkan kreativiti aslinya dan menjuarai Konsert Ketujuh Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, malam semalam. Disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dengan tema fiksyen dan gajet, Chilok menumpaskan kumpulan seperjuangan mereka, Achey, Bocik, Sumbu, dan Titan.

Konsert Ketujuh Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) turut menampilkan Edry Abd Halim (KRU) bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

CHILOK ‘DIABAYANGI’ RM10,000
Idea Tulen Menarik Perhatian Juri

Kumpulan Chilok telah mempersembahkan sebuah sketsa tentang seorang pembantu makmal (Achok) yang sudah serik menjadi hamba kepada seorang professor tamak (Munir), mencuri sebuah ciptaan professornya yang mampu menghidupkan bayang-bayang (Chiwan). Namun perbuatan Achok itu diketahui oleh Munir lalu bertikam lidah. Akhirnya, kerana tidak mahu melihat ketamakan kedua-dua saintis itu, Chiwan menembak kedua-duanya dan juga dirinya. Adegan lucu diselitkan ketika perbalahan antara Munir dan Achok, juga peniruan segala perbuatan dan pergerakkan Achok oleh Chiwan sebagai bayang-bayang Achok.

Menurut Chilok, selaku juara mingguan,

“Dengan rezeki kami malam ini, sebenarnya telah memberikan kami satu kelegaan setelah bertungkus lumus selama enam minggu sebelum ini. Pelbagai cabaran yang telah kami lalui untuk menyiapkan sketsa kami malam ini. Persembahan malam ini merupakan idea yang terakhir dan artis jemputan kami juga bertukar pada saat akhir. Alhamdulillah Abang Munir kelapangan malam ini, dan cukup sporting untuk membuat persembahan dengan kami malam ini.”

Di samping Qu Puteh Bintang Bersama Bintang meraikan kemenangan Chilok malam semalam, Kumpulan Bocik dan Achey tidak dapat hadir untuk membuat persembahan malam semalam atas sebab kerja diluar negara. Walau bagaimanapun mereka telah merakam video dan menyatukan visual serta persembahan artis jemputan mereka yang mewakili mereka di konsert ini, malam semalam.

Berikut adalah senarai artis jemputan yang telah berganding dengan peserta:

KUMPULAN ARTIS JEMPUTAN
ACHEY Bell Ngasri
BOCIK Joey
TITAN Adlin Aman Ramli
SUMBU Bad Kerdil
CHILOK Munir

Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu. Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Konsert Akhir QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!

Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.

Penglibatan tambahan penonton bermula minggu kelapan, adalah pertandingan Youtube yang dianjurkan oleh penaja utama Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, Dato’ Seri Vida. Pertandingan yang berlangsung sehingga Konsert Akhir QPBBB, kelima-lima peserta QPBBB hendaklah membuat sketsa promosi produk Vida Beauty selama 3 minit untuk dimuatnaik ke Youtube. Penonton setia QPBBB dialu-alukan untuk menonton sketsa tersebut di www.youtube.com/tv3 kerana sketsa peserta yang mendapat penoton paling ramai, akan memenangi RM6,000 dari pihak penganjur pertandingan ini.

Ikuti Konsert Mingguan QPBBB pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pusingan Akhir Piala FA 2015 Catat Jumlah Penonton Tertinggi

Drama Bersiri QUDDUS Lakonan Intan Ladyana