Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ida Nerina Telah Bercerai



Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua

PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini. Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Ida Nerina

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya. Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

“Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai. Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi,” kata sumber itu.      

Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha’arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

“Saya tengah sibuklah..,” jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perceraian Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..,” ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian.

Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi. Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana ‘mabuk’ memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu. Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini. Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Ida Nerina Seksi Pakai Bikini
  • Ida Nerina & Sha’arin Masih Suami Isteri Sah
  • Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu
  • Profile Zeyna Pelakon Drama Bersiri KAMI
  • Sah! Gambar Seksi & Video Klip Lucah Itu Bukan Milik Ida Nerina
  • Ida Nerina Jadi Guru Seni Persembahan dan Lakonan di Akademi Fantasia 7
  • Elly Suriati Yang Meletop!
  • Ida Nerina Masih Belum Sembuh



  • 13 Komen untuk entri “Ida Nerina Telah Bercerai”

    1. MIMIY kata:

      adoi kesianya,tgh sakit kena cerai pulak…apa sebenarnya cite diorang nih..

    2. qistina kata:

      Mungkin ini yg terbaik untuk mereka..

    3. mimi kata:

      soalan saudari budiey. sapa yang tulis artikel nieh?? sungguh kurang ilmu bila umur 45 dah diklasifikasikan as pelakon veteran. giler

    4. Budiey kata:

      Mimi, berita ini dipetik dari Mstar Online~

    5. puteri kata:

      kesian..ida nerina..byk byklah bersabar ida..dari ada suami yg mcm tu lebih baik tak ada..

    6. Ah Loy kata:

      aku baru tahu yg ida nerina ni dah kawen…tup-tup bercerai laa pulok…
      adehhh…kesian…

    7. adik kata:

      siyes aku xtau si ida nerina dah kawen…
      aku ingat dia janda…
      tup2 tau2 dia dah nak bercerai…
      mybe sbb dia xbrape expose husband die 2 kot..

      emm…bkn nak ngutuk ler..tp life ida nerina nie agak kebaratan sgt la…
      xmelambang sorg muslim moden….apepun hanya dia n hubby dia yg tau masalah mereka ber2…

      KESIANNNNNNNN……

    8. pening kata:

      mngkin ni ujian Allah wat Ida…moge dia ttp tabah & sentiase muhasabah diri…

    9. aiyin merah kata:

      salam, terkejut gak r tetiba cerai…
      dh la tgh sakit…
      aper nyer hsbnd laaa… biasa r org tgh sakit mmg la sensitif…
      patutnyer time2 cmni la berada dcc bg sokongan.. ape la

      harap kak ida bersabar…
      xpe la dh xder jodoh nk wt cmne…
      mungkin ade hikmah disebaliknyer… t8 care

    10. nurul349 kata:

      hmm…dah tersurat jodoh diorang camtu…tapi tu la…ni mungkin tak pernah solat berjemaah neh…bukan nak riak, cuma bila kita selalu solat berjemaah, insyaAllah, rumahtangga akan aman harmoni…itu la basic kebahagiaan rumahtangga…

    11. Kak Teh kata:

      Apa yang berlaku jadikan iktibar. Mungkin Allah dah bagi petunjuk kat Ida. Cuba muhasabah diri…selama ni selalu ingat kat Allah tak?

    12. Honeybee kata:

      Patah tumbuh, hilang brganti .. mengertilahhhhhhh….

    13. dedoodle kata:

      tau die copy berita nih dr paper kan.. tp cek lah info dulu… anak shahril.. narissa dah 22 thn.. arman pulak kalau x silap dah 21…. dah besar pnjg dah anak2 dorang.. hehehe

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK