in , ,

Salam Takziah! Ibu Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia

Salam takziah buat Siti Sarah dan seluruh keluarga di atas kehilangan ibu tercinta. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nooraini Mohamad telah meninggal dunia hari ini. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.35 pagi tadi setelah beberapa tahun menanggung penyakit 3 serangkai (Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Jantung).

Berita sedih ini telah dikongsikan sendiri oleh suami Siti Sarah, Shuib menerusi laman Twitter dan Instagramnya beberapa jam yang lalu.

shuib
shuib

Shuib berkata dia lebih rela melihat nyawa ibu mertuanya diambil daripada melihatnya terseksa menanggung penyakit berkenaan sejak 3 tahun dia mengenali keluarga isterinya itu.

“Saya mewakili Siti Sarah yang sedang bersedih di atas pemergian ibunya berasa lega apabila melihat ibu mertua saya pergi dengan keadaan yang sangat tenang di Hospital Ampang Puteri, pagi tadi. 

Memang sejak 2 hari ini, kami meluang masa yang lebih kepadanya selepas melihat keadaannya yang sangat kritikal. Malah sejak saya mengenali Sarah sekaligus ibunya 3 tahun lalu, saya sudah melihat keperitan dan kepayahan ibunya menanggung sakit itu dan saya rasa saya sendri tidak tertanggung bila melihat dia menderita.”

Sebelum itu, Shuib turut memaklumkan bahawa arwah ibu mertuanya telah mula tidak stabil sejak semalam dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat ibu mertuanya itu.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin. Dan takziah kepada seluruh ahli keluarga Siti Sarah, semoga kalian tabah menghadapi ketentuan Illahi.

siti sarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Dilantik Jadi Duta Pertama Cat Colourland

Melinda Looi Launches Emel By Melinda Looi Charity Raya Collection