in

IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records

Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd kini maju setapak lagi dengan menandatangani kontrak artis baru syarikat rakaman tersebut.Artis baru yang dimaksudkan itu adalah kumpulan iamneeta

Baru-baru ini, Kumpulan iamneeta telah di lamar oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat itu.Kumpulan iamneeta bertuah dapat bernaung bersama-sama artis2 NAR Records Sdn Bhd yang lain seperti Mimie Haris dan Najwa Latif.

Bakat iamneeta juga dikesan melalui laman social youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR.Kumpulan yang dianggotai oleh 3 anak muda ini terdiri dari Neeta selaku vokalis serta anas dan Patrick selaku gitaris .Single pertama kumpulan ini berjudul “Tuhan Tolong Aku” akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kumpulan iamneeta mendapat sambutan baik dari peminat ketika siri jelajah sahabat lalu,meskipun single mereka belum di lancarkan,kumpulan ini telah banyak menerima undangan nyanyian di sekitar kuala lumpur dan di seluruh negara .

Satu kelebihan kumpulan iamneeta ini adalah vokalis utamanya Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa melayu, selain itu juga Neeta juga fasih berbahasa inggeris dan mandarin.Jesteru itu kumpuan iamneeta mempunyai kelainan dari kumpulan-kumpulan yang lain. Kumpulan iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu, ini kerana single pertama mereka “Tuhan Tolong Aku” hasil tulisan gitaris mereka Patrick.

Menurut kumpulan iamaneeta single ini sangat bermakna mereka, selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagu mereka sendiri. Ia juga adalah juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan singlenya sendiri dan telah lama menyokong beliau dalam bidang seni. Single “Tuahn Tolong Aku” akan di jangka keluar pada bulan April 2012.Jesteru itu mereka berharap single ini mendapat sambutan baik pendengar dan stesen-stesen radiom tempatan.

Laman Sosial:
Facebook Fanpages: iamneeta
Twitter : @iamneeta3
youtube : www.youtube.com/iamneeta

NAR Records Sdn Bhd
NAR Records Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat rakaman bumiputra yang telah melahirkan ramai artis seperti Exists,Siti Sarah,Farah Dhiya,Jin Bara,Deja Moss dan ramai lagi.Pada tahun 2010 NAR Records mengorak langkah dengan memcari artis-artis baru untuk bernaung di bawah syarikat ini.Antara muka baru yang telah bernaung di bawah NAR ialah Mimie Haris,Kumpulan FBO dan Najwa Latif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feel Good Run 2012 Batalkan Larian Bersama Haiwan Peliharaan

Gambar Azrel Ismail Menggayakan Pakaian Lords Tailor di ABPBH