in

I Heart You Single Pertama SMASH

Terimalah SMASH, band dari negara seberang,buat julung kalinya di Malaysia ini dengan single sulung mereka, “I Heart You”…

SM*SH atau SMASH merupakan sebuah kumpulan dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April 2010. Nama SMASH merupakan singkatan daripada ‘Seven Men As Seven Heroes’. ‘Heroes’ di sini merupakan pendekatan yang mereka gunakan bagi menyampaikan hasrat mereka yang ingin menginspirasi anak muda untuk berfikiran positif. SMASH adalah sekumpulan anak muda yang ingin berkongsi kegembiraan dan perasaan menerusi muzik dan penampilan mereka.

SMASH terdiri daripada tujuh remaja iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, and Bisma Karisma. Kumpulan ini menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka dari segi tarian, penampilan dan genre muzik iaitu pop-dance. Dengan imej yang juga ala-ala ahli band Korea ini, SMASH tentunya akan mencuri perhatian peminat artis-artis Korea di negara ini!

Penampilan SMASH pada julung kalinya di Malaysia ini mempertaruhkan single mereka yang bertajuk “I Heart You”. Lagu ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D’Looney, dan Hendi ini adalah sebuah lagu rancak bertemakan rasa cinta terhadap seorang gadis remaja. Melalui penyampaian lirik yang ringan dan penggunaan kosa kata yang ringkas, lagu ini mudah difahami dan tentunya senang diterima oleh kebanyakan golongan masyarakat.

SMASH

LIRIK ‘I HEART YOU’ SMASH

Kenapa hatiku cenat cenut tiap ada kamu

Selalu peluhku menetes tiap dekat kamu

Kenapa salah tingkah tiap kau tatap aku

Selalu diriku malu tiap kau puji aku

Kenapa lidahku kelu tiap kau panggil aku

Selalu merindu romaku tiap kau sentuh aku

Kenapa otakku beku tiap memikirkanmu

Selalu tubuhku lunglai tiap kali kau bisikan cinta

(Korus) You know me so well

Girl I need you

Girl I love you

Girl I heart you

I know you so well

Girl I need you

Girl I love you

Girl I heart you

Tahukah kamu saat kita pertama berjumpa

Hatiku berkata padamu ada yang berbeda

Tahukah sejak kita seiring jalan bersama

Tiap jam menit detik ku hanya ingin berdua

Tahukah kamu, ku takkan pernah lupa

Saat kau bilang, punya rasa yang sama

Ku tak menyangka, aku bahagia, ingin kupeluk dunia

Kau izinkan aku tuk dapat rasakan cinta

(Ulang korus)

Tak ada yang bisa, memisahkan kita

Waktu pun takkan tega

Kau dan aku bersama

Selamanya

Bagi yang meminati genre K-pop sebegini, terimalah ‘I Heart You’ daripada SMASH! Abadikan lagu ini sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*227702# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *118*123988# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0129192 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*308304# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi & Marsha Nobat Zarina Juara Idola Buah Hati 2 Fruitale

THE USED, ALL TIME LOW & STORY OF THE YEAR di Rockaway 2011