in ,

HyppTV Lancar Pakej Nilai Terbaharu di Acara Hyypcarnival

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini melancarkan tiga (3) Pakej Nilai terbaharu untuk pelanggan-pelanggannya di acara HyppCarnival yang berlangsung di Paradigm Mall. Tiga pakej nilai tersebut adalah:

• HyppTV Jumbo Pack – pakej terbaharu untuk seisi keluarga yang menampilkan saluran Hiburan, Berita, Kanak-kanak, Sukan dan Gaya Hidup terbaik daripada HyppTV pada harga menarik iaitu RM60 sebulan.

• HyppTV Aneka Pack dan HyppTV Varnam Pack – dua (2) pakej vernakular khusus untuk penonton berbangsa Melayu dan India pada harga terbaik RM30 sebulan. Pakej-pakej ini adalah penambahan kepada pakej sedia ada iaitu Ruby Pack untuk penonton berbangsa Cina.

wah chan

Mengulas mengenai penawaran pek nilai terbaharu daripada HyppTV, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata:

“Sambutan memberangsangkan yang kami terima untuk pakej-pakej sebelum ini adalah bukti bahawa pelanggan-pelanggan kami inginkan pilihan yang ringkas dan berbaloi apabila memilih kandungan hiburan mereka. Dengan Jumbo Pack, kami mempertingkatkan formula tersebut dengan memberi kepada mereka hanya yang terbaik bukan sahaja untuk saluran Hiburan, Berita, Kanak-kanak dan Gaya Hidup, malah juga penawaran kandungan Sukan premium terbaik kami. Semua ini dengan hanya RM60 iaitu penjimatan sebanyak RM270 sebulan. Kini anda bukan sahaja boleh menikmati program-program bertaraf antarabangsa buat pertama kali dan secara eksklusifnya seperti The House of Cards, Extant, Gotham atau Grimm malah juga acara-acara sukan secara langsung seperti Liga Juara-Juara UEFA atau Liga Perdana Inggeris Barclays.”

Aneka Pack membawakan buat peminat hiburan Berbahasa Melayu dengan pelbagai saluran termasuk filem, drama, gaya hidup dan animasi. Dengan pakej ini, peminat boleh menonton drama-drama seperti ‘Permainan Cinta’, ‘BIB’, ‘Cinta Si Egois’, ‘Selipar Jepun dan Stiletto Merah’ dan ‘Tu Dia’. Pakej ini lebih tertumpu kepada saluran-saluran tempatan seperti HyppSensasi, Dunia Sinema, Hypp Variasi, Al Hijrah On Demand, Astro Oasis dan termasuklah Discovery Kids, Sony Max dan Channel M bagi kepelbagaian pakej salurannya.

Untuk Varnam Pack, ini merupakan julung kalinya HyppTV menghimpunkan program hiburan berbahasa Hindi dan Tamil yang berkualiti tinggi, jadi pelanggan-pelanggan kami yang meminati Shah Rukh Khan, Salman Khan dan filem-filem blockbuster Bollywood boleh mendapat manfaat daripada penawaran ini. HyppTV Varnam Pack menawarkan saluran premium India seperti Sony Max, Bindass Play, UTV Bindass, Astro Vanavil, Makkal TV, Jaya Max, UTV Movies dan juga Discovery Kids.

Manakala HyppTV Jumbo Pack menghimpunkan saluran-saluran seperti Warner TV, Universal Channel, Cinema World, RTL CBS Entertainment, BBC Knowledge, CBeebies, Nick Jr, HyppSports, MUTV, Astro SuperSports dan banyak lagi.

“Selain terus memberikan fleksibiliti kepada pelanggan-pelanggan kami untuk membayar hanya untuk saluran-saluran yang ingin mereka tonton menerusi pilihan ala carte, pakej–pakej ini adalah cara terbaik buat mereka yang semakin prihatin dengan kenaikan kos untuk memenuhi keperluan hiburan di kediaman mereka dengan nilai penjimatan terbaik. Dengan Ja-Jumbo Deal oleh TM, pelanggan jalur lebar berkelajuan tinggi boleh menikmati lebih penjimatan dan menaik taraf kelajuan jalur lebar dengan cara mendaftar HyppTV Jumbo Pack. Selain itu, mereka boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka ketika berada di luar rumah menerusi aplikasi HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun daripada AppStore atau PlayStore.”

Bukan itu sahaja. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, TM turut memperkenalkan promosi terbaharunya, iaitu “Ja-Jumbo Deal”. Melalui promosi ini yang berlangsung bermula 15 Januari sehingga 15 April 2015, pelanggan yang mendaftar untuk HyppTV Jumbo Pack yang terbaharu, boleh menikmati naik taraf kelajuan jalur lebar mereka sehingga 20Mbps dengan harga istimewa dan eksklusif! Selain itu, pelanggan baru UniFi dan Streamyx 4 & 8 Mbps juga akan dapat menikmati satu (1) bulan tontonan secara PERCUMA untuk semua saluran premium di HyppTV.

Bagi meraikan pelancaran pakej-pakej terbaru ini, HyppTV bersama rakan kongsi kandungannya menganjurkan HyppCarnival yang penuh aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan Teletubbies, Dora the Explorer dan Diego buat julung kalinya di Malaysia, persembahan daripada penyanyi Indonesia Citra Scholastika, kemunculan para pelakon “Ah Boys to Men” dari Singapura, selebriti-selebriti tempatan seperti Nora Danish, Faizal Hussein, Farahdhiya, Razali Hussain, Shima Anuar, Amaris, Julia Ziegler, Sari Yanti, Shah Iskandar, Ryzal Jaafar, Zalif Sidek, Ika Nabila dan ramai lagi. HyppCarnival dibawakan oleh Huawei dan Pensonic, dan Paradigm Mall sebagai Rakan Lokasi Rasmi dan Star Radio Group yang terdiri daripada Suria FM, Red FM, Capital FM dan 988 FM sebagai Rakan Radio Rasmi.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 124 saluran dengan 44 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 22 saluran percuma, 8 saluran Radio, 16 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 800,000 pelanggan.

Bertepatan dengan janjinya ‘Hidup Lebih Mudah’, pelanggan yang berada di luar rumah akan dapat menonton program-program dan kandungan VOD HyppTV pada peranti pintar mereka melalui aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih ini kini membolehkan pendaftaran dalam aplikasi (in-app registration) melalui nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi bersepadu di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. TM kekal komited dalam transformasinya menjadi pembekal komunikasi generasi baru bagi membawakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, serta merintis kemungkinan menerusi hubungan, komunikasi dan kolaborasi, ke arah wawasan bersama iaitu membawa negara menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta pengekalan operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM merupakan pemenang bagi pelbagai anugerah, dan diiktiraf secara konsisten atas standard Urus Tadbir Korporat dan Tanggungjawab Korporat kami yang tinggi. TM baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Platinum bagi Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan untuk Laporan Tahunan Terbaik di National Annual Corporate Report Awards (NACRA) 2014, serta pada tahun 2103, 2011 dan 2006, selain Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat di Papan Utama di bawah Kategori Dagangan & Perkhidmatan untuk 18 tahun berturut-turut. TM juga telah menerima Anugerah Platinum di NACRA 2014 bagi Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik, serta Anugerah CSR Perdana Menteri bagi Amalan Tempat Kerja Terbaik untuk tahun 2009 dan 2010. TM turut memenangi Anugerah Best Sustainability Report (SRA) di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut di Sustainability Reporting Awards 2013 yang dianjurkan oleh The National Centre for Sustainability Reporting (NCSR) yang berpangkalan di Indonesia. TM telah diiktiraf sebagai Telecom Service Provider of the Year buat kali ketiga di Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards 2014 serta sebagai Best Broadband Service Provider of the Year untuk kali kelapan dan Data Communications Service Provider of the Year untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Di peringkat serantau, TM juga telah menerima anugerah Fixed Broadband Provider of the Year di Frost & Sullivan Asia Pacific ICT Awards 2013 untuk tahun kedua. TM turut menerima anugerah Asia Pacific’s Best Wholesale Ethernet Service Provider untuk dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012 daripada Metro Ethernet Forum atas komitmen Syarikat dalam memenuhi standard Ethernet global. Selain itu, TM turut menerima anugerah Best Broadband Carrier di Telecom Asia Awards 2012.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Mengenai HyppTV

HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, ditawarkan kepada pelanggan melalui pakej Streamyx dan UniFi kediaman, Perkhidmatan UniFi ini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej “triple-play” kediaman tersebut iaitu VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan. Bagi Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan pakej 8Mbps sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan tiga serangkainya pada harga RM160 sebulan termasuk 21 saluran percuma manakala bagi pelanggan-pelanggan 4Mbps, HyppTV ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan pada harga minimum RM30 sebulan yang memerlukan mereka melanggan salah satu daripada pakej saluran HyppTV dan turut didatangkan dengan 22 saluran percuma. Penawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple. Jadi, anda boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan.

HyppTV baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London, pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Anugerah Juara Lagu 29 Trending di Youtube Malaysia

Drama Komedi NAK KAHWIN LAGI Lakonan Norman Hakim