in ,

Hujan Akan Lancar Album Baru Lonely Soldier Boy

Kumpulan Hujan merupakan kumpulan indie yang paling popular di Malaysia buat masa ini. Memulakan perjalanan seni dengan memenuhii undangan-undangan persembahan di gigs yang bertaraf underground di seluruh Malaysia sejak ditubuhkan dalam tahun 2005.

Hujan menganggap nuansa muzik mereka adalah muzik alternatif dan lebih senang menyanyikan lagu-lagu di dalam bahasa Malaysia. Namun, tahun 2008 mula merubah nasib Hujan apabila lagu-lagu yang dihasilkan mereka seperti, “Pagi Yang Gelap” dan “Bila Aku Sudah Tiada” mula mendapat tempat di kalangan peminat-peminat muzik arus perdana dan sering mendapat permintaan yang tinggi di corong-corong radio seluruh negara.

Hujan juga sudah mengorak langkah lebih jauh apabila mendapat peluang membuat persembahan di United Kingdom di atas permintaan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Setakat ini, Hujan merupakan satu-satunya band di Malaysia yang mempunyai 8 single di dalam setahun!

Di samping itu, Hujan telah berjaya mengumpul lebih dari 100,000 pengikut di laman sesawang MySpace, dan persembahan mereka di YouTube telah diluncuri lebih dari 2 juta pengunjung. Hujan juga telah berjaya membawa pulang 2 trofi AIM untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik (“Bila Aku Sudah Tiada”).

Kini selepas 2 EP, 2 album penuh dan sebuah album ‘live’, Hujan kini akan tampil dengan album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy, yang akan diedarkan secara eksklusif oleh Warner Music Malaysia.

Berbanding dengan album sebelum ini, Mencari Konklusi yang mengandungi 7 buah lagu, Lonely Soldier Boy akan menghadiahkan 14 buah lagu kepada semua Raingers yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan yang paling padu buat Hujan; untuk rekod, Raingers merupakan gelaran buat peminat-peminat setia Hujan sejak 2005 lagi. Untuk album ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.

Hujan

Lagu-lagu yang telah mendapat tempat di kalangan raingers termasuklah “Lonely Soldier Boy”, “Kotak Hati”, “Bagaikan Matahari” dan “Di Kala Bulan Bermain Biola”; ironinya, kesemua lagu-lagu ini diperolehi dari demo yang telah dimuatturunkan ke dalam internet.

Namun, Raingers masih berupaya untuk menikmati album istimewa ini, kerana terdapat 10 buah lagu lagi yang masih baru dan belum pernah dimainkan.

Lonely Soldier Boy bakal berada di pasaran pada 25 November 2010. Dalam album ini Hujan menpertaruhkan single pertama mereka iaitu Muda. Muda sudah berada dipasaran bagi mereka yang ingin muat turun di Maxis Dial *131*191871# dan hantar, bagi penguna Celcom boleh mengdialnya di *118*97434# dan hantar, pengguna Digi tiapkan CT 0095882 hantarkan ke 2000 dan bagi pengguna U mobile pula boleh mendownloadnya dengan mendial *118*5*2*249558# dan hantar.

Hujan akan bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk melancarkan Lonely Soldier Boy pada 25hb November 2010 di Berjaya Times Square pada 5.30 petang dan juga Hujan akan mengadakan persembahan secara ‘LIVE’ buat julung julung kalinya beberapa buah lagu yang dipetik dari album Lonely Soldier Boy ekslusif untuj para media dan peminat.

Sempena pelancaran Lonely Soldier Boy di Berjaya Times, bagi raingers yang ingin mendapat pass ekslusif untuk showcase Hujan, mereka boleh mendengar Era.fm, X.FM, MTV dan Astro Hit.tv untuk mendapat ekslusif rock zone pass.

Dan juga sesiapa yang inginkan pass ekslusif Rock Zone selain mendapatkannya di Era.fm, X.FM, dan Astro Hitz.TV, mereka juga boleh mendapat pass itu dengan membeli album Lonely Soldier Boy pada acara itu 25 November 2010.

Lonely Soldier Boy, terbaru dari Hujan, edaran eksklusif oleh Warner Music Malaysia.

Hujan

Hujan

Hujan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti

AirAsia FREE SEATS