in

Hujah TV9 Bincang Krisis di Perak

BENARKAH ADA KRISIS DI PERAK? 

Rancangan terbitan TV9, Hujah sentiasa membawa perkembangan terkini politik, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang sentiasa dekat di hati penonton terutamanya rakyat Malaysia. Tidak seperti program bual bicara lain, Hujah menggunakan pendekatan yang serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi maklumat dari pelbagai perspektif mengenai subjek yang dibincangkan di hadapan penonton.

Rancangan yang disiarkan setiap hari Selasa jam 9.30 malam ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri, baik dari kalangan belia, dewasa dan pelbagai lapisan masyarakat.

Terbaru, Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam bagi mendengar kupasan tiga pengamal undang-undang dan ahli akademik berpengalaman mengenai isu yang timbul di Negeri Perak yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Mereka adalah Datuk Mohd Shafee Abdullah yang merupakan Peguambela Kanan, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan merupakan Presiden baru Majlis Peguam Malaysia bagi sesi 2009/2010. Panel seterusnya ialah Professor Dr. Shad Saleem Faruqi iaitu Professor Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA.

Menarik tentang Hujah pada minggu ini ialah kerana penonton berpeluang untuk melihat ahli panel menyentuh tentang perlembagaan Negeri Perak yang seakan tercabar dek kerana perilaku sesetengah pihak. Krisis Di Perak?…. itulah tajuk yang dibawakan oleh Hujah pada malam esok. Benarkah ada krisis? Adakah jalan penyelesaian bagi isu di Perak ini? Hujah memberi peluang kepada penonton untuk melihat masalah ini dari sudut dan perspektif yang sewajarnya. Kupasan dari ahli-ahli panel diharap dapat memberi penjelasan dan kefahaman kepada rakyat Malaysia mengenai isu ini.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini amat menarik perhatian penonton.  Kerana itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah. Tambahan, pendekatan yang digunakan oleh Dr. Agus kepada ahli panel berupaya menjawab segala persoalan yang mungkin bermain di minda penonton.

Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 31 March, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam oleh TV9, stesen Dekat di Hati serta padat berinformasi.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Intan Ladyana dan Kevin Zahri Berpisah?

Gambar Wedding Pelakon Yatt dan Abdul Mutalib