Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Hugh Jackman Promosi X-Men Origins: Wolverine di Australia



Baru-baru ini, telah diadakan Media Launch filem X-Men Origins: Wolverine di Pulau Cockatoo, Australia.

Antara gimiknya, bintang Hollywood Hugh Jackman muncul dengan hebatnya apabila dia berdiri di sisi helikopter sambil melambai ke arah peminat-peminatnya sebelum mendarat di atas curam di Pulau Cockatoo, Australia bagi mempromosikan filem terbaru “X-Men Origins: Wolverine.”

Kemunculannya itu dilengkapi dengan menaiki flying fox menuju ke pentas mini bagi menyambut peminatnya yang begitu teruja melihat Jackman.

Pelakon utama “X-Men Origins: Wolverine” ini merupakan seorang yang periang, spontan dan juga lucu kerana dia kerap kali turun dari pentas ketika sesi soal jawab semata-mata untuk memeluk dan bergambar dengan orang ramai.

 

Filem Belum Sudah Tapi Dah Bocor di Internet?

Salah satu topik yang hangat diperkatakan ketika sesi soal jawab adalah tentang filem terbaru ini yang telah ‘bocor’ di Internet. Pelakon yang berasal dari Australia ini memberitahu perkara ini adalah sangat menyedihkan dan mengecewakan kepada semua yang terlibat dalam produksi filem ini.

Hugh Jackman yang begitu bersemangat menceritakan diet yang diamalkannya ketika penggambaran.
Dia juga memberitahu kes tersebut adalah sangat serius dan pihak Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang menyiasat supaya individu yang bertanggungjawab menyebarkan filem itu akan diheret ke muka pengadilan. Filem “X-Men Origin: Wolverine” adalah salah satu filem yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai tahun ini.

Jika dilihat penampilan Jackman ketika sesi promosi filem, ramai yang percaya apabila Jackman memberitahu bahawa dia melakukan hampir kesemua lagak ngeri ketika sesi penggambaran filem ini yang mengambil masa enam bulan itu dijalankan. Jackman juga memberitahu bahawa pelagak ngeri sentiasa ada ketika penggambaran tetapi aksi yang dilakukannya itu tidaklah merbahaya seperti yang ditonton dalam filem kerana kebanyakan aksi itu dilakukan di skrin hijau. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • X-MEN ORIGINS: WOLVERINE
  • Peraduan Jom Menonton Filem X-Men Origins: Wolverine
  • Review X-Men Origins: Wolverine
  • LIST OF HOLLYWOOD’S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008
  • Filem Swordfish Lakonan Hugh Jackman, John Travolta di 8TV
  • Promosi AirAsia X Blast Off 2012
  • Ulasan Filem Real Steel
  • Brad Meltzers Decoded New Series
  • The Oprah Winfrey Show
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK