in

Yang Korang Patut Tahu Tentang Hotlink Postpaid Flex

Hotlink Postpaid Flex, pelan pertama seumpamanya yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar!

• Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30 – ditawarkan dengan data, panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian

• Fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf pelan Internet anda pada bila-bila masa sahaja, bergantung pada penggunaan anda

• Nikmati aplikasi sosial, chat dan muzik tanpa had

• Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1

Maxis

Berikutan pelancaran Hotlink RED bulan lalu, Hotlink sekali lagi merevolusikan industri telekomunikasi dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex. Pelan pascabayar pertama seumpamanya di pasaran, Hotlink Postpaid Flex menawarkan pelanggan yang terbaik dari kedua-dua prabayar dan pascabayar dalam satu pelan, dan memberikan pelanggan kawalan dan kemudahan untuk mengalami Internet dengan cara mereka tersendiri.

Bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet mereka berdasarkan apa yang mereka mahu. Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

“Ia amat penting bagi kami untuk memberi pelanggan kebebasan untuk mengalami Internet mengikut cara mereka sendiri. Dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex, kami kini telah berubah dari sebuah jenama yang berfokuskan produk kepada berfokuskan pelanggan dengan memperkenalkan Dunia Hotlink yang baharu, dimana kami memberi kuasa kepada pelanggan untuk menikmati Internet secara fleksibel, tanpa sebarang batasan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Dengan Hotlink Postpaid Flex, and boleh menikmati:

• Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30
• Kebebasan untuk membina pelan Internet anda sendiri berdasarkan penggunaan anda
• Panggilan & SMS tanpa had dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1 GB
• Pilihan mana-mana aplikasi tanpa had – aplikasi sosial, chat dan muzik – serendah RM5
• Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid Flex, lawati www.hotlink.com.my/ms/plans/hotlink-pascabayar.html

BUTIR-BUTIR MENGENAI HOTLINK POSTPAID FLEX

  1. Adakah Hotlink Postpaid Flex sebuah produk prabayar atau pascabayar?

Ia adalah pelan pascabayar pertama seumpamanya dengan semua ciri yang anda dapat dalam pelan prabayar.

 

  1. Dengan memperkenalkan pelan baru ini, terdapat berapa pelan Hotlink di pasaran?

Hotlink kini mempunyai satu pelan prabayar iaitu Hotlink RED dan satu pelan pascabayar iaitu Hotlink Postpaid Flex.

 

  1. Bagaimanakah Hotlink Postpaid Flex berbeza dengan Hotlink RED yang baharu sahaja dilancarkan?

 

Kedua-dua pelan ini memberi anda Internet tanpa henti, serta aplikasi yang anda suka. Hotlink RED adalah untuk pengguna prabayar, dan Hotlink Postpaid Flex pula adalah untuk pelanggan pascabayar, tetapi kedua-duanya membantu anda memulakan pengalaman Internet anda.

Hotlink Postpaid Flex adalah sebuah pelan pascabayar pertama seumpamanya. Ia adalah pelan pascabayar yang berharga paling berpatutan dalam pasaran sekarang yang membolehkan pelanggan mencipta pelan mereka sendiri berdasarkan pelbagai pas Internet menarik dan aplikasi tanpa had.

Hotlink RED adalah pelan prabayar terkini kami. Ia memberi Facebook PERCUMA sebanyak 10GB setiap bulan selagi anda kekal aktif. Anda juga boleh menikmati akses Internet berkelajuan tinggi tanpa henti ke semua aplikasi kegemaran anda tanpa sebarang batasan waktu, hari dan data.

  1. Berapa banyak kuota data yang akan diberi kepada pelanggan dengan pelan ini?

Untuk RM30 sebulan, pelanggan akan mendapat panggilan & SMS tanpa had dan data sebanyak 1GB data, dengan pilihan untuk menyesuaikan keperluan Internet mereka sendiri dengan aplikasi sosial/muzik/chat tanpa had. Dan mereka juga dapat menikmati semua ini di rangkaian 4G No. 1 di Malaysia

  1. Adakah Hotlink Postpaid Flex tersedia di seluruh negara?

Ya, Hotlink Postpaid Flex boleh didapati di peniaga Hotlink terpilih atau semua kedai Maxis di seluruh negara. Anda juga boleh mendaftar melalui laman web kami di www.hotlink.com.my/postpaid

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Panggung Suara Pitahati