in ,

Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis

MAXIS MELANCARKAN HOTLINK ‘BAGUS’ – PELAN PRABAYAR SEMUA-DALAM-SATU DENGAN KADAR TERENDAH

• Hanya dengan harga RM5, Hotlink BAGUS adalah satu-satunya pelan semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan

Bagus

• Dengan memiliki asas pelanggan yang terbesar sebanyak 14 juta, Maxis menangani pelbagai keperluan pelangggan yang semakin berubah sementara menyediakan pengalaman tambah nilai yang terbaik melalui pelan-pelan inovatif untuk pengguna telefon mudah alih di Malaysia

• Maxis menyediakan pelanggannya perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah

• Maxis benar-benar memberikan penawaran bersepadu dengan menawarkan para pelanggan satu penyelesaian semua-dalam-satu yang mudah untuk semua bentuk keperluan komunikasi mudah alih

Hotlink, perkhidmatan prabayar No.1 Malaysia dari Maxis Berhad (“Maxis”), pada hari ini melancarkan Hotlink BAGUS, pelan prabayar inovatif semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan – pada harga RM5 sahaja. Dengan komitmen tambahan sebanyak RM5 (Bagus 5), pelanggan akan menikmati kadar yang lebih rendah, serta data percuma sebanyak 10MB. Majlis pelancaran, yang telah mengambil tempat di hadapan lebih 700 peniaga Hotlink dan Maxis dari seluruh Malaysia dan media, diadakan secara serentak di seluruh negara di 16 bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak – Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Alor Setar, Melaka, Seremban, Kuantan, Kuala Terengganu, Sandakan, Tawau, Miri, Sibu dan Bintulu.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan Hotlink BAGUS yang akan memberi para pelanggan pengalaman mudah alih yang terbaik dengan kadar yang terbaik, dan menawarkan mereka penyelesaian untuk keperluan pelangggan yang semakin berubah, sama ada mereka di rumah, kerja atau di mana sahaja. Memberikan mereka nilai yang berterusan merupakan lambang kepimpinan kami,“ kata Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad.

“Kami juga sentiasa percaya bahawa kami tidak hanya mempunyai 14 juta langganan pelanggan, tetapi juga melihatnya sebagai jalinan hubungan sebanyak jumlah tersebut. Pelanggan hidup dalam dunia yang mencabar dan sentiasa berubah, dan ia merupakan peranan kami untuk menyediakan mereka perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan diperkayakan. Baru-baru ini, kami melancarkan kadar IDD yang menarik dan sekarang dengan Hotlink BAGUS, para pelanggan boleh menikmati pelbagai produk-produk yang menarik dari Maxis pada tahun ini,“ Sandip berkata.

Sementara itu, Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Hotlink BAGUS adalah produk yang sangat unik yang menawarkan LIMA NILAI PENAWARAN BERSEPADU – PANGGILAN, SMS, INTERNET, IDD DAN PERANTAUAN – semuanya dalam satu pek pada KADAR TERENDAH, kadar paling terendah yang pernah Maxis tawarkan kepada pelanggannya. Ini akan mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan para pelanggan kami, terutAmanya dari segi kemudahan dan penjimatan yang besar.

“Tema ‘Kini Anda Boleh’ telah menjadi tonggak intipati jenama Hotlink – memperkasakan pelanggan kami dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu, dan ini telah terbukti daripada pelbagai kempen yang lepas dan produk seperti konsert pertama yang dikuasakan oleh khayalak ramai bersama dengan Yuna, ‘Football Hot Tickets’, Bonanza Mania, Pas Facebook dan Hot IDD132. Hari ini, BAGUS tetap setia kepada falsafah ini dengan memperkenalkan produk yang senang, mudah, murah dan sudah tentu memperkasakan pelanggan,” katanya.

Bagus

Pelanggan prabayar Maxis yang sedia ada dan yang baru boleh mendapat manfaat dari Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh berhijrah ke Pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# pada telefon mudah alih mereka dan membayar yuran penghijrahan sebanyak RM1 sahaja untuk mengalami kadar yang rendah yang ditawarkan oleh BAGUS. Untuk pelanggan baru, mereka hanya perlu membeli pek permulaan RM5 ‘BAGUS’. LIMA nilai penawaran BAGUS:

1. Panggilan
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua panggilan ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek BAGUS mereka. Dengan BAGUS 5, kadar terendah sebanyak 12 sen/min akan diberi, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 70%.

2. SMS
Di bawah pelan Hotlink BAGUS, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga 50% untuk semua SMS ke nombor Hotlink dan Maxis, dengan hanya mengekalkan baki RM10 dalam pek bagus mereka. Dengan BAGUS 5, pelanggan akan menikmati hanya 1 sen/SMS, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga 90%.
3. Internet
Pelan Hotlink BAGUS menawarkan pelanggan pas-pas bersaiz kecil pada kadar yang berpatutan. Pelan ini pada dasarnya membenarkan kelonggaran dalam menguruskan keperluan pelayaran internet para pelanggan. Di bawah kategori ini, BAGUS menawarkan Pas Internet Mudah Alih 1-hari yang terendah sebanyak RM2 untuk 100MB, atau Pas Internet Mudah Alih 1-minggu sebanyak RM8 untuk 100MB (bersamaan 200 laman web atau 50 e-mel atau 10 video).
4. IDD
Pada Disember 2011, Maxis melancarkan IDD132 ke 10 negara (Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, Cina, India, Myanmar, Kemboja, Pakistan, Vietnam) dan sejak itu, terdapat lonjakan dalam minit penggunaan (minutes of use – MOU) kepada negara-negara ini, terutamanya Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan India. Dengan permintaan yang sedemikian, pada Februari 2012, Hot IDD132 telah dilanjutkan kepada 50 buah negara. Pada hari ini, IDD di bawah pelan BAGUS menawarkan kadar panggilan terendah (blok pembayaran untuk setiap 30 saat) dan penjimatan sehingga 70% kepada seluruh dunia (233 negara), sepanjang hari, tujuh hari seminggu, dan kadar yang lebih rendah bagi negara-negara asing yang terpilih termasuk Nepal, Cina, India, Myanmar dan Pakistan.

5. Perantauan
Dengan pek Hotlink BAGUS, pelanggan boleh menikmati kadar Perantauan Data Prabayar yang terendah sebanyak RM5/MB (penjimatan sehingga 50%) ke 10 negara (semua pengendali) untuk keperluan pelayaran antarabangsa. 10 negara tersebut termasuk Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Sebuah kempen media yang komprehensif sedang dijalankan bersempena dengan pelancaran BAGUS, termasuk iklan akhbar, papan iklan, kenderaan dan kedai bertemakan ‘BAGUS’, bahan-bahan promosi, serta kehadiran di Facebook dan Twitter.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan prabayar baru dan pek permulaan BAGUS, sila lawati peniaga Hotlink anda yang berdekatan atau layari www.nowyoucan.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral

Showcase SMASH di Plaza Sungei Wang