in

Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-Was

Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-was
oleh Shah Shamshiri

Seringkali para pengunjung Muslim berkunjung ke luar negara, ramai juga yang kurang pasti dalam mencari tempat penginapan yang sesuai. Apalagi buat mereka yang pentingkan soal hukum syarak. Kadangkala timbul rasa ragu-ragu dalam pemilihan lokasi yang menitikberatkan soal halal dan haram.

Berlandaskan kata-kata ‘For Anyone Who Desires Moslem Atmosphere’ yang bermaksud ‘Buat Sesiapa Yang Inginkan Persekitaran Muslim’, Hotel Lingga di Bandung, Indonesia pasti menepati citarasa tersebut. Terletak di Jalan Soekarno Hatta, hotel yang berteraskan konsep keislaman ini menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar harga yang sangat berpatutan tanpa meminggirkan nilai-nilai keislamannya.

2. Sweet Rose Room for 2 pax - IDR 459.000 nett

Sweet Rose Room for 2 pax – IDR 459.000 nett

Hotel unik ini tidak menjual sebarang minuman beralkohol dan tidak mempunyai kelab malam atau pusat disko. Walau bagaimanapun, tidak bermakna hotel ini tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan lain. Ia juga mempunyai perkhidmatan gimnasium, dewan-dewan acara, salon Muslimah (khas buat wanita), wi-fi percuma dan banyak lagi! Hotel ini juga tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk menginap di dalam bilik yang sama.

Buat yang ingin menunaikan Solat Jumaat juga, anda tidak perlu risau kerana pada setiap hari Jumaat dewan utamanya dibuka dan dijadikan ruang bersembahyang buat umat Islam yang bekerja di sekitar kawasan hotel tersebut. Ini juga memudahkan para tetamu hotel yang beragama Islam kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari masjid pada setiap hari Jumaat.

Konsep keislaman unik ini telah membuka ruang untuk satu kumpulan pasaran yang baru, iaitu mereka yang mungkin lebih selesa dengan persekitaran ‘Islamik’. Hotel ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik pelbagai saiz sesuai untuk mereka yang datang berkunjung sendirian atau dengan keluarga dan rakan-rakan. Senireka dalaman hotel ini juga indah dihias dengan gaya tersendiri. Seperti mana-mana hotel lain, setiap bilik dilengkapi dengan televisyen yang mempunyai saluran TV satelit, di samping alat penghawa dingin dan bilik mandi yang lengkap.

Lingga Hotel - Large Parking Area

Biarpun hotel ini tidak menjual minuman beralkohol dan tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim untuk tinggal di bilik yang sama, namun perkhidmatan mereka disambut baik oleh ramai warga asing yang berkunjung ke Bandung. Dan ramai di kalangan mereka bukan beragama Islam. Mereka sudah menerima kunjungan daripada pelancong luar negara dari China, Korea, Perancis, Australia, Amerika dan banyak lagi.

Harus juga ditekankan bahawa pengusaha hotel Lingga tidak mahu orang awam beranggapan bahawa hotel ini sebuah hotel yang anti-warga bukan Islam. Mereka hanya mengamalkan konsep Islam tetapi kami sama sekali tidak menghalang orang bukan Islam untuk berkunjung. Yang penting, kesemua tetamu hotel mesti menghormati prinsip mereka iaitu tidak membawa masuk minuman beralkohol dan barangan makanan yang haram, tidak berjudi, serta tidak membawa pasangan yang bukan muhrim ke dalam bilik.

Hotel yang terletak di lapangan yang sangat luas ini boleh ditujui dengan menaiki pengangkutan awam dari pusat kota Bandung. Tergantung kepada keadaan lalulintas, secara amnya masa yang diambil untuk ke hotel ini daripada pusat kota adalah sekitar 15 sehingga 20 minit sahaja dengan menaiki teksi.

Bagi mereka yang berminat untuk menginap di Hotel Lingga kala berada di Bandung, bolehlah melayari laman sesawang mereka di www.linggahotel.co.id atau menghubungi mereka secara terus di nombor telefon +62 22 756 2980 / 81 atau e-mel [email protected]

Children Play Area at Lobby

CoffeeShop - 24 hours - Indonesian, Chinesse, European Menu - Free Wi Fi

Fitness Centre - Hotel Facility

IMG_9571

Mushola

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mari Menari Musim Kedua

Kung Fu Panda 2 The Highest Grossing Animation In Malaysia