in

Ho Chak! Season 10

Ho Chak! Season 10
TX DATE: 4 JANUARY 2009 (SUNDAY)
TIME: 6.30 PM – 7.00PM

Ho Chak! Kini kembali dengan pengacara baru dan sajian makanan yang pastinya menyelerakan… Kepada semua peminat rancangan Ho Chak!, anda pastinya gembira kerana program kegemaran anda kini kembali dengan musim terbaru! Dengan gandingan dua pengacara baru, Ho Chak! akan membawa anda mencari tempat-tempat makanan yang bukan sahaja lazat malah turut menawarkan harga yang cukup berpatutan.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama. Kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak dan krew penerbitan Ho Chak! kali ini akan mengembara bersama anda mencari gerai-gerai makanan yang lazat dan popular di seluruh Malaysia.” jelas Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Program Ho Chak! yang mendapat sambutan hangat kini masuk ke musim yang ke-10. Kami menyedari yang rakyat Malaysia begitu gemarkan program sebegini dan sebagai menghargai sokongan peminat, kami telah menyediakan sesuatu yang cukup istimewa dan pastinya lebih hebat dari program yang sebelum ini,” tambah Kim lagi.

Bagi musim ke-10 ini, “Ho Chak” yang bermaksud lazat dalam bahasa Hokkien menampilkan Orange dan Chris sebagai pengacara baru program ini. Mereka akan membawa semua penonton ke lokasi-lokasi yang menarik yang menyajikan hidangan yang cukup menyelerakan.

Tidak hanya tertumpu kepada makanan Cina, Ho Chak! turut menyajikan makanan-makanan Barat, Melayu, Nyonya, India dan banyak lagi! Tidak hanya menyiarkan tempat makanan yang lazat, mereka juga akan membawa anda menyelami resepi hebat disamping membuat perbandingan harga supaya anda dapat menikmati makanan yang lazat dengan bajet yang terhad.

Jangan lupa menyaksikan Orange dan Chris menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mencari tempat-tempat makan yang menarik. Saksikan Ho Chak! pada setiap hari Ahad jam 6.30 petang eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV pada saluran 708 di Astro anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajib Tonton! UNVEIL THE TRUTH Bersama Desmond di 8TV Cukup Menarik

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Album Lentera Timur