Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Hikayat Dongeng ‘Snow White’ Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen



Hikayat dongeng ’Snow White’ yang begitu sinonim dengan cermin ajaib dan 7 orang kerdil, kini akan menemui penonton dengan olahan versi moden berjudul ’Puteri Salju’. Puteri Salju akan ke udara melalui slot Lagenda mulai 17 November 2008, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di TV3. Slot Lagenda yang mula diperkenalkan tahun ini, semakin menarik minat khalayak apabila berjaya mencapai sehingga 1.6 juta kadar penonton.

Puteri Salju merupakan hasil arahan dari sutradara Hitler Zami dan diterbitkan oleh Orangetree Communications Sdn Bhd. Manakala Mufid Suhaimi Bahaudin bertindak sebagai penulis skrip drama bersiri sebanyak 20 episod ini. Puteri Salju membariskan pelakon-pelakon seperti Puteri Fateen, Fizzow Omar, Sabrina Ali, Sharifah Shahira, Heryanto Hassan, Abby Nadzri, Rosnah Mat Aris, Jehan Miskin dan penampilan istimewa 7 orang kerdil.

”Selain pengajaran daripada garapan watak ibu tiri yang berdendam dan busuk hati, drama ini turut memberikan pedoman untuk dijadikan teladan menerusi watak dan perwatakan yang dibawa oleh setiap pelakon. Puteri Salju juga membawakan mesej mengenai setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan begitu juga sebaliknya dan menyedarkan mereka yang tidak sempurna seharusnya tidak merasa rendah diri kerana mereka juga dianugerahi dengan pelbagai keistimewaan yang lain,” ujar Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar.

Puteri Salju menceritakan tentang Zarina yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki cinta Mohamad. Perkhabaran mengenai Juriah (isteri Mohamad) yang sudah berbadan dua membuatkan dendam Zarina semakin kuat. Lantas, dia menggunakan khidmat bomoh Kelly cantik untuk menggugurkan kandungan Juriah. Ternyata, usahanya itu membuahkan hasil apabila Juriah yang terpedaya dengan ubat yang diberikan oleh Kelly Cantik meninggal dunia namun bayinya yang putih gebu berjaya diselamatkan dan diberikan nama Puteri Nor Puteh.

Setelah pelbagai cara, Mohamad akhirnya terpaksa akur dengan kehendak naluri lelakinya dengan menikahi Zarina.Tahun silih berganti, Puteri Nor Puteh telah meningkat remaja dan kecantikan yang dimilikinya membangkitkan perasaan iri hati terhadap Zarina.

Dia tekad untuk menghapuskan Puteri yang dirasakan penghalang hubungannya dengan Mohamad. Dia mengupah orang untuk membunuh Puteri. Namun, Puteri terselamat dan terpaksa mencari pelindungan di dalam hutan. Ketika inilah Puteri ditemui oleh tujuh orang kerdil dan dijaga dengan baik sebelum musibah lain pula menimpanya.

Pastikan temujanji anda dengan Puteri Salju setiap hari Isnin-Khamis, jam 4.30 petang dan di TV9 jam, 8.30 malam.

Fizow dan Puteri Fateen

Comelnyaa Fateen

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Lily Collins as Fairy Tale Princess in SNOW WHITE
  • Filem Animasi The Enchanted di TV2
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan Datuk Roslan Hashim Bercerai
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Ulasan Filem The Enchanted: Pertembungan Dunia Fantasi & Realiti



    • vip2ve

      best gak citer ni.. geram jer tengok si Zarina tu

    • Belle

      Aku tengok muke Fizow nie macam muke pelakon baru Remy Ishak la..

    • mieya

      erm…citer nie best…tpi x suke tgk zarina…gedik semacam jer….
      alamak terlebih suda!!!

    • http://XXXXXXXXXXX Mr.XXXXXXXXXXX

      kn Smow Whitex Mati…………
      truzzzzzzzzzz hdup lg gra” di CIPOK sama PaNgeRan………
      Kq g’ lgsung di ONYEN ato di SENOK wae…………?
      Kan Enak………
      FREE SEX GiT Lho…….

    • fairuz

      cite d0ngeng ni besssssstttttttt gileeeeee…
      ZariNa 2 gediiiiiiiikkkkkkkkkkkk sngat………
      Fiz0w 2 hemsem jga no….Fiz0w ngan puteri fateen 2 sec0c0k la…

    • mr. rock

      cun giler puteri fateen 2. sesuai jadi awek aku. hehehe

    • era

      Best…Mmg best….Sabrina Ali pandai berlakon jadi jahat…hebat…Yup…Puteri Fateen pon x kurang hebatnye jadi puteri salju…..

    • fida

      best gilerrrrrrr citer nie.syabas sabrina ali dgn lakon awak buat menjadi jahat dan gedikkkkkkk.puteri fateen pun sameeee.ape yang penting semua yang berlakon dlm citer puteri salju memang hebat……..

    • nur aina

      cerita nie memang best giler ar. terutamanya watak sabrina ali berlakon pada episod ahir ….seram giler woo.pandai awk berlakon yea sabrina.pada putri lak..syabas diucapkan krana berjaya melakonkan watak yang hebat….heronya boleh dikatakan oklah …apa yang penting buatlah kerjayang d’redhai oleh allah..ahir skali saya inginm’ucapkan taniah kpada pnerbit krana tlah m’nerbitkan cerita yang hebat..terima kash

    • my lucky star

      mmg menjadi la watak sabrina ali. gedik jadi jahat pun jadi. gila lagi la jadi. lagu dia pun kena tang cite dia. best la lgu dia. hero dia pun ensem. pipi seketul geram nye…. nak cubit bagi merah

    • aDeq

      best sgt crita nie…suka sangat tengok putri n fizzow…bestla…

    • cute gurlzz

      Best lew citer nie……….

    • http://ym princesstaurus87

      sesuweiiii bangat…

    • hacker

      skue.. tngok drame ney..
      comel…
      bnyak imbas kmbali lah..
      cete ney..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK