in

Hi-5 House Party Live In Malaysia

Buat pertama kalinya Hi-5 akan berada betul-betul di hadapan anda dalam jarak yang sangat dekat apabila mereka bakal membuat persembahan di Rumah, Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac), Sentul Timur bermula 28 Disember ini selama dua hari. Acara penuh meriah itu hanya akan dihadiri kira-kira 650 peserta untuk satu pertunjukan dan jumlah itu sengaja dihadkan bagi membolehkan kanak-kanak yang hadir dapat beramah mesra dengan mereka dengan lebih intim. Bukan itu saja, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan kumpulan ini dari jarak dekat iaitu di hadapan pentas, sama seperti menontonnya di kaca TV dengan membeli tiket The Mosh Pit.

Hi-5 House Party Keyart

Persembahan mereka itu akan diadakan sebanyak tiga kali sehari iaitu pada jam 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang. Tiket dikategorikan kepada RM100 (tempat duduk bernombor), RM183 (tempat duduk bernombor) dan RM253 (tempat duduk/berdiri bebas – Mosh Pit ).

Acara ini dianjurkan oleh Hi-5 Operations Pte. Ltd dan diuruskan oleh The WonderLand+. Untuk persembahan kali ini, anggota senior Stevie, Lauren dan Dayen akan memperkenalkan ahli baru Ainsley dan Mary kepada penonton yang hadir ke pesta tarian ekstravaganza itu manakala rakan kegemaran Hi-5, DJ Chats akan memutarkan cakera padat dan membiarkan penonton bergoyang di lantai tari.

[pullquote]Hi-5 House Party Live In Malaysia pada 28 hingga 29 Disember 2013, di KLPAC, Kuala Lumpur[/pullquote]

Semua orang suka berparti dan bersiap sedialah untuk menekan loceng rumah baru Hi-5 dan sebaik saja melangkah masuk ke rumah yang penuh keriangan itu, mereka akan membawa anda ke tempat yang paling menyeronokkan iaitu Hi-5 House Party yang hebat.

The “Hi-5 House Party” ini terletak di belakang rumah di mana tarian, permainan dan lagu rancak tanpa henti diputarkan sekali gus mengajak kita menari keseronokan. Pastikan anda semua mencuba permainan yang disediakan parti berkenaan dengan sentuhan Hi-5 seperti permainan sorok dan cari, kata Chats, patung muzik, mari meneka dan pertandingan limbo.

Untuk acara itu, Kumpulan Hi-5 ini akan menyampaikan lagu kegemaran peminatnya seperti L.O.V.E, Ready or Not dan Wish Upon A Star dan peminat juga bertuah apabila bakal diperdengarkan dengan lagu terbaru mereka yang dipetik dari program TV mereka “Hi-5 House” iaitu Dance with the Dinasours dan Come On In.

Justeru dapatkan segera kasut tari anda dan sertai acara keramaian terhebat ini. Tiket boleh didapati dari TicketPro di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03 7880 7999 atau KLPAC di 03 4047 9000. Untuk maklumat lanjut berkenaan acara itu, anda boleh juga melayari laman web www.facebook.com/thewonderlandplus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Mengejar Neraka Lakonan Pekin Ibrahim

AXN Disember Highlights Thrillax