in ,

Hebat! Henry Golding Anak Malaysia Pertama Tebus Ellen Show

THE Ellen DeGeneres Show bukanlah satu program bual bicara yang biasa kerana ia sangat popular bukan sahaja di Amerika Syarikat (AS) malah boleh dikatakan dikenali di Asia dan serata dunia.

Henry Golding

Satu kebanggaan buat kita apabila pelakon dan pengacara Henry Golding, merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya membuat kemuculan dalam rancangan berkenaan!

Henry telah dijemput oleh Ellen DeGeneres selaku pengacara program berkenaan bagi mempromosikan filem pertamanya yang berjudul Crazy Rich Asians.

Selain Henry, heroin filem berkenaan iaitu Constance Wu turut bersama-samanya dalam program rakaman itu.

Henry Golding

“Ini adalah program temu bual saya yang pertama dan ia pengalaman ‘gila’.

“Ini adalah filem pertama saya kerana latar belakang saya lebih kepada bidang penyiaran seperti melakukan program jelajah untuk BBC dan Discovery Channel,” katanya.

Membawa nama Malaysia, Henry memperkenal dirinya dari suku kaum Iban dan berasal dari negara ini serta mempunyai darah kacukan British, dengan penuh rasa bangga.

Henry Golding

“Saya orang Iban… Saya separuh Malaysia dan British. Ibu saya dari Sarawak,” ujarnya dnegan penuh yakin.

Bagi mengenali dirinya dengan lebih lanjut, Ellen telah menunjukkan beberapa keping gambar Henry untuk dipertontonkan kepada penonton di studio yang diambil daripada laman Instagram miliknya.

Seperti kebiasaan, seseorang itu pasti akan menjerit secara spontan jika melihat individu yang kacak mengambil gambar tanpa berbaju.

Henry Golding

Itulah reaksi yang diterima oleh Henry apabila penonton di studio bersorak apabila melihat foto dirinya yang tidak berbaju serta menampakkan susuk tubuhnya yang berotot itu.

“Dia seorang yang sangat natural dan anda akan jatuh cinta dengannya selepas dua saat anda menontonnya dalam filem itu nanti,” kata Constance selaku heroin di dalam filem itu.

Filem berkenaan merupakan dibawah arahan Jon M Chu dan bakal menemui penonton pada 17 Ogos hadapan.

Henry Golding

Siapa sangka, bakat yang dimiliki Henry kini telah dilihat oleh pengarah dari Hollywood iaitu Hong Khaou yang memberi tawaran kepadanya untuk berlakon di dalam filem berjudul Monsoon.

Selain itu, filem kedua jejaka berusia 31 tahun itu yang berjudul A Simple Favor, di bawah arahan Paul Feig turut akan menemui penonton pada 14 September hadapan dan akan memperlihatkan jejaka kacak itu bergandingan dengan aktres terkenal iaitu Anna Kendrick dan Blake Lively.

Sebelum ini, Henry telah mencipta karier seninya bermula sebagai seorang pengacara menerusi beberapa program antaranya ialah 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel Asia).

Henry Golding

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Song Ji-hyo Jadi Penerbit Filem Dalam EX-GIRLFRIEND CLUB

NETFLIX Debuts Main Trailer And New Key Art For Busted!