in

Heliza Helmi Pengacara Program Rasa Halal Antarabangsa

Heliza Helmi telah dilantik sebagai Pengacara Program Rasa Halal Antarabangsa. Seronok betul jalan-jalan cari makan. Walaupun tak banyak publisiti dari pihak media, Heliza Helmi masih terus sukses dalam bidang dunia pengacaraan.

Program Rasa Halal kini kembali untuk musim terbaru yang mana kali ini akan menjelajah ke serata Turkey, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea untuk menyelongkar keindahan dan keunikan budaya masyarakat Muslim dan gaya hidup seharian mereka sebagai satu komuniti yang tinggal di negara Islam dan bukan Islam.

Setelah bersiaran selama enam musim, kali ini program Rasa Halal Antarabangsa bakal menampilkan pengacara baru iaitu Heliza Helmi yang bakal mengambil alih tugas Farah Diana Anuar selalu hos untuk program kembara ini.

Tahniah Heliza Helmi.

Heliza Helmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izara Aishah Mohon Maaf Dituduh Tidak Berdisiplin

Sinopsis Filem Mael Lambong