in ,

Heliza Helmi Kini Sudah Temui CINTA HIGH CLASS

Bersempena dengan Ekspo Buku Islam Putrajaya 13 ini, Dramatis Kuala Lumpur dengan kerjasama Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd akan mementaskan sebuah teater yang berjudul “Cinta High Class” adaptasi daripada novel Islamik tulisan Ustazah Fatimah Syarha yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd, namun skrip pementasan ditulis oleh Ustaz Syafiq Zulakifli dan diarahkan oleh Zayrul Iqwan Rosli. Uniknya, ini adalah kali pertama Ekspo Buku Islam Putrajaya 13 mengadakan slot pementasan teater.

CINTA HIGH CLASS

HELIZA HELMI TEMUI ‘CINTA HIGH CLASS’ DI EKSPO BUKU ISLAM PUTRAJAYA 13
Teater adaptasi dari novel Ustazah Fatimah Syarha ini dibintangi Heliza Helmi

Pengarah Teater, Zayrul Iqwan Rosli berkata:

“Teater ini merupakan sebuah teater pendidikan. Ia menerangkan tentang hukum-hakam fiqh pra-perkahiwan dan fiqh kekeluargaan. Moga ianya akan memberi pengajaran dan pengetahuan kepada para penonton yang akan hadir kelak. Memang hasrat saya untuk menghasilkan teater Islami, akhirnya peluang dan rezeki ini datang. Gabungan antara golongan agamawan dan karyawan memang perlu wujud. Moga Allah memberkati usaha kami, insyaAllah.”

Teater ini dijangka dapat menarik minat golongan aktivis teater, pembaca novel dan juga golongan agamawan. Lebih menarik lagi pelakon utama yang akan menjayakan teater ini adalah Heliza Helmi yang juga kali pertama berlakon di atas pentas teater. Walaubagaimanapun, Heliza ketika ini berada di Syria kerana melaksanakan misi bantuan berkata, “Saya telah belajar banyak perkara baru sewaktu berlatih teater ini. Teater ini adalah teater yang pertama buat saya.

Cabaran buat saya adalah membawakan watak Qaniah Syumaila yang merupakan peribadi Ustazah Fatimah Syarha sendiri. Beliau merupakan seorang yang berlatarbelakangkan pengajian Islam sedangkan saya rasa saya amat jauh berbanding karakter dan peribadi sebenar ustazah sendiri. Ini adalah pengalaman baru buat saya untuk membawakan watak utama dalam pementasan ini.”

Selain daripada Heliza Helmi, Rosli Rahman Adam adalah antara aktivis teater yang akan menjayakan teater ini. Teater Cinta High Class ini juga akan menampilkan Nabila Razali iaitu finalis AF2013 sebagai penyanyi undangan. Dramatis juga menampilkan bakat-bakat baru daripada kelas lakonan mereka.

Teater ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 pada 7 Mac 2015.

Pementasan ini akan diadakan pada dua sesi. Sesi pertama adalah ada jam 3.00 petang, manakala sesi kedua pula adalah pada jam 8.30 malam. Tiket berharga RM50 sahaja. Tiket boleh dibeli secara manual di Ekspo Buku Islam Putrajaya 13.

Selain itu, tiket juga boleh didapatkan secara online dengan melayari www.ekspobukuislam.com. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 013-7007067 (Cik Nur).

Heliza Helmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Aznil Nawawi Dilantik Ikon Cinta Malaysia LHDN

Peraduan Jom Menonton Filem CINDERELLA