in

HBO Asia Siar Drama Bersiri WESTWORLD

Disiarkan di Asia di HBO pada waktu yang sama dengan Amerika Syarikat, siri baru HBO Original, WESTWORLD, adalah pengembaraan gelap tentang permulaan kesedaran tiruan dan masa depan dosa.

Drama selama satu jam ini menampilkan pelakon Anthony Hopkins, Ed Harris, Evan Rachel Wood, James Marsden, Thandie Newton, Jeffrey Wright, Rodrigo Santoro, Shannon Woodward, Ingrid Bolsø Berdal, Angela Sarafyan, dan Simon Quarterman.

Jonathan Nolan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif/penulis/pengarah; Lisa Joy sebagai penerbit eksekutif/penulis; penerbit eksekutif yang lain adalah J.J. Abrams, Jerry Weintraub, dan Bryan Burk; penerbit eksekutif bersama adalah Kathy Lingg; penerbit adalah Athena Wickham; dan penerbit bersama, Susie Ekins.

Siri ini dikeluarkan oleh Bad Robot Productions, Jerry Weintraub Productions dan Kilter Films dengan kerjasama Warner Bros. Television.

WESTWORLD diilhamkan oleh filem dengan nama yang sama, ditulis dan diarahkan oleh Michael Crichton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Raya Paling Popular di Spotify 2015

Telemovie Komedi Hidangan Malam Raya di RTM