in

HBO ASIA Bakal Siar Premiere HALFWORLDS Bulan November Ini

HBO Asia (@HBOAsia) hari ini mengumumkan tayangan perdana siri Original HBO HALFWORLDS (#HALFWORLDS). Dengan siaran debut di seluruh Asia pada 29 November 2015 di HBO, siri lapan episod ini dbintangi barisan para pelakon terkemuka di Asia dan diarahkan oleh pengarah Joko Anwar (Kala; Ritual). Episod baru akan ditayangkan pada setiap minggu.

Untuk kali pertama, HBO Asia akan mengeluarkan kandungan tertentu HALFWORLDS di Facebook (https://www.facebook.com/HalfworldsHBO) terlebih dahulu, serta penstriman episod pertama selepas tayangan perdana di HBO pada 29 November. Treler1 HALFWORLDS yang pertama akan ditunjukkan pada 26 September di Comic Con Jakarta dan di Facebook sebelum ia ditayangkan di HBO. Babak di belakang tabir khas, treler ‘teaser’ dan rakaman eksklusif yang lain juga boleh didapati di laman web sosial itu.

HBO ASIA Bakal Siar Premiere HALFWORLDS Bulan November Ini

Barisan pelakon dan pengarah HALFWORLDS akan berada di panel Comic Con Jakarta yang sulung pada 26 September di JIExpo Kemayoran. Menyertai Erika North, Ketua Pengaturcaraan dan Produksi HBO Asia, dan pengarah Joko Anwar adalah Bront Palarae (Terbaik Dari Langit; Psiko: Si Pencuri Hati) dari Malaysia, dan dari Indonesia, Arifin Putra (The Raid 2; Macabre), Aimee Saras (Musical Onrop), Adinia Wirasti (Tentang Dia; Laura & Marsha), Tara Basro (Catatan (Harian) Si Boy; Pendekar Tongkat Emas), Alex Abbad (The Raid 2), Ario Bayu (Soekarno; HBO Asia’s Serangoon Road) dan Verdi Solaiman (The Raid; Java Heat).

Dicipta oleh HBO Asia, HALFWORLDS mendedahkan alam semesta yang tersembuyi di lorong-lorong dan jalan belakang Jakarta pada masa kini di mana sekumpulan iblis digelar sebagai Demits telah hidup di kalangan kami selama berkurun-kurun. Apabila kisah siri ini terungkai, keseimbangan yang halus ini diganggu dan ia akan meluru manusia dan ‘demits’ ke arah takdir mereka.

HALFWORLDS juga dibintangi oleh pelakon Indonesia Salvita Decorte dalam peranannya yang julung kali, Reza Rahadian (Habibie & Ainun; Guru Bangsa: Tjokroaminoto), Hannah Al-Rashid (Ritual; V/H/S/2), serta pelakon dari Singapura Nathan Hartono (Musical Spring Awakening) dan pelakon jemputan Puteri Balqis (Balqis) yang berumur 8 tahun dari Malaysia, pemenang pelakon wanita terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014.

HALFWORLDS merupakan siri original HBO Asia yang keempat selepas DEAD MINE (2012), SERANGOON ROAD (2013) dan GRACE (2014).

HBO ASIA Bakal Siar Premiere HALFWORLDS Bulan November Ini

HBO ASIA Bakal Siar Premiere HALFWORLDS Bulan November Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Tawar Kandungan Kreatif Kepada Dunia di MIPCOM 2015

CYRILL HASSAN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem PAN