in

HBO Asia Bakal Lancar Despicable Me 2 Dalam Bahasa Melayu

Sempena dengan kedatangan hari raya Aidilfitri yang akan muncul tak lama lagi, HBO Asia bakal melancarkan filem Despicable Me 2 Dalam Bahasa Melayu untuk tontonan saluran tersebut khusus untuk penonton di Malaysia. Budiey menjadi antara penyumbang suara untuk filem ini. Budiey rasa bertuah sebab setiap tahun, Astro pasti akan jemput Budiey untuk sumbang suara walaupun untuk watak yang kecil. Pengalamannya cukup berharga dan tak dapat beli kat mana-mana.

despicable-me-2-img

Kalau nak tahu, Budiey pegang watak apa, jangan lupa tonton filem ini yang akan disiarkan di Hari Raya Puasa – Isnin, 28 Julai 2014 jam 9 malam – khas di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431) dengan pilihan audio dwi-bahasa untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sarikata turut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

[pullquote]Sebagai tawaran khas untuk penonton sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, HBO Asia dengan rakan kerjasama Astro, mempersembahkan filem animasi menyeronokkan DESPICABLE ME 2, dalam Bahasa Malaysia. Barisan selebriti dengan kepelbagaian bakat dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah dibawa bersama untuk meminjamkan suara kepada watak-watak terkenal dalam filem ini.[/pullquote]

Budiey dapat tahu, ramai sekali selebriti popular yang menjayakan projek khas yang menjadi tumpuan penonton sabah tahun setiap kali sambutan Aidilfitri. Namun apa yang lainnya, pada tahun ini, HBO Asia dengan kerjasama Astro telah menjemput barisan artis daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Satu acara pelancaran, sidang media dan prebiu media akan berlangsung pada minggu depan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Selain itu, para jemputan juga akan dapat menikmati santapan berbuka puasa bersama selebriti popular yang terlibat.

Bertuahnya buat semua media yang hadir kerana mereka menjadi antara penonton pertama yang dapat menonton filem alih bahasa tersebut.

Tayangan perdana DESPICABLE ME 2 adalah eksklusif pada Hari Raya Puasa – Isnin, 28 Julai 2014 jam 9 malam – khas di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431) dengan pilihan audio dwi-bahasa untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sarikata turut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin.

Jom baca sinopsis filem ini:

An all-new animated adventure featuring the return of super-villain Gru, his adorable girls, the unpredictably hilarious minions…and a host of new and outrageously funny characters. Gru leaves behind a life of super crime to raise Margo, Edith and Agnes, allowing the Minions to have some free time on their hands. But just as he starts to adjust to his role as a suburban family man, an ultra-secret organization dedicated to fighting evil on a global scale comes knocking. Now, it’s up to Gru and his new partner, Lucy, to find out who is responsible for a series of spectacular crimes. After all, it takes the world’s greatest ex-villain to catch the one vying to take his place.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Femes Bazaar Anjur Bazaar SUPERRAYA

Drama Polis Bersiri On The Brink di ntv7