in ,

Hazama Berlatih Vokal Demi SAMPAI MATI di AJL 30

Antara penyanyi yang tengah sibuk giler sekarang ini ialah Hazama. Banyak betul kerja yang masuk katanya. Selain sibuk buat persiapan Konsert 5 Divo, Hazama juga kini sibuk dengan persiapan Anugerah Juara Lagu (AJL30) yang akan berlangsung pada 24 Januari ini di Stadium Malawati Shah Alam. Wah, ramai betul yang nak tiket kan? Budiey pun nak minta maaf sebab tiket AJL tahun ini sangat terhad.

hazama-pose

Hazama Berlatih Pertajamkan Vokal Demi SAMPAI MATI di AJL 30

[dropcap]M[/dropcap]enurutnya, pada AJL kali ini dia banyak membuat persiapan dari segi vokal berbanding persembahan. Mengakui saingan sengit, namun Hazama yang dapat memberikan satu persembahan hebat dengan mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi lagu Sampai Mati.

“AJL kali ini saya ada matlamat dan persiapan saya pun lebih ada vokal. Lagu kali ini pun berentak perlahan. Kali ini saya bukan saja buat persembahan tapi saya mahu penonton beri tumpuan pada vokal saya.

“Bagi saya AJL ni kalau menang juara, naib juara atau ketiga pengiktiran itu lebih kepada penulis dan pencipta lagu. Jadi sebagai penyanyi, saya mahu target kategori Vokal Terbaik,” ujarnya.

Anugerah Juara Lagu ke-30 akan berlangsung pada hari Ahad ini, 24 Januari 2016 jam 9 malam dan boleh ditonton secara langsung di kaca TV3. Buat pertama kalinya, AJL dipancarkan di GSC Pavilion KL di mana beberapa orang selebriti turut berada di sana untuk acara red carpet dan menonton secara langsung di pawagam.

Semoga Hazama jaga kesihatan dan jangan terlalu stress okay? Selamat semuanya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angah Raja Lawak Bakal Nikah Gadis 20 Tahun

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Outstanding Singer Of The Year